Jangan tak tahu, saya suka juga layan cerita kartun. Cerita kartun
walaupun kelihatan ringan pasti ada terselit mesej yang sangat bermakna untuk
penonton. *tak macam cerita melayu –nak sampaikan mesej-konon.
BRAVE- seorang puteri yang sukakan kebebasan. Permaisuri –
ibunya pula asyik memerhatikan dan mengajar puteri tersebut untuk menjadi
seorang puteri yang terjaga adab-adabnya dari pelbagai aspek seperti puteri-puteri lain.
Sehinggalah puteri itu diberitahu oleh ibunya untuk dikahwinkan dengan seorang putera (perkahwinan
terancanglah ni). Disebabkan tidak setuju dan tidak bersedia, puteri tersebut
membawa rajuk sehingga terjumpa seorang ahli sihir.
Lalu dia meminta supaya
ahli sihir itu menukar pemikiran ibunya tetapi ahli sihir tersebut telah
menukarkan ibunya menjadi seekor beruang. Dari situlah puteri tersebut menjadi
berani untuk menanggung semua kesilapan-kesilapan terhadap ibunya dan bagaimana
dia mencari jalan untuk menukarkan ibunya semula. Dan bagaimana betapa kesalnya dia terhadap
perbuatannya kepada ibunya. Semasa menjadi beruangpun seorang ibu itu masih
lagi melindungi anaknya walaupun tahu dia jadi begitu sebab perbuatan anaknya.
Itulah
ibu. Walaupun kita tidak setuju kadang-kadang dengan ibu kita, pasti ada
hikmah, pasti ada jalan bagaimana untuk selesaikan agar semua pihak mendapat hikmah itu. Tak macam sekarang ni, ada juga yang tak sabar-sabar nak tunggu kematian ibu, lebih berani post dan luahkan di FB. Na'uzubillah... harap kita sama-sama dapat tingkatkan khidmat bakti kepada kedua ibu bapa kita. aamiin.
No comments:
Post a Comment