INGAT MATI
ah! tersentap saya. sudah dua kali. kali pertama Oyak. kali ni Aizat pula. mereka telah pergi meninggalkan kita. Oyak senior, Aizat pula rakan, pernah sekelas. walaupun tak pernah bersembang dengan Oyak dan jarang-jarang bercakap dengan Aizat, tapi pemergian mereka memang terasa di hati ini.
tersentap sebab beberapa hari sebelum mendapat perkhabaran pemergian mereka, ada la juga bertegur sapa di FB. tak sangka itu kali terakhir. bezanya, Oyak kemalangan di Jordan yang mendapat liputan di akhbar dan berita. Aizat pula terkena virus tikus semasa bermandi manda di sungai bersama keluarga. ternampak postnya di FB mengatakan terasa lesu selepas bermandi-manda.
ya. mungkin inilah peringatan untuk saya mengingat mati. banyakkan ibadah. mengejar redaNya. Allah... harap anda pun begitu. memberi kesan di dalam hati ini apabila mengikuti perkembangan arwah Oyak yang diterbangkan dari Jordan untuk dikebumikan di Semenyih. dikatakan jenazah arwah berbau harum, mukanya kelihatan tenang. dikatakan arwah tidak akan ketinggalan untuk solat berjemaah setiap waktu.
Al-Fatihah buat kedua-dua arwah.
No comments:
Post a Comment