Online Diary MY FAKE IS ORI: 2012

Friday, November 23, 2012

ANDA SEDANG MARAH?

marah itu fitrah. kalau tak dapat kawal, fuuh. mintak simpanglah. anda dikira kalah terhadap syaitan, kalah terhadap musuh, dan kalah terhadap apa sahaja jika anda tidak dapat menahan marah dalam diri. anda tewas!

marah juga boleh melukakan hati orang. apatah lagi orang itu tidak bersalah pun pada anda, orang itu tidak ada kena mengena dengan kemarahan anda. habis, anda sedang marah, pastilah kata-kata kasar yang keluar dari mulut anda terhadap dia. padahal dia hanya ingin menyatakan sesuatu kepada anda. padahal dia ingin menyejukkan hati anda. padahal dia tak tahu apa-apapun.

jadi, kenal pasti kemarahan anda ketika itu pada tahap berapa. kenal pasti risiko jika ada orang berdekatan dengan anda ketika anda sedang dalam marah. kenal pasti juga apa yang boleh membuatkan kemarahan anda reda.

saya? kalau saya teramat marah, saya akan tinggalkan tempat, orang dan keadaan yang telah menimbulkan rasa marah. saya prefer alone. sampai hati saya sudah betul-betul sejuk dan fikiran saya sudah waras. baru saya boleh kembali. tidak kira waima sedang berada dalam kuliah sekalipun.

kenapa lagi prefer alone? sebab tak ada gangguan. tak ada hasutan. tak bertambah rasa benci. tak nampak punca kemarahan depan mata. dan bila semua itu tak ada, baru boleh tenangkan hati dan fikiran. baru boleh rasa untuk gunakan otak dengan betul. baru boleh fikir, apa salah kita, salah dia, punca segalanya, apa perlu saya buat dan sebagainya.

kalau tak dapat alone? habislah! orang sekeliling yang dapat tempias. ini betul. bahaya! bila hati dah reda, rasa serba salah pasti timbul. ah! kalau dapat orang yang kena tempias itu jenis sensitif, cepat ambil hati, tak faham situasi dll- timbul lagi satu masalah.
dan cepat-cepatlah istighfar. salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan kemarahan dan menenangkan hati. 

anda bagaimana? pasti tak mahu menjadi manusia yang tewas bukan ;)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, November 22, 2012

BERMINAT DAN MAMPU MENABUR BAKTI? - MISI KEMANUSIAAN KE GAZA

*boleh tak kalau kadang-kadang nak tukar 'saya' kepada 'aku' :D


saat sahaja aku terbaca ini, hati melonjak-lonjak kegembiraan. nak ikut ke sana. nak pergi! tambahan pula, memang tak lama lagi tarikhnya, ketika aku juga sedang bercuti sem. ya Allah terasa seperti aku dah semakin hampir dengan mereka.

tapi terlupa pula aku. ke sana bukanlah ibarat aku ke ipoh selama ini. hanya berbekalkan belasan ringgit Malaysia untuk pengangkutan - 3jam sudah sampai di Ipoh. tapi mahu ke sana perlukan ribuan ringgit Malaysia.

arhh...bukan rezeki aku. memang tidak berkemampuanpun. dalam akaun cuma berapa sen sangatlah. kalau ada ribuanpun, belum campur keputusan kebenaran ibu bapa- aku belum berkahwin, jadi masih di bawah tanggunganlah. ya, bukan rezeki aku untuk menabur bakti di sana.

tidak mengapalah, cukuplah doa ikhlas aku dari sini & usaha-usaha yang lain.

anda pula bagaimana? berminat? rasa terpanggil untuk ke GAZA? cepat daftarkan diri ...






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, November 21, 2012

BERHENTI BERSEGMEN, GIVE AWAY DLL SEBENTAR

*pertama sekali - tajuk itu bukanlah arahan semata-mata tapi nakkan perhatian je :D

tapi apa salahnyakan jika kita berhenti sejenak membuat pelbagai segmen, give away, pertandingan dan sebagainya. berhenti sejenak sahaja, cukuplah sedetik untuk memberi ruang hati dan fikiran kita bekerja. saya tak kata salah, malah saya ada juga menyertai semua perkara tersebut yang dianjurkan blogger-blogger yang pemurah dan baik hati. minta laluan sebentar- nak ucapkan terima kasih kepada semua yang berkenaan (^'^)v.

alaaah,,,bukan apa.. saya cuma nak minta anda luangkan sedikit masa untuk membaca ini. panjanglah sikit blogger ini punya curahan, tapi tiada yang lewahpun. setiap aksaranya ada makna. baca je...

jangan marah erk... dah cakap di atas tadi, nakkan perhatian je...

ngeh ngeh ngeh (^'^)v



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

INSYA ALLAH

nah saya bawakan satu pendapat lagi yang bernas dan boleh diyakini 


Lari dari isu Gaza sekejap. Banyak pula di inbox saya pertanyaan berkenaan 'fatwa' Dr Zakir Naik berkenaan 'tulis In Shaa Allah bukan tulis dengan ejaan lain.'

Maka ramai tanya saya, salah ke kalau tulis dengan ejaan lain itu? Berdosa ke?

Pada saya, masalahnya bukan masalah ejaan. Masalahnya adalah masalah sebutan. K
alau tulisnya InsyaAllah, InshaAllah, atau insya Allah, tetapi bunyinya tetap selaras dengan sebutan arabnya -in sya Allah- begitu, maka tiada masalahnya nak eja macam mana pun dalam tulisan lain. Yang penting, tulisan arabnya tidak boleh berubah.

Itu pendapat saya.

Saya ambil contoh nama Afifah.
Di dalam bahasa arab ianya dieja dengan huruf-huruf berikut:
'ain baris atas, fa baris bawah, ya mati, fa baris atas, ta marbutoh.

Dalam bahasa melayu, ejaannya banyak:
Afeefah,
Afifah,
'Afeefah
'Afifah
Aafifah
Afiifah

dan sebagainya.
Adakah semua ejaan dalam huruf latin itu salah?
Tidak. Selagi sebutannya dalam bahasa arab, mengikut huruf bahasa arabnya itu betul, maka ejalah dalam huruf latin macam mana sekalipun, akan jadi betul.

Maka begitulah juga isunya InsyaAllah.
Saya tulis macam ini --------------> InsyaAllah.
Dr Zakir Naik nak macam ini -------------> In Sha Allah.
Ada orang suka tulis ----------> Insya Allah.

Dua-dua tak ada masalah. Janji sebutannya dalam bahasa arab betul.

Ini isu sama macam Doa awal tahun dan akhir tahun.
Yang pentingnya, doa itu bukan datang daripada Rasulullah.
Nak baca ke tak nak baca, itu terpulang pada kita.
Janji, jangan pergi kata itu sunnah la, itu daripada Rasulullah la, kalau tak baca berdosa lah, kalau tak baca tahun itu tak berkat lah, kalau tak baca kesian lah, dan macam-macam.

Jadi, orang nak tulis InsyaAllah macam mana sekali pun dalam huruf latin, okay sahaja. Tak berdosa. Tak salah. Selagi mana dia sebut mengikut sebutannya yang betul berdasarkan ejaannya dalam bahasa arab. Jadi jangan gaduh bila tengok orang buat tulisan lain dari tulisan kita.

Kongsi sedikit, saya ada kawan saya suka tulis 'masyarakat' dengan ejaan 'masharakat'. Dia juga suka tulis 'mengubah' dengan ejaan 'merobah'. Dia juga suka tulis perkataan 'masalah' dengan ejaan 'masa alah'. Pada saya, dia mungkin akan kena tolak markah dalam paper BM kalau pergi ambil periksa bila eja macam itu. Tetapi di dalam kehidupan, di dalam FB, itu bukan satu kecacatan, kekurangan, untuk saya nak bising pada dia - "Weh, hang eja salah ni. Berdosa ni!"

Sebab sebutan dia dengan sebutan saya, sama. Walaupun ejaan berbeza. Lainlah dia tulis 'masharakat' tapi sebutannya bunyi - mashorakot -, yang itu mungkin saya akan tegur. Apa kebendanya 'mashorakot'? Tapi kalau dia eja 'masharakat', sebutannya juga 'masyarakat', so, no big deal.

Kalau tulis pun In Shaa Allah, tapi sebutnya dengar 'in sa Alah' ke, tak boleh pergi juga. Biarlah tulis InsyaAllah, janji sebutannya betul ikut sebutan arabnya - in sya Allah - macam itu. Setel yang itu, setel lah. Nak eja macam mana pun dalam huruf latin, suka hatilah. Janji sebutannya betul!

So, rujuk balik teks arabnya, untuk lihat sebutannya, makhraj hurufnya, harakatnya, bagi betul. Itu yang penting. Bukan tengok huruf latinnya eja macam mana. Sebab InsyaAllah itu sebutan arab.

Sekian pendapat saya. (Hilal Asyraf)



*kesinambungan dari sini

*jangan jemu mencari ilmu :D

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, November 20, 2012

KISAH CUTI SAYA

"kimi, gi kedai jap, beli maggi"

"adli, tolong masakkan maggi"

"aisyah, kemas rumah ni! buat sepah je tau!"

"ana! meh sini belajar! main je tau kau ni!"

"din, aku amek rm20 kau buat topup hehe"

wah wah wah. orang kata apa? heaven? lebih kuranglah. cuti-cuti ni, bila lagi nak buli adik-adik ni kan.

tapi perasaan heaven tu dapat dirasakan sepenuh jiwa bila perintah autokratik itu dibunyikan masa mereka tengah ada mood nak melayan, nak dengar cakap, nak tolong buat dan macam-macam lagi yang memudahkan kerja saya. hahaha

tapi! bila tak ada mood.... masyaAllah, semua isi rumah jadi mental. porak-poranda dengan arahan yang diberi tidak dipenuhi (sabotaj la konon) dan juga penunjuk perasaan yang tidak puas hati dengan autokratik (boikot saya la gamaknya ni) hahaha

dan saat tengah huru-hara ini,,,, ada seorang manusia yang sedang menelaah untuk stpm. adakah dia betul-betul menelaah? oh tidak! rupanya dia berada dalam keadaan yang tertekan!

dan arghhhhhh. habislah korang...dia dah jadi HULK. apa boleh buat? nasib kaulah deq menelaah dalam huru-hara yang tak pernah reda. kehkehkeh

*ok, jemput makan maggi semua (serius lapar)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

HARTA PENINGGALAN TOK NENEK MOYANG










huhu. tiba-tiba pagi tadi mak keluarkan benda-benda alah seperti di atas ni, meminta tolong untuk saya terjemahkan. kot-kot lah saya ni tahu dan faham. fuyooo!

dua gambar di atas tu, saya fahamlah. tulisan jawi lama. bahasa klasik. masih boleh difahami dan dibaca lagi walaupun merangkak-rangkak bila sampai pada perkataan yang ejaannya lama dan bahasanya klasik. apa yang pasti memang tak habis bacapun, sebab hanyalah untuk mengenal pasti bahasa yang ada dalam buku lama tersebut. 

dan buku tersebut seperti sebuah buku cerita. siap ada gambar lagi. buku yang memang dah lama, rasanya sebelum kewujudan saya kot, masih terbela kualitinya walaupun tiada sudah kulitnya/memang tiada kulit buku dan hilang beberapa muka surat. mak saya dah susun semula dan selotipkannya. habis!

buku lama yang kedua pula! seperti gambar di atas, bermula gambar yang ketiga. nak kata bahasa arab, macam tak. nak kata bahasa klasik pun macam tak. tiada baris pula. ada sesetengah muka saja yang ada baris. dah macam satu doa pula. belek-belek, macam ada percampuran bahasa pula. walaupun tak faham sepatah haram! tapi ada lah faham sikit-sikit, iaitu sifat-sifat Allah. itu jelah, dalam satu ayat itu sahaja.

itu saya yang tengok. almaklumlah, kita memang tak pandai. memandai jelah yang pandai huhu. kalau tengok kualiti kertasnya, memang berkualiti. sama ada original punya dari kulit haiwan atau dari pokok. okey, memandai lagi! kalau tengok gambar keempat, arwah mbah (atok) saya ada tulis 'ini doa hendak bungkus azimat' menggunakan pen biru. *seramlah pulak main bungkus-bungkus azimat.

saya rasa ini adalah nota atau catatan seseorang. siapa? tok nenek moyang saya yang dulu-dulu belah mbah saya ni. okey, ni bukan rasa-rasa lagi dah, tapi memang itu sejarahnya. diceritakan kepada saya secara turun-temurun bahawa, mbah saya ni keturunan 'kiai' dari sumatera sana tu. tahukan kiai?

sebab itulah saya menyimpulkan ia adalah catatan seseorang. dan sebab itulah saya katakan kualiti kertasnya memang original. bertahan dah berapa lama tahun itu, beratus agaknya? *err... boleh sampai beratus ke erk? dan menurut atok (nenek) saya, melalui mak saya, diceritakan bahawa dalam buku ini ada campuran bahasa Jawa lama dan bahasa Arab. 

itu dari sudut bahasa. dari sudut tulisan, tak tahulah saya. dan dakwat itu, ya masih kekal lagi elok. itu sajalah nak cerita. banyak lagi buku-buku lama peninggalan tok nenek moyang dahulu, tapi disebabkan ada saudara-mara yang tiada nilai nak menghargai dan mengkaji peninggalan orang-orang dahulu, jadi ada yang telah dibuang dan diambil senyap-senyap.

contoh lain, pedang. macam pedang samurai. ada pakcik ni ambil senyap-senyap. ceh! lambang kebesaran tok kiai dulu-dulu, macam button, atok beri pada anak bongsunya untuk disimpam. itu jelah kot yang saya tahu, serba sedikit salasilah keturunan kita. ini belah emak saya. belah ayah saya-bugis! tapi tak tahu menahupun, ayah tak pernah buka cerita pula.

dan saya yakin, setiap keluarga punyai barang pusaka/peninggalan tok nenek moyang kita yang sebenarnya bernilai walaupun kelihatan tidak bermakna pada kita sekarang. jadi, silalah ambil tahu mengenai asal usul keturunan kita, supaya kita lebih menghargai. bila kita ambil tahu dan menghargai serta menjaga salasilah keturunan kita, pasti tidak akan terjadi gejala lambakan anak luar nikah yang sebenarnya menjejaskan salasilah keluarga tersebut. kasihanlah pada generasi muda keluarga kita.

*err,,,pasal bungkus-bungkus azimat tu, janganlah fikir bukan-bukan ye, biasalah orang dulu-dulu kala~ 













Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

SUDAH JUMPA JAWAPAN

rentetan daripada sini
sudah saya temukan jawapannya untuk anda
*simple

*ambillah mana yang meyakinkan hatimu

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, November 19, 2012

UCAP & TULIS - TOLONG SAYA

Ada org kata salah klo kita bagi msj just tulis SALAM aje.. Kena taip btol2 ASSALAMUALAIKUM.. Bnyak khilaf dan pndapat mngenai isu ini.. 

Sbagai seorg yg bijak pandai, klo ada org tulis SALAM, maka kita kenalah baca "Assalamualaikum".. Bukannya just baca "Salam" spertimana yg dia tulis. Kena paham2 sndiri la yg ditulis tu hanyalah singkatan shj. Klo stakat baca "Salam", maka tak sampailah salam tersebut kpd kita.


Dan bila kita menulis msj dgn prkataan SALAM, lafazkanlah samada di bibir atau di dalam hati dgn lafaz yg penuh, "Assalamualaikum..." Barulah lafaz & doa trsebut smpai kpd penerima.. Kdg2 kita just tulis SALAM disebabkan ia dh jadi budaya. Padahal dlm hati kosong, x brmaksud apa2 pun atas prkataan yg ditulis tu. Tak terlintas pun di dalam hati ingin mendoakan ksejahteraan pnerima msj trsebut..


Lagi satu benda pnting.. Bila org taip SALAM or ASSALAMUALAIKUM kt msj tu, silalah jawab ye hatta dalam hati sekalipun krn mnjawab salam itu wajib. Sekian!




saya salin ayat di atas daripada FB seorang rakan. ilmu-tidak salah untuk dikongsi. mengenai itu, ada yang berpendapat 'dah namapun sms/pesanan ringkas', maka itulah tujuannya. dipendekkan ejaan asalkan pembaca/penerima faham maknanya. walaupun ada yang berpendapat tulis penuh untuk selamat.

begitulah juga dengan isu perkataan 'in shaa Allah'. mungkin perkataan arab yang bila dirumikan, perlu mengikut makhraj sebutan arab tersebut dengan betul. padahal jika dimelayukan mengikut bahasa ibunda kita menjadi 'dengan izin Allah'-lagi pnjang mahu ditulis. tapi kita sedia maklum akan pengertian yang ingin diucapkan dan disampaikan serta dibacakan oleh penerima/pembaca.

seperti saya, sebelum saya mengetahui ilmu ini, saya sudah terbiasa menulis dengan ejaan 'insyaAllah' kadang-kadang 'i'Allah'. tapi saya yakin pembaca tetap membacanya dengan menyebut 'in shaa Allah' di mana membawa maksud yang sama, malah menyebutnya seperti biasa kita ucapkan.

begitu juga dengan persoalan 'amin', 'ameen' dan lain-lain. amin untuk maksud 'ya Allah, perkenankanlah/makbulkanlah'. saya tahu, tidaklah rumitpun untuk kita menukar kebiasaan itu, tetapi saya mahu tahu adakah ia betul-betul salah dan berdosa jika kita tidaklah bermaksudkan makna-makna yang tidak sepatutnya itu. sememangnya hati kita mengucapkannya,, dengan waras memaksudkannya yang sebenar. ia hanya silap apabila ditulis.

saya tinggalkan anda dengan persoalan ini. mungkin anda lebih arif mengenai hal ini. saya hanya terfikir-fikir sahaja selama ini. terfikir sehingga menjadi satu persoalan besar pada saya. berdosakah? wallahualam. (bagaimana pula mahu menulis 'wallahualam'?)

yang baik itu dari Allah, yang buruk itu juga dariNya tetapi disandarkan kepada diri saya. Assalamualaikum.


*namapun isu feqah, khilaf itu pasti ada.






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, November 18, 2012

PRISMA PELANGI

arghh,,,payah sungguh! payah jika hati tidak dididik untuk bersungguh. untuk apa jika dongengan hanya fantasi dalam bayangan selamanya, andai tidak diluah di lembaran-lembaran kajang yang tersedia. untuk apa diperam di minda? arghh,,,memang payah jika tidak dididik. payah... *kes tiada mood untuk menulis, butuh waktu....

nah...untukmu dari KEMALA
PRISMA PELANGI

prisma pelangi itu
enam purnama mencumbuku

bayu dari kutub utara
membawa bunga tak bernama

"untuk penyair yang pernah tersihir!"
aku membuka kudup takdir

mumpung kelopaknya gugur di senja walang
siapa membaca natijah dengan mata nyalang?

prisma pelangi itu
selepas enam purnama mencumbuku

kudup mulai membuka kelopak mulusnya
aku membaca garis-garis memendar cahaya

kelopak mulai disentuh pijar mentari
haloo! kubelajar mengeja nama-nama baru

qasidah pelangi ungu
mencatat aksara rindu di dadaku

24 November 2008
Kemala-Sasterawan Negara





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, November 17, 2012

SEGMEN:Jom godek-godek followers

terima kasih kepada Nor sebab tag saya untuk segmen ini. kalau nak harapkan saya untuk sertai segmen-segmen sebegini, memang taklah kan. tetapi demi menghargai Nor yang sudi tag saya, saya pun berbesar hati untuk join.



untuk join, boleh klik SINI. di atas merupakan followers saya yang terkini. saya tak kisah berapa followers pun, asalkan followers itu konsisten dalam mengikuti perkembangan blog saya ini. untuk itu, saya mahu tag



*terima kasih tuan penganjur









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, November 16, 2012

ULAS BUKU: MELAYU HILANG DI DUNIA


Hang Tuah kata, 'takkan Melayu hilang di dunia'. tapi itu dulu. sekarang? makin lama identiti Melayu itu makin pudar, bukan dalam negara Malaysia ini sahaja, tapi dalam diri Melayu itu sendiri. Penulis, Khalid Salleh melontarkan pandangannya, pemikirannya mengenai kehilangan Melayu berdasarkan perjalanan hidupnya-realiti.

Bagi saya, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan. ayatnya mudah untuk difahami, pemikirannya mudah untuk dianalisis. pemikirannya yang bagi saya tiada berat sebelah. jika dilihat kanan ada yang salah, penulis menyatakannya, jika dilihat kiri ada yang salah, pun penulis menulisnya.

itu pemikiran penulis. kita berhak untuk mengiyakan atau menidakkan, menerima atau menolak- itu memang lahir dari pemerhatiannya, pemikirannya- bukan dari kita. mungkin kita berfikir begini tetapi tidak penulis. bagi pembaca yang terlalu taksub dengan 'mana-mana kanan atau kiri', sudah pasti emosi menguasai diri- tetap mengatakan penulis ini salah, buku ini sampah dan sebagainya. (mungkin)

nasihat saya, anggap sahaja buku ini sebagai pedoman dan panduan untuk menyedarkan kita semua, apakah perjuangan kita yang sebenar mengenai Melayu dan tanah air. mengenai agama khususnya. fikirkanlah. tak rugi untuk milikinya. saya tak mahir mengulas secara terperinci kesimpulan kandungan buku ini. tapi anda boleh ke sini - mentor puisi saya (Shamsudin Othman).

*seronok- penulis sendiri menurunkan signnya di buku ini dan poskan kepada saya.

*mentor saya, penulis ini juga - orang yang hebat-hebat (kagum).






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, November 9, 2012

ULAS BUKU: CINTA HIGH CLASS & DENYUT KASIH MEDIK


siapa tak kenal ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi yang semakin dikenali dengan sebaran dakwahnya melalui pelbagai medium. Doktor Farhan juga pernah menulis sebuah novel- Denyut Kasih Medik, di mana didalamnya diadunkan sebuah kisah hidup seorang doktor. amat berkesan, kerana melaluinya saya menjadi seakan mengerti dengan tugas-tugas doktor ini.

bukan sekadar tugas doktor semata tetapi bagaimana mengaplikasikan ajaran agama di dalam tugasnya yang kadang-kadang memerlukan untuk skip waktu solat. skip waktu solat? solat mana boleh skip-skip, itu fikiran orang jahil. tetapi ada keringanan ataupun rukhsah yang telah diberikan oleh doktor ini untuk melakukan jamak dalam keadaan tertentu.

bukan itu sahaja, malah ada juga diselitkan mengenai kisah cinta juga. kisah cinta yang patut dijadikan tauladan dan contoh. secara tidak langsung juga memberikan tips-tips, disiplin yang perlu dipatuhi, larangan-larangan yang perlu dijauhi dan sebagainya. nampak berat? tidak! Islam agama yang indah jika dihayati dan dilaksana dengan takwa. mudah!

ok, cukup hal Denyut Kasih Medik. begitu juga dengan Cinta High Class. bagaimana seorang gadis melalui zaman remajanya, zaman universitinya sehingga bagaimana dia boleh berkahwin. bagaimana dia menepis cinta ala-ala islamik pada zahirnya, yang pada dasarnya sama sahaja seperti cinta terlarang yang kebanyakan remaja sedang alami sekarang ini.

uniknya, cinta high class ditulis oleh seorang perempuan, maknanya hati kita sama, jadi tipulah jika kita mengatakan penulis ini tidak rasa apa yang kita rasa. jangan cepat menuding. novel ini juga menyajikan dua buah kisah. satu lagi kisah daripada suaminya, Dr. farhan hadi iaitu Cintaku Kerana Agamamu. 

sebenarnya saya masih belum milik lagi buku ini, saya baru membacanya dengan meminjam dari seorang rakan. maknanya juga disini saya tidak sempat menghabiskan juga novel ini memandangkan semuanya akan berangkat pulang ke kampung halaman hari ini. takkan pula saya mahu meminjam untuk jangka masa sebulan lebih padahal dia juga belum sempat menghabiskannya. tapi saya dapat jangka ceritanya bagaimana.

maka saya sangat-sangat menggalakkan adik-adik dan anda semua yang sedang meningkat remaja, yang mula berputiknya perasaan cinta berlainan jantina- untuk memiliki novel ini. lupakan sebentar novel-novel cinta Alaf21 yang klise itu. novel ini sesungguhnya mengajar kita memandu kita bagaimana untuk melunaskan perasaan fitrah manusia itu ke arah jalan yang diredai, yang dirasai kemanisan cinta itu.

bukan saya tak pernah rasa, bukan saya tak pernah couple. kerana pernah walaupun sekali, cukuplah saya rasa menyesal dan seolah-olah macam orang paling bodoh sekali menghanyutkan perasaan suci ini untuk yang tidak halal. buang masa! percayalah.



nampak sangat saya tidak sabar untuk melihat anda semua milikinyaa, kerana saya tidak sempat menghabiskannya sudah membuat ulasan :) tidak mengapalah, semoga ianya bermanfaat untuk saya dan anda semua. 

*mahu packing- cuti sem yang sangat panjang :D



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!



demi menghargai rakan blogger NURFARA HANI yang sudi tag saya untuk segmen maka sayapun berbesar hati menyertainya. cerita sudah di layar skrin, maka itu saya juga perlu mengheret rakan blogger lain untuk ini. 

jadi persilakan wahai



ada cabutan hadiah dan segmen ini tamat 29 November 2012. untuk sertainya boleh pergi sini.

ok, salam alaik.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, November 8, 2012

Contest I Choose To Wear Hijab


entah apa mimpi dapat insomnia. pukul 4.02 pagi waktu malaysia. buka FB, blog dan.... cubalah nasib, tak salah mencuba :)



dan masih lagi bersabar menunggu gambar taruhan ini loading selama hampir 5 minit *nampak kesungguhannya di situ ya.

katanya gambar yang unik dan gambar yang cantik dipilih menjadi pemenang. tadaaa. unik tak? unik la tu...tanpa baju sewa yang mahal dan tempat awam yang jarang untuk disinggah- taman rahsia di kampus saya. uniknya lagi, sudah pastinya tiada sunti yang berani pertaruhkan gambar bersama tong sampah yang kacak itu. *yakah tiada? :p

harap para juri dapat lihat nilai sivik dan nilai murni di situ ya. hehe :p. itu uniknya. cantiknya? aah cantik itu subjektif, terpulang juga pada para juri untuk menilai. sajalah mahu luangkan masa bersama rakan blogger, kaaannn.

ok, sudah lupa macam mana mahu letak itu link pada banner di atas. hehe :p. pada sesiapa berminat mahu sertai ini, silalah tekan di sini 

*sekali sekala mahu bersuka ria, nak serius selalu boleh buka akhbar bahagian turun naik itu saham malaysia meh. ok mahu beradu ^^ 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, November 7, 2012

TIPS TAMBAH TINGGI SECARA SEMULA JADI

biasalah kalau orang yang rendang macam kita ni memang memerlukan sedikit ketinggian. untuk? lain orang lain rasanya, lain juga sebabnya. saya? hurmm saya rasa macam terlalu sarat dari segi penampilan- cara berpakaian, aksesori, beg dan sebagainya yang diletakkan di badan ini. sebab itu lebih rasa selesa dengan penampilan yang sangat simple. beg pun, kalau boleh tak nak besar-besar :)*tapi memang terpaksa kadang-kadang untuk berbeg besar -_____-

itu dari segi penampilan. lagi satu, keyakinan diri. bukan hendak kata tiada keyakinan dengan ketinggian yang cukup makan ini, tetapi kita mahukan bonus. apatah lagi dengan kerjaya pada masa hadapan, (guru? errr). ya perlu sedikit tinggi untuk bertambah yakin di hadapan murid. anda? (yang rendang sahaja ya). saya kongsikan tips untuk tambah sedikit ketinggian- secara semulajadi. mestilah dengan senaman :)

Stretching
senaman gerakan badan - otot dan tulang-tulang punggung boleh tertarik. tapi kena jadikan rutinlah untuk merangsang pertumbuhan ketinggian.

Standing Forward Bend
salah satu cara yang bagus untuk berehat dan meransang tulang belakang anda. mudah tetapi efektif.

Downward Facing Dog
salah satu gerakan yoga untuk meregangkan dan meningkatkan fleksibiliti tubuh anda. juga dikenali sebagai Adho Mukha Svanasana.

Head to Knee
cara yang bagus untuk tulang punggung dan otot paha belakang. juga dikenali sebagai istilah Janu Shirshasana dalam pergerakan yoga. pastikan tulang belakang anda dalam keadaan lurus semasa melakukannya- untuk kesan yang lebih bagus.

Swimming  
semasa berenang hampir semua otot digunakan. dari hujung ke hujung tubuh badan mengalami keregangan.

Hanging
bukan bergayut seperti monyet ya. salah satu halangan untuk kita lebih tinggi adalah graviti. kita telah memampatkan tulang punggung dan sendi serta menipiskan tulang rawan dengan kegiatan harian kita yang membiarkan diri dalam keadaan menegak. dan ini menjadikan kita lebih rendang.

Semasa bersenam, badan akan melepaskan Hormon Pertumbuhan Manusia (Human Growth Hormone, HGH) ke dalam sistem tubuh kita. Ini adalah hormon yang kompleks yang meransang  tulang, otot, dan sel tubuh untuk meningkatkan saiz. Semakin baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGH dirembeskan dalam sistem badan kita.

macam tak percaya? ini bukan kajian saya, ini bukan saya cakap. saya mencedok ilmu dan berkongsi dengan anda. memang! tiada apa yang ori. mungkin kesannya berbeza kerana tubuh badan manusia berbeza. tapi apa salahnya kalau mencuba :) *daripada tambahkan sakit dengan memakai kasut tinggi? :D

boleh cuba usaha sedikit untuk mencari bagaimana pergerakan-pergerakan tersebut dilakukan dengan betul. risau jika dibuat tanpa pengetahuan dan pemahaman yang sebenar-benarnya boleh menjejaskan kesihatan *patah riuk-contoh. semoga bermanfaat untuk saya dan anda juga :D


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

HATI-HATI MERISIK


tak perlulah dijelaskan lagi mengenai cinta. sana sini manusia memikirkannya, mendifinisikannya, menghujahkannya, menafikannya?, merasainya, menghayatinya dan sebagainya. tapi cinta apa itu? berlandaskan apa? nafsu? takwa? lillahitaala? suka? harta? cuba-cuba?? dan ???

cinta kepada siapa? Allah? Nabi? Ibu? Ayah? Keluarga? Sahabat? Jiran? Pengkid? Maknyah? Dunia? Glamour? Dia? ??? ah. cukuplah mengarut. nah. buat anda saudara saya. biarlah semuanya terkawal dan dikawal antara kita. suka dia? jangan terburu-buru. agama ajar 'merisik'. nanti dulu! biar kita tahu dulu maksud merisik yang sebenar. merisik yang bagaimana?

nah! untuk anda. tak rugi tambah ilmu. :) klik sini. pasti ada jawapannya. ahha!!! saya rasa nak bagi lagi tips. kalau membaca, bukan sekadar sampai di bawah ya. scroll down dan scroll down untuk membaca komen-komen pembaca lain dan apa kata uztazah Fatimah Syarha. semakin bertambah ilmu, insyaAllah.

kalau baca isinya yang ringkas, mungkin anda seperti saya? tidak faham keseluruhannya. sudah pasti pula pelbagai soalan yang melingkari minda. bab-bab seperti ini sememangnya memerlukan perbincangan. jadi, tunggu apa lagi? klik cepat! dan baca :) semoga bermanfaat buat saya dan anda juga.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

CARTOON: THE PIRATES BAND OF MISFITS


Ala-ala cerita Pirates Of The Caribbean (POTC). Huhu. Ya! Kartun lagi. Kalau POTC secara keseluruhannya mengajar kita maksud peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan, kartun ini pula mengajar kita erti menghargai nilai sebuah kekeluargaan dan persahabatan. 

Demi mengejar nama dan untuk membuktikan bahawa dialah ketua lanun yang layak menerima anugerah  Pirate Of The Year, dia mesti mencari harta yang lebih banyak daripada lanun-lanun yang lain. Di situlah bermulanya ujian dia dan tidak ketinggalan dibantu bersama-sama oleh sahabat aka kru-kru. Tetapi akibat tamak dan lebih pentingkan diri sendiri, dia ditinggalkan atas satu kesilapan. Yang dikejar tidak dapat dapat, yang dikendong berciciran. Penyesalan membangkitkan kewarasan nilai kekeluargaan menyebabkan dia bangkit mencari punca kekuatan dirinya semula (keluarga aka kru-kru).

Cerita kartun juga boleh diambil pengajaran jika dihayati sesungguhnya. Seperti kita sedang menonton Adam Hawa? Sebagai manusia yang kadang-kadang lupa untuk menghargai kehadiran insan sekeliling kita, lakukanlah yang terbaik untuk mereka, berbaktilah selagi ada rezeki kita bersamanya, biar tiada penyesalan berpanjangan andai hilang di mata. Ujian itu wajib dalam sesuatu perhubungan sesama manusia demi menguji nilai persahabatan dan kekeluargaan.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen