Ala-ala cerita Pirates Of The Caribbean (POTC). Huhu. Ya! Kartun
lagi. Kalau POTC secara keseluruhannya mengajar kita maksud peribahasa di mana
ada kemahuan di situ ada jalan, kartun ini pula mengajar kita erti menghargai
nilai sebuah kekeluargaan dan persahabatan.
Demi mengejar nama dan untuk
membuktikan bahawa dialah ketua lanun yang layak menerima anugerah Pirate Of The Year, dia mesti mencari harta
yang lebih banyak daripada lanun-lanun yang lain. Di situlah bermulanya ujian
dia dan tidak ketinggalan dibantu bersama-sama oleh sahabat aka kru-kru. Tetapi
akibat tamak dan lebih pentingkan diri sendiri, dia ditinggalkan atas satu
kesilapan. Yang dikejar tidak dapat dapat, yang dikendong berciciran. Penyesalan
membangkitkan kewarasan nilai kekeluargaan menyebabkan dia bangkit mencari punca kekuatan dirinya semula (keluarga aka kru-kru).
Cerita kartun juga boleh diambil pengajaran jika dihayati
sesungguhnya. Seperti kita sedang menonton Adam Hawa? Sebagai manusia yang
kadang-kadang lupa untuk menghargai kehadiran insan sekeliling kita, lakukanlah
yang terbaik untuk mereka, berbaktilah selagi ada rezeki kita bersamanya, biar
tiada penyesalan berpanjangan andai hilang di mata. Ujian itu wajib dalam
sesuatu perhubungan sesama manusia demi menguji nilai persahabatan dan
kekeluargaan.
No comments:
Post a Comment