Sunday, February 10, 2013

HCNY

 
 
SELAMAT TAHUN BARU CINA & SELAMAT BERCUTI


selamatlah semuanya kepada semua *errk

seminggu aku bercuti

harap2 cuti ni aku manfaatkan sepenuhnya

no wifi - no FB, no BLOG, no etc

only task - to settle it

good bye yeah


Saturday, February 9, 2013

PAMERAN + PERSARAAN

 
 
 PAMERAN LEGASI SENI sudah lama pun berakhirnya (30 Jan - 1 Feb). baru terasa nak cerita, sebab? sedang menanti kebosanan menunggu detik untuk pulang bercuti. bosan sebab? rasa kureng pula bila bersendirian. yang lain ramai dah balik.

cerita dah basi. nak taip pun rasa lemau. nasib ada gambar, biarlah gambar yang menceritakan. tapi sikit je aku nak cakap. tugas aku secara rasminya adalah pembikinan katalog. katalog ini perlu bila mana sesuatu pameran itu dilaksanakan. tak kisahlah dalam apa jua bentuknya pun.

yang penting, katalog ini, harusnya kita faham... sempoi aja bha... sudah bikin aku pening. nasib baik ada geng dalam department yang sama tolong dengan banyaknya. *department lah sangat~ malas nak ungkit sejarah entah apa-apa *kata orang kampung

*sedia maklum aku tak asah lagi bakat melukis mewarna dan sewaktu dengannya. dengan bakat yang masih tumpul dan hasil kerja caca marba yang bercumbu dalam singkatan masa yang amat sangat.

** ada juga insan yang kaku, tak rasa nak memudahkan kerja orang lain. nasib baik dalam menyusahkan orang lain itu, kau tetap menghasilkan sesuatu yang kebaboom, kalau sama level dengan aku, memang lima buku berbalas jelingan maut aku bagi.

apa-apa pun benda dah lepas, aku tetap nak kenang, walaupun tak berapa nak ungkit, jadikan pedoman pengajaran untuk kenangan yang diukir akan datang. sama-sama mudahkan orangkan lain, satu legasi kebaboom. tak paham? aku pun. sebab dah larut sangat pagi yang mengarut ini. 

legasi seni J3

bianglala (atas kiri) season of heart (atas kanan)





bianglala - specialnya: aku menggunakan kaedah try and error terhadap penggunaan lilin. aku letakkan sebelum mewarna dan selepas mewarna untuk dapatkan hasil yang nampak timbullah. tapi malang kedua-dua kaedah itu tak berapa pun berjaya. terus aq kikis kesan lilin itu, maka jadilah ia tompok2 putih itu.

season of heart - specialnya: tengah dok fikir nak lukis apa lagi ni, ternampak satu karya di internet (FB), sangat sweet dan cute aman je tengok. tanpa buang masa, aku mengaplikasikan kaedah peniruan terhadap karya yang ini. tambahan pula, button yang dibeli pelbagai warna dan saiz tanpa hala tuju tidak digunakan dengan sebaiknya, maka di sinilah tempatnya.
melayu - encik tengok yang mana tu? huhu
melayu - specialnya: satu-satunya karya yang lahir dari pemikiran aku sendiri, dari hati aku sendiri. tiba-tiba terfikirkan pasal malaysia. politik. kaum. hak. agama. prinsip. undang2. warisan. budaya. etc. penggabungan warna - kuning, merah, biru, hijau, tulisan jawi dan melayu itu sendiri. mungkin akan tercipta konotasi yang berbeza pada sesiapa yang menghayati apresiasinya. mungkin sampai mungkin tidak mesejnya. silakan kritik.
demonstrasi - teknik pualaman

sebelum - bersama mummy-tutor

sebelum - setting

warisan - bawah

 warisan - sama juga kaedah peniruan dilakukan. tetapi aku menggunakan teknik konsep batik. almaklumlah tak pernah buat batik lagi, teringin nak tahu perasaannya. dan, oh sangat hebat rasanya. tapi ini versi caca marba, mungkin lepas ni boleh buat lagi hebat.
bersama kerya kebaboom - atas kanan- sold out

selepas 3 hari berpameran - muka puas hati - pameran pertama - jumlah manusia sebenar 19 kepala


- tamat-

*** encik Khairul - pensyarah yang mengajar seni untuk beberapa sem, telahpun bersara pada hari ini. tapi tak dapat datang ke majlis. ada perkara lain. tapi kalau tahu sempat dan kalau tahu boleh lepas pagar..........akan pergi! mesti! hurmm  tak apalah, ada rezeki, boleh jumpa lagi 

byebye
thanks baca
sorry kalau ada terkait