Online Diary MY FAKE IS ORI: 2014

Sunday, June 29, 2014

Unknown Shadow


Laman sosial. Nampak macam kesan buruk yang banyak daripada yang baik. Tapi tidak semestinya.

Luahan perasaan di laman sosial pula, nampak memang banyak buruk daripada yang baik. Tapi tidak semestinya semua. Kadang-kadang dalam sesuatu hubungan -tak kisahlah hubungan yang macam mana dan dengan sesiapapun.. luahan perasaan di laman sosial ini sekiranya mendatangkan kebaikan kepada hubungan mereka, maka teruskanlah.

Kalau dah bersemuka tak boleh nak keluar sepatah haram pun, kalau dah bersemuka pun terasa dingin sahaja..maka untuk mengetahui perasaan partner dalam sesuatu hubungan tu, kalau melalui laman sosial memudahkan caranya, maka teruskanlah. 

Suka hati lah nak tulis gedebak-gedebuk macam mana pun, tulislah. Asalkan partner faham yang itu apa yang dirasainya. Mujurlah partner faham. Mujur juga partner tu kalau dia belajar ilmu psikologi ni. Kalau dah tak faham, terus melenting, meletus perang dunia, maka hentikanlah. Justeru carilah cara lain yang lebih mendamaikan tetapi tidak berat sebelah. Seolah-olah cara yang dicari itu menampakkan yang seorang ini malaikat, yang seorang ini setannn. Janganlah begitu ya.

Lagi satu...

"Manusia ni tak sempurna" - quote simple dan klise daripada mana-mana manusia dan biasa jumpa dalam mana-mana luahan perasaan.

Semua orang faham itu tapi tak semua orang cuba praktikkan apa yang mereka faham. Maksud aku, cuba kalau dah faham tu, selitkan sekali sabar (nak lagi power terus selit redha) dalam faham tu. 

Kiranya begini, kita dah faham dia begitu dan begini. Faham sangat dah. Jadi rasanya tak perlulah nak melenting bagai pungpangpungpang. Cuba sabar dalam menghadapinya tanpa rasa prejudis.

Prejudis maksud aku, setiap manusia ada kelemahan ada keburukan ada tabiat bangang ada sikap-sikap yang tidak menyenangkan ada macam-macam lagi benda yang memang boleh buat modal gosip non stop selama seminggu. Semua orang ada itu dan tolonglah faham.

Tolonglah faham bahawasanya sebenarnya manusia-manusia ini tak suka pun benda-benda tak elok (negatif) yang mereka buat. Dah nama pun tak sempurna, maka setiap kali berlaku, maka ianya tidak disengajakan dalam kewarasan yang normal. 

Dan fitrah manusia itu sendiri yang sukakan benda-benda yang elok, maka jangan cuba menghukum seseorang mengatakan dia tidak pernah berusaha dan berniat cuba untuk berubah. Tolong jangan jadi Tuhan. Kita tak tahu sepenuhnya apa yang ada dalam isi hati seseorang. 

Hubungan yang macam mana pun, partner kita tidak akan bercakap 100% apa yang terlintas di mindanya dan apa yang dia rasa di hatinya. Takkan 100%. 

Jadi aku rasa sebelum nak rasa apa-apa, cuba kita dahulukan rasa macam ni.... "ntah-ntah dia pun rasa macam aku rasa?!"

Maksudnya sebelum kita nak rasa marah, benci, menyampah, rasa yang dia teruk sangat dan sebagainya... cuba tanya diri sendiri soalan tadi "ntah-ntah dia pun rasa begini kat aku juga?!"

Maka dengan itu, kita ini sebagai manusia yang ada hati dan akal fikiran serta mempunya fikiran tahap sedar, pra sedar dan tak sedar menda pun, serta mempunyai tahap egois yang pelbagai... jangan cuba untuk memahami orang lain terlebih dahulu, kalau tak cukup kenal diri sendiri...

So... selamat meningkatkan iman, amal ibadat dan cuba berusaha menjadi lebih baik walaupun kadang-kadang terpesong, tak pe, masuk line balik dan teruskan berjalan di jalan yang lurus. 

Selamat menyambut bulan Ramadan dengan cara yang betul dan buat yang terbaik :D


*sebenarnya memang nak ucap selamat berpuasa je



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, June 10, 2014

The Winner Of The Denda


Tiba-tiba teringat zaman sekolah. Haru tak biru... zaman sekolah dulu, kena denda merupakan satu perkara yang amat membanggakan. Masa kena tu, tak lah bangga, malu segan dan macam2 lah sampai rasa nak kerat batang leher ni, gi sekolah tanpa kepala huhu.

Dalam banyak2 denda yang winner dalam hidup aku setakat ni - masih segar dalam ingatan beb- ialah jengjengjeng...berikut merupakan portfolio the winner of the denda *muahahaha

Masa kena - Form 4
Status - Pengawas sekolah *hewhew
Jenayah - Buat bising (menjerit) dalam surau - kes gurau senda tak kena masa dan tempat
Alasan helah bela diri - Aku kan cepat terkejut - tu yang terjerit (tapi baik jugak la mengaku salah)
Masa - Bulan Ramadhan - lepas solat Maghrib
Siapa bagi denda - Presiden... (tak ingat pulak nama penuh jawatan dia *nama penuh dia aku ingat haha - yang pasti kepala segala murid di sekolah dan asrama)
Dendaan yang dianugerahkan - Baca hadis setiap pagi masa perhimpunan selama dua minggu
Peguam bela - Kakak angkat yang sama kelas dengan presiden tolong kautim - maka diringankan menjadi 4@5 hari sahaja *tak berapa nak ingat hehehehe - 

Nasib baik perhimpunan pagi masa tu just semua kena beratur di luar kelas masing2 sahaja. Baca AsmaulHusna, baca doa, masuk je kelas. Pengawas yang bertugas baca doa semua tu akan gunakan mic di pejabat.

Makanya, masa aku kena denda tu, menapak lah aku dengan penuh segan ke pejabat. Aku ingatkan ada cikgu yang telah maklum akan keberadaan aku pada waktu pagi di pejabat itu untuk melaksanakan dendaan. Disebabkan nampak mcam dungu je aku berdiri dalam pejabat tu (padahal tengah usha mic - tak nak tanya nanti segan), cikgu HEM ni tegur aku..

Cikgu: Ha, kamu nak apa?
Aku: Err hehe.. saya nak cari mic yang biasa guna waktu pagi2 ni. Yang ni ke cikgu? (Sambil tunjuk mic yang dan dan pulak baru ternampak) - nampak sangat jarang ziarah pejabat.
Cikgu: Aah lah yang tu. Kamu nak buat apa?
Aku: Saya nak bacakan hadis ni. Hadis pasal sahur.
Cikgu: Oh! Bagus bagus. Setiap pagi ya ada?
Aku: Aah cikgu. Setiap pagi. 
Cikgu: Bagus bagus. Teruskan.
Aku: (sengeh.segan.bangga.) haha

Aku nobatkan denda ni the winner sebab dalam segan-segan aku mengakui khilaf, aku dapat something yang lebih bernilai dari itu. Something yang aku sendiri tak tahu nak describe macam mana. Yang pasti ianya tersangat priceless.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, June 6, 2014

Sibuk Je Nak Baca



Dulu... aku seorang perasa dan mudah merasa. Walau apa pun rasanya... aku tetap suka. Dan aku mampu menzahirkan setiap rasa itu dalam setiap bait yang aku conteng.

Dan kadang-kadang sehinggakan ada juga si mata-mata hati yang dapat merasakan setiap bait yang ku conteng - sama rasanya seperti mana aku rasa.

Semakin aku jauh berjalan, berlari, kemudian terjatuh, menangis, tapi bangkit semula walau dalam keadaan tempang, tetap terus berjalan sementara menanti kebah - semakin aku lupa bagaimana untuk menconteng semula dengan rasa.

Maksud aku, contengan yang penuh perasa sehingga memberikan satu perasaan yang aneh-aneh ke dalam insan yang bermata hati yang sudi menelek contengan aku.

Aku sudah lupa dan semakin tidak tahu untuk memberikan perasaan dalam setiap contenganku.

Mungkin hati yang menjadi tempat simpanan segala rasa ini sudah terlalu kebal untuk aku ketuk dan pinjam setiap rasa darinya untuk dicurahkan dalam setiap contengan aku?

Ya, mungkin juga perjalanan aku yang semakin jauh ini juga mengajar aku erti keras...

Aku tidak tahu itu. Yang aku tahu, aku juga punya rasa yang kadang-kadang aku memang tak tahu dan mampu untuk dizahirkan dalam mana-mana contengan aksara mahupun warna-warna.

Bukanlah rasa yang sekadar rasa aku maksudkan. 

Tetapi satu rasa yang ada jiwanya. Aku sudah tidak mampu untuk berikan jiwa kepada rasa itu lagi. 

Jiwa itu cukup untuk aku rasa sekali cuma.



|
|
|
|
|

Jangan fikir yang bukan-bukan. 

Ini cuma omongan kosong daripada seorang yang masih mengira bintang.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jangan Buat Selepas Makan





Wahai sahabat yang budiman, marilah kita cuba mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara di atas selepas makan. 

Yang mana baik, ambil dan amalkan. Yang mana khilaf tinggalkan je.

Aku kongsi je.

Kenapa tak boleh buat semua yang di atas selepas makan?

Aku malas pulak nak menaip tapi terajin nak mengupdate blog.

Maka wahai sahabat yang budiman bolehlah baca di sini 

|
|
|
|
|
|

SINI

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, May 21, 2014

Pakai Kereta Cermin Gelap Bukan Bermakna Gelap Masa Depan


Pagi bening ni (sangattt) saja nak buat post kebajikan. 

Untuk pengetahuan umum, senarai di bawah ni >>>>

1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri

Golongan ini sahaja yang berhak pakai apa2 jenis kenderaan yang bercermin gelap. Ada dalam buku akta Pengangkutan Jalan.

Selain di atas, tak boleh!!! Kalau nak juga, pi hadap sendiri orang sana orang sini orang situ dan orang-orang yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran, pengesahan, dan lain-lain perkataan yang sama maksudnya.

*****

atleast ada lah juga post bermaklumat pengetahuan am kan dalam blog kudusku ini~







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Titian Perjalanan

Masuk 'sini' aku boleh ibaratkan sama seperti masuk Form 1 semula. Di mana perlu menghabiskan pengajian sampai Form 5. 

Bila dah belajar lama sangat ni, melalui setiap fasa yang sama rentak turun naiknya... Semakin dah nak ke penghujung, semakin dah nak ke garisan penamat semakin lelah pula rasanya.

Teringat. Aku pernah terpaksa termasuk acara larian tak-ingat-berapa-ribu-meter. Padang yang sejauh 400m aku perlu ulang alik lari sebanyak lebih kurang 8-10-pun-tak-ingat kali pusingan.

Pada mulanya ya.. semangat sungguh aku lari. At the end, aku semakin lelah lelah dan mula untuk give up. Tapi aku kena habiskan larian sehingga ke garisan penamat - kalau tak, malu arr. Maka aku teruskan larian dalam keadaan yang sangat lemah lelah dan tidak berdaya. Biar kalah mencuba, jangan mengalah sebelum cuba hewhew

Point aku..

Esok dah mula paper pertama untuk sem 7 ini. Entah kenapa rasa semangat nak study tu tak sama dengan semangat masa sem dulu-dulu. Boleh dikatakan bukan semangat yang aku salahkan..sebab kemalasan sudah menguasai diri aku sekarang.

Ingatkan aku sorang. Mujur ada juga yang senasib dengan aku, ditimpa sindrom alergi buku ilmiah. Huh.
Point yang kedua...

Agaknya beginilah kot rasanya >>> maksud aku pelajar sekolah menengah rasa. Sebab aku teringat pensyarah aku ada cakap, kajian mengatakan yang sekarang pelajar sekolah dah tak ingin nak belajar sangat. Depa ni lebih teringin nak kerja, nak duit.

Same situasi. Makin nak ke penghujung makin lelah...

Tapi di sini bedanya itu jelasss...walaupun kelihatan sama kondisinya...

******

Sebenarnya ni post aku tulis sehari sebelum paper pertama iaitu hari Ahad, malam yang sangat hening sambil mengenang nasib di perantauan...

Sekarang aku pusblishkannya... memandangkan lusa merupakan paper terakhir yang perlu aku hadap.

Kannn.. nak ke tak nak, bersedia atau tidak, bila sampai waktunya memang kita kena hadap.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, May 12, 2014

Blues Orang Jelebu - The Libyaman


Kali pertama aku membaca buku penerbitan Dubook. Aku beli semasa PBAKL. Disebabkan agak terhad penggunaan baucer buku dan duit poket yang cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik. Maka aku memilih dua buah buku penerbitan Dubook. Ikutkan hati banyak nak beli, tapi demi nak kikis perasaan haloba tu, dua dululah.

So ini yang aku baru habis khatamkan. 

Sumber: Google Image


Tidaklah tebal mana. Ayat memang sempoi. So memang aku layan sampai tup tup - eh laaa dah habisss ke... Hewhew. Power!

Kisah dalam ni merupakan kisah perjalanan penulis yang berasal dari Jelebu. Daripada apa yang aku baca, penulis ni banyak lah pengalaman dia di Libya -Arab. Sebab bekerja di sana, belajar... 

Walaupun nampak sempoi, tapi banyak jugak maklumat yang aku dapat tentang orang Arab ni. Tentang Jelebu, Amman dan Tripoli. Aku tak pernah sampai ke mana-mana negara Arab. Dengan baca kisah 'si pemberontak' ni, dengan aku sekali rasa terawang-awang dan terbang ke negara-negara Arab nun...

Semua yang diceritakan adalah melalui pengalaman beliau sendiri, kisah beliau dan dari sudut sisi beliau sendiri. Selain itu, dengan membaca ni jugak, seolah-olah persoalan aku tentang Gaddafi telah terjawab. Tak banyak - sikit pun ada.

Sebagai tambahan, dalam banyak-banyak ayat.. aku nak petik beberapa ayat daripada buku ni yang menyentuh perkara yang berbeza..

Antaranya..

"Desakan hidup bikin manusia berubah kalau prinsipnya tidak berapa nak teguh."

Betul apa... yang ni boleh nampak bukan sekadar dalam filem mahupun drama-drama bajet tinggi dan rendah, tetapi realiti beb. Akibat desakan nak teruskan hidup! Sesiapa boleh berubah menjadi sesiapa yang dia sendiri tak pernah kenal ada sisi lain dalam dirinya. (amboi - faham ke~ hewhew)

"Terlalu banyak perubahan bukan bermakna kamu sebuah negara maju yang memajukan pendidikan. Perubahan pada nama tapi bukan pada isi juga adalah satu penipuan."

Ayat ini menyentuh tentang pendidikan negara kita. Siapa yang ada adik, sepupu, jiran tetangga, anak saudara, cucu saudara dan sesiapa yang anda kenal, pergilah tanya khabar budak-budak tu. Ape cer sekolah??? Cikgu-cikgu sihat (waras)? 

Ok cukuplah tu. Nak lagi best, pi beli sendiri, pi baca. Dah habis baca, jom travel ke negara Timur Tengah. Muahahaha

**** 
tenang-tenang aku mencari gambar buku di image Google, aku tertekan pulak dah Blog Blues Orang Jelebu. Aku tidak pasti sama ada sahih atau tidak ini blog penulis. Aku main tempek je, sebab sekilas aku scroll dan scroll, ada yang berkaitan dengan Arab, Iraq dan sebagainya.

Nak blogwalking, silakan. Tak nak sudah.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, May 11, 2014

Bulan Di Atas Champs-Elysees


Alhamdulillah. Selesai lagi sebuah kisah. Lagi tiga kisah yang akan dihadapkan pelbagai persoalan masih lagi belum bermula (exam -________-).

Sebuah lagi buku yang menarik minat aku semasa di Popular ialah buku ni..

Sumber: Google Image


Walaupun tak dapat membuka plastik pembalutnya dan tidak ada 'tester' yang boleh aku intai-intai di dalamnya, namun aku cukup berpuas hati berchenta dengannya. Perkara pertama yang aku tertarik nak beli sebab ini kisah benar penulis. 80% kisah benar yang didaptasi daripada kisah penulis sendiri dan diubah beberapa perkara seperti nama, tempat, waktu dan beberapa kejadian untuk memendekkan kisah, memudahkannya dan menjadikannya lebih sesuai sebagai bahan bacaan berbentuk novel. Penulis menggunakan nama pena Eva Hana untuk melindungi hak privasi diri dan anaknya.

Perkara kedua yang membuatkan aku tertarik nak baca buku ini apabila aku baca beberapa ayat di bahagian sinopsis buku ini. "cinta bukanlah alasan untuk menjual rohani". "Bulan di Atas Champs-Elysees bercerita tentang cinta antara dua benua: tentang akidah dan kekuatan diri..."

Jalan cerita...

Tentang Eva seorang gadis yang pernah belajar di UK dan bekerja sebagai jurutera komputer. Berdarah kacukan Melayu-Pakistan dan berumur 28 tahun. Bujang. Seorang yang sukakan adventure. Orang kampung cakap tak boleh duduk diam. Cepat bosan. Sukakan sesuatu yang baharu. Disebabkan kebosanannya - dia ambil keputusan untuk belajar bahasa Perancis di Perancis. 

Oleh yang demikian, berkenalanlah dia dengan seorang lelaki Perancis bernama Jean Paul. Mula-mula bersembang tentang bahasa dan Perancis. Lama-kelamaan sudah menjadi rutin setiap hari akan berchatting di laman sosial tentang apa sahaja. Selama 3 bulan keadaan menjadi begitu sehinggakan perasaan Eva dan Jean seperti tidak sabar-sabar untuk menerima mesej. Hidup cuma pergi kerja, balik, makan minum dan yang lain cuma menghadap laptop. 

Keputusan drastik diambil. Eva berhenti kerja. Apa yang ada dijual untuk mengumpul RM20000 demi menampung kos hidup dan belajarnya di sana selama 6 bulan. Sampai di sana, Eva tinggal bersama keluarga angkat. Paris yang sungguh hidup untuk Eva. Terlalu hidup. Percintaan yang semakin lama banyak dihantui oleh perbezaan agama, budaya hidup dan sebagainya. 

Sangat menyusahkan apabila salah seorang cuba untuk tidak memahami budaya dan agama pasangannya. Namun demi cinta, semua boleh hilang begitu sahaja. Tapi dalam hati..Tuhan sahaja yang tahu. Apabila menyentuh bab perkahwinan, biasanya hanya jalan buntu yang ditemui. Eva nak kahwin dengan Paul. Mestilah Paul kena masuk Islam. Yang Paul pula, baginya, agama bukan penghalang. Kenapa mesti dia kena masuk Islam? Dia pun bukanlah suruh Eva masuk Kristian.

Pening. Akhirnya mereka jumpa Imam Besar Paris. Imam tu kata, dia sudah banyak menikahkan perkahwinan campur. Maknanya sorang Islam dan sorang lagi agama lain. Mereka rasa seolah telah berjumpa jalan penyelesaian. Balik Malaysia. Bagaimana penerimaan ibu bapa Eva? Paul sudahpun berjumpa dan duduk bersama keluarga Eva selama sebulan (rasanya, tak ingat dah). Selama itulah bapa Eva cuba memujuk Paul tentang Islam menggunakan pelbagai cara. Tetap tak lut.

Pung pang pung pang...
Akhirnya mereka mencapai kata persetujuan. Kahwin secara Islam dan Kristian. Mula-mula secara Islam di Malaysia. Kemudian secara Kristian di Perancis. Namun Eva tetap berdoa semoga perkahwinan di gereja tidak dapat dijalankan. Masa pernikahan secara Islam, Paul telah mengucapkan dua kalimah syahadah, yang mana itulah ungkapan yang sering ditunggu-tunggu oleh Eva untuk didengarnya daripada mulut Paul. Namun, apalah sangat Paul faham tentang maksud ungkapan itu.

Hendak dijadikan cerita, semasa menunggu majlis perkahwinan di gereja yang terpaksa ditunda, Eva perlu pulang ke Malaysia untuk menghadiri perkahwinan adiknya. Nak dijadikan cerita, Eva mengandung. Paul berkeras memintanya pulang ke Perancis sehinggalah bergaduh dan Paul memberikan kata putus, sama ada Eva pulang ke Perancis dengan segera atau cerai.

Eva pilih cerai. Tak sanggup rasanya nak melihat anaknya dibaptiskan. 

END

Aku cerita memang tak best. Nak lagi best, pergi dapatkan sendiri buku ni. Hehe.

Buku ni senang nak faham, seolah-olah kita baca diari orang. Sebab penulis menggunakan 'aku' sebagai kata ganti dirinya. So memang terasa dekatlah dengan cerita penulis ini. Yang lain, aku dapat ilmu tentang Perancis-Paris. Perkataan-perkataan yang digunakan, nama-nama tempat, budayanya dan sebagainya. Aku pun baru tahu, Perancis merupakan sebuah negara yang begitu mengagungkan cinta.

So siapa nak lelaki romantik gila nak arwah tu, boleh lah cari lelaki Perancis. Dikatakan lelaki perancis merupakan lelaki paling romantik di dunia.. Huhu.

Pengajaran yang lain - sesungguhnya hati ini (hidayah) Allah yang pegang. Kalau Allah izinkan hati ni nak terbuka tentang Islam, terbukalah ia. Kalau tak, maka taklah.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, May 10, 2014

Cowoknya Jawa, Pacarnya Minang


Semalam. Dengan baik hati dan niat yang sedikit 'terpesong' (pau baucer kawan), aku menemani kawan yang ingin menghabiskan baucer bukunya yang berbaki RM150. Kalau aku,,, seghupe monyet dapat bunga. Kejap setel dah. Hehe. Memandangkan juga kawan aku dengan spesies buku yang banyak tulisan ni ada sedikit alergi, maka berlama-lamalah juga kami di dalam Popular tu - mencari buku yang dia boleh layan dengan berbaloi-baloinya. Memandangkan setakat ini hanya Popular (di JJ Kinta) yang sudi menerima 100% pelbagai bahan bacaan menggunakan baucer. Oleh yang demikian, sebagai upahnya, aku pun dapat jugak la menumpang sebuah dua buku yang aku nak. Ngehhh.
 
Jadi, memandangkan Popular tak banyak buku yang kena dengan hati aku, lama jugaklah aku merenung dan menghadam sinopsis setiap novel yang disajikan. At last, aku tertarik dengan beberapa buku. Salah satunya buku ini..

Sumber: Google Image


Sebab aku tertarik, almaklumlah bila dua benda yang sangat berbeza disatukan, perasaan membuak-buak nak tahu itu sangat tinggi. Selain itu, aku teringin juga hendak tahu bahasa Jawa dan Minang selain budayanya dan pelbagai lagi dalam sebuah novel chenta. Walaupun aku ada campuran Jawa, amat rugi kerana aku tak tahu dan tidak faham pun bahasa Jawa. Jadi, semasa aku membuat pemilihan ke atas buku ini, expectation aku sangat tinggi.


Aku balik dari JJ, lebih kurang dah nak masuk waktu Isyak. Baring-baring lepaskan penat, dengan gelojohnya aku terus buka plastik pembalut buku tu dan hadam puas-puas. Amat ironik sungguh apabila aku menamatkan pembacaan a.k.a mengkhatamkan buku ini tepat jam 11.59 - jam digital di laptop.

So..
 
Bagi aku penulis dapat menggambarkan budaya Minang dengan Jawa dalam keadaan yang yang ringan untuk dibaca dan diterangkan kepada pembaca walaupun tidak semua diterangkan secara mendalam. Hanya sebahagian budaya sahaja dihuraikan secara ringkas. Kiranya novel ni, mementingkan unsur-unsur atau perkembangan penceritaan kisah cinta jejaka Jawa dan gadis Minang. Yang lain tentang Jawa dan Minang hanya diselitkan sebagai salah satu subjek kecil yang menjadi penghalang mereka untuk bersatu.

Muhammad yang dipanggil Pak Ya berasal dari Johor, berketurunan Jawa. Antara orang yang agak lama menghabiskan sisa-sisa di UM atas sebab masalah keluarga yang betrimpa-timpa. Tertunda-tunda semnya. Kiranya orang yang agak susah jugak lah ni. Seorang editor majalah di UM. Bertemu pula dengan junior yang baru masuk, Deeja, gadis Minang yang update dengan fesyen terkini. 
 
Perjumpaan kali pertama semasa gabungan kelas tutorial. Pertama kali jumpa sudah ada masalah dan rasa menyampah. Entah macam mana, Deeja teruja untuk jadi salah seorang AJK majalah hanya kerana dia terpikat dengan nama editornya, Muhammed Zakariyya yang disangkanya pakArab. Tanpa segan silu, dia yang memang tidak bertudung boleh pulak datang interview dengan chanteknya bertudung semata nak jumpa editor. 

Maka jadilah dia AJK tajaan dan dia hampa sebab orang yang dia nak jumpa sangat tu ialah orang yang paling dia menyampah. Asal jumpa nak gaduh, gaduh dan gaduh. Entah macam mana disebabkan satu insiden, Pak Ya rasa kesian pulak dekat Deeja yang cengeng ni. Sebab Deeja pun ada masalah keluarga jugak. Kebetulan masa tu jugaklah Deeja termengadu pada Pak Ya dan terpanggil Pak Ya 'abang' dan Pak Ya rasa lain.

Kiranya, lama-lama dah kamcing dan sebenarnya dua-dua suka sama suka tapi tak cakap. Sampai ada banyak kejadian yang membuatkan mereka terpisah dan akhirnya berjumpa atas kesedaran seorang sahabat. Senang cerita sebab salah faham. 

Expectation aku jatuh terhadap buku ni. Sebab...

Penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam cerita ini..

Untuk menampakkan lagi Jawa dan Minang, kenapa tidak penulis memasukkan dialog dalam bahasa Jawa dan Minang semasa dua watak ini sedang berkomunikasi dengan ahli keluarga.Cuma satu dua sahaja ayat dialog dalam bahasa Minang, dan serasa aku, tidak ada pula dalam bahasa Jawa. Barulah terasa kosa kata bahasa Jawa dan Minang pembaca akan bertambah. Dan barulah nampak bahasa dan budaya yang ingin dipaparkan. Aku rasa juga, banyak lagi elemen yang boleh diketengahkan lagi-lagi cara hidup orang Jawa dan Minang digambarkan dalam wataknya. Mungkin aku lebih akan rasa terkinja-kinja kot bila membacanya. Ini cuma kritikan tak berdosa aku sahaja sebagai pembaca yang mempunyai expectation yang sangat tinggi.

Mohon maaf atas segala.

Namun ada satu perkara yang aku baru tahu melalui novel ini. Bahawasanya dikhabar dulu-dulu punya cerita, ada kejadian yang berlaku antara orang Jawa dan Minang. Dan disebabkan itulah dikatakan orang Jawa dan Minang memang tak sebulu dan tak boleh bersama. Nanti dapat tulah. Tapi itulah, tak diceritakan pula apakah kejadian (sejarah) tersebut. Huhu.

Jadi, ada dua pengajaran di sini

Pertama, dalam hidup ini tak boleh ada expectation yang terlalu tinggi pada benda yang kita sendiri kurang pasti. Takut terlebih mengecewakan bila tak sama apa yang difikirkan.

Kedua, kepada tokey kedai yang jual buku. Sila jangan kedekut untuk buka satu plastik kenkonon macam tester bagi setiap jenis buku, supaya senang pelanggan nak membelek, menilik dan membuat pilihan semasa membeli. *Kalau ada pekerja kedai buku yang baca ni, sila sampaikan pesanan ni kepada supervisor anda okey~ Tq.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, May 9, 2014

aA + bB x Tunas = Hlovate


Aku difahamkan bahawasanya karya Hlovate yang pertama ialah aA+bB. Kemudian karya yang seterusnya ialah Tunas. Sesungguhnya dua novel ini mempunyai sequence yang memang wajib pembaca membaca set kombo. Kalau alacarte, kurang menyengatlah kiranya. Dan sesungguhnya dua karya agung Hlovate inilah merupakan pelengkap koleksi Hlovate di tangan aku. Mujur dapat sambar limited edition (PBAKL) di mana disatukan dua karya ini dalam sebuah buku. So jimat sikit di situ. Walau bagaimanapun, aku difahamkan oleh rakan yang dah baca kedua-dua novel ini, setelah dia menyemak kompilasi yang aku beli...katanya Mags7 dalam Tunas tidak diceritakan sepenuhnya. Maknanya ada yang dipotong. Katanya lagi, sebab Tunas memang tebal bukunya. Tapi katanya, its okey.. Aku masih boleh faham jalan cerita memandangkan sememangnya kompilasi ini fokusnya pada kisah Addin dan Benz. Aku pun semedang percaya ajelah kata senior (sebab dia khatam dulu baca).

So here...

Aku memang suka penulisan Hlovate ni. Bahasa yang sangat santai. Mudah nak faham jalan cerita. Watak yang digunakan pun tidak terlalu banyak dan boleh nampak, hampir kebanyakan bab hanya mengisahkan watak utama. Jadi tak pening kepala - kejap watak ni, kejap watak tu. Jaminan tak boring sebab Hlovate memang punya identiti tersendiri dalam penulisannya. Bahasa Inggeris yang digunakan memang mantap sampai aku kena rujuk kamus tak bertauliah (tanya orang je). Orang teror English (kawan aku je pun) pun cakap, dia tak sure some of meaning perkataan yang Hlovate guna. Katanya English Hlovate ni memang English pasar (harian) di mana bukan English skema yang kita dok belajar tu. Certain je pun. 

Selain itu, Hlovate ni aku rasa dia memang suka belajar Fizik atau Matematik atau Biologi dan seterusnya aku nak memandai-mandai mengatakan entah-entah Hlovate ni seorang doktor. Sebab hampir kesemua karya dia pasti ada elemen kedoktoran dan muzik. Tiada terpisah. Tak kisahlah, yang pasti kadang-kadang aku rasa macam budak sekolah boleh kot nak study melalui buku-buku Hlovate sebagai bahan bacaan tambahan.. ke tak? Hehe

Yang lain lagi... pastinya Hlovate tidak pernah mengecewakan untuk menyelitkan unsur-unsur tarbiah dalam karyanya. Memang superb. Rujukan, tafsir semua ada ditulis. Kata-kata semangat, motivasi pun ada. Kadang-kadang baca karya Hlovate ni macam baca buku motivasi pun ada juga. 

Okey ...
  
sumber: Google Image

aA+bB ni tentang kisah Addin dan Benz. Khas tentang mereka. Macam mana seorang doktor dan engineer yang keras kepala dan egois boleh bersama akhirnya di bawah satu bumbung dan satu hati. Mereka ni actually suka sama suka, tapi tidak terungkap masa zaman sekolah dulu. Namun akibat satu peristiwa yang amat terlalu dan sangat (over ek) melukakan hati Addin telah berlaku-Benz lah buat tu. Tapi Benz ada sebab tersendiri. Tapi Addin tak tahu maka sampai kesudah Benz itu memang dibencinya, memang anti, dan memang alergi. Memang dia tak boleh terima dan perkara itu masih disimpan kemas sehingga umur dah menjejak 25 (7 tahun dah berlalu). Tup-tup terpaksa terkahwin atas banyak sebab yang tidak dapat dielakkan oleh Addin. Ahha! Jadi cerita ni fokus pada perkembangan hubungan mereka yang telah terpisah setelah SPM sehingga bertemu semula masa masing-masing dah nak habis belajar di oversea tu, dan perkembangan hubungan masa mula-mula kahwin sampai dapat anak. Sebab dan alasan pada point utama Addin benci gila pada Benz - kisah itu ada dalam Tunas.

Okey...
Sumber: Google Image

Tunas pula (karya kedua) merupakan zaman persekolahan Addin dan rakan-rakanya, antaranya Benz, Kucai, Kurt, Fish, Pa-e, Jen, MSC, Mags7 dan ramai lagi (malas pulak nak rujuk balik buku tu nak tengok nama sorang2). Kehidupan mereka sebagai pelajar Form 4 dan Form 5. Dari budak jenayah sampailah jadi Head Girl. Sesungguhnya Kolej Tunas banyak mengajar mereka mengenal kehidupan. Memang best. Kita yang nak habis belajar ni pun sedar yang zaman sekolah (lagi-lagi kalau duduk asrama) merupakan the best ever moment in our life. 

Maka kiranya, dah habis baca aA+bB ni, Tunas ni kira flashback lah. Tapi dalam set kompilasi yang aku beli ni, disusunnya Tunas dulu baru aA+bB. Kiranya aku baca ni menentang arus keluaran lah equal to mengikut norma kehidupan. Hewhew. 

Maka setakat ini sahajalah, riview aku dari koleksi terakhir Hlovate aku. Kalau aku tahu beginilah rasa melayan Hlovate, memang awal-awal aku join lah kawan aku yang gila Hlovate tu masa zaman oldshool. Dan kalau aku tahu Hlovate memang tulis macam ni, dan aku layan dari dulu, memang aku cari la Hlovate ni buat jadi tok guru aku untuk kitab conteng-menconteng ni. Hehe.

Okey. Bye.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, May 6, 2014

Aku Dan Si Karut



Two big things happened today.

Sekarang semua sedang menjadi ahli pemikir dan peramal masa hadapan yang bakal berjaya. Merangka-rangka strategi yang paling terbaik dalam sejarah pemilihan negeri untuk penempatan guru. Meramal dan mengandaikan serta memandai-mandai seolah-olah sangat berpengalaman dalam mengisi borang penempatan - padahal sekali seumur hidup untuk mengisi borang ini. Mujur Malaysia punya 14 negeri sahaja. Seberang Laut Cina Selatan dah memang tak ambil pusing. 

Aku? 

Mujur masih bujang. Eh, salah! Pensyarah bilang bukan bujang - tak pernah berkahwin! Yang pernah berkahwin boleh jadi bujang juga. Maka, tidaklah banyak sangat nak fikir dan nak isi. Fikir diri sendiri sahaja! 

Mak: Kau cadang nak minta mana?
Aku: Sabah, Sarawak, Selangor!
Mak: *dalam hati - kecik besar kecik besar je aku tengok budak ni!

Hahaha.

*******
Angin mana dari atas kepala datang menyerbu tiba-tiba membuatkan tangan gatal menyodok USB hardisk dan mencari-cari fail gambar oldschool. Masa muda-muda zaman maktab dulu-dulu. 

Sendiri terpegun terkesima dan sayuuuuu je tengok muka sendiri dulu-dulu. Padanlah orang sekeliling termasuk mak dan ayah bising pasal aku dah gemuk! Memang ketara bezanya!!!

Tapi itulah~ Tak kesian ke kat aku ni? 

Meh aku bagi cadangan. Apa kata sambil-sambil sesiapa yang kata aku dah gemuk tu, hadiahkan aku baju selai dua pun jadilah. Kenapa baju? Kenapa bukan ubat kurus atau alat senam?

Senam ubat kurus segala mak nenek tu aku boleh urus. Tentang baju sebab.... aku bukanlah orang yang rajin menambah koleksi baju. Oleh yang demikian amat sadis bagiku bila member tegur "kau ni asyik pakai baju ni je tiap kali nak balik". -_____-  Ketahuilah wahai sahabat, bahawasanya buat fasa ini aku cuma menyarung baju mana yang selesa aku pakai je babe. Mohon faham.

Lagi bertambah sadis bila nak hangout. Pung pang pung pang cari baju iron bagai... dah mandi wangi semua..... atlast tshirt yang biasa aku sarung ke mana jua ku pergi itulah juga aku memakainya. Mak aku juga turut menumpang sedih atas kenaikan paras lemak dalam badan.

Sekian, terima kasih!

*pelik! line wifi di pagi buta sangat lembap.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, April 20, 2014

Kapsul Nurani







sumber: Kapsul Nurani

Tidak sabar menunggu kemunculan pertamanya di Pesta Buku Antarabangsa KL.

Boleh dapatkannya dengan hanya RM25.

Juga boleh dapatkan daripada saya. 

Boleh pm saya untuk detail.











Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, March 15, 2014

Inilah Namanya Cinta..*Puihh



kenapa kau suka dia?

urmmm... entah lah.. tak tahu nak cakap macam mana.

kenapa ek?

just..tiba2 rasa suka..



kenapa kau tak suka dia?

hurmm... aku pun tak tahu lah kenapa..

macam tak ada sebab... just tak suka je lah..


kadang-kadang tak perlu ada sebab untuk suka seseorang

dan

kadang-kadang tak payah nak tanya 

kenapa awak tolak saya?

atau

kenapa awak tak suka saya?

atau

apa beza dia dan saya?

---

melainkan suka atau tidak seseorang itu... bukan dari hati

yang di atas ni, cuma kes ikhlas je..

---

view dari hati dan otak aku yang sel-selnya tak berapa nak berhubung sekarang ni...


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, March 2, 2014

Jadilah Pendengar Juga

orang lain juga punya cerita tersendiri
 
bukan kita sahaja

mana nak tahu cerita orang lebih menarik dari kita

kalau dah kita sahaja yang bercerita

kalau dah kita tak mahu pula nak bertanya

kadang-kadang

cubalah untuk jadi pendengar yang setia pula

sebab tak semua orang juga

suka mendengar setiap masa 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, January 25, 2014

Miskin Kena Kayakan Diri, Atau Yang Kaya Sama-Sama Kayakan Miskin


Gambar sekadar nak ambil tajuk je... 

jadi. kena kaya. untuk hidup di Malaysia zaman sekarang ni. 

tapi. bagaimana. 

kalau 'trend' sekarang - 

yang kaya makin kaya, yang miskin bertambah miskin.

memang ramai bisinglah zaman laa ni

 kalau dah 'miskin' lagi ramai daripada 'kaya'.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, January 12, 2014

Bahasa Paling Tua Di Dunia



PARA saintis tetap berdebat bahasa apa yang paling tua di dunia. Tetapi sebenarnya masalah itu senang diselesaikan. Pasti itu bahasa cinta. Meskipun kepelbagaian bahasa di dunia itu, dua bahasa sahaja wujud yang boleh dimengerti oleh semua yakni bahasa cinta dan bahasa kebencian.

Dan bahasa cinta adalah bahasa yang paling tua. Mula-mula lahir cinta dan hanya kemudian kebencian. "Cinta adalah pemberian yang tak terhingga nilainya. Cinta adalah satu-satunya hal yang kita boleh hadiahkan tetapi ia tetap bersama kita" - demikian kata penulis Rusia Leo Tolstoy.

Perkataan "cinta" adalah perkataan yang paling penting dalam bahasa. Dan mungkin perkataan inilah adalah yang paling susah dimengerti. Perkataan ini ada di mana-mana. Ribuan buku, lagu, majalah, filem dipenuhi dengan perkataan itu. Banyak sistem falsafah dan teologi memberi tumpuan khusus kepadanya.

Keperluan manusia supaya mereka dicintai adalah keperluan semula jadi. Demi cinta kita menaklukkan puncak gunung, mengharungi lautan dan gurun pasir, mengalami penderitaan yang berat. Seorang ahli falsafah kuno pernah mengatakan bahawa akhirnya di gelanggang drama manusia akan tinggal hanya tiga hal: kepercayaan, harapan dan cinta, tetapi cinta ialah lebih penting.

Tetapi mengapa perkataan itu adalah yang paling susah dimengerti? Oleh kerana ia digunakan dalam berbagai-bagai kes. Kita boleh mengatakan: aku cinta ibu tetapi boleh mengatakan juga: aku cinta anjing, buku, bola sepak dan lain-lain. Perkataan ini boleh digunakan untuk membenarkan segala tingkah laku manusia.

Sang suami yang curang kepada isteri dan menamakan itu dengan perkataan "cinta". Seorang pendeta akan menamakan kelakuan itu sebagai "dosa". Ibu bapa memanjakan cahaya matanya dan menyebut itu "cinta" juga. Seorang psikologis mentakrifkan itu "merosakkan perangai anak".

Bahasa cinta ada dua belah: verbal dan nonvebal. Aspek nonverbal itu sebenarnya bahasa isyarat: kerlingan mata, sentuhan, intonasi. Adapun segi verbal maka yang paling penting ialah kata dorongan, kata manis atau pun sanjungan.

Penulis Amerika Mark Twain pernah mengatakan bahawa sekali disanjung sahaja dia boleh hidup berbahagia dua bulan. Jadi menurutnya apabila seseorang disanjung enam kali maka dia boleh hidup berbahagia satu tahun! Begitu kuat pengaruh kata manis dan sanjungan terhadap manusia.

Peribahasa Rusia berbunyi: Perkataan manis disenangi bahkan oleh seekor kucing. Dan seorang arif masa kuno yakni Solomon mengungkapkan: Bahasa mempunyai kekuasaan hidup dan mati. Hati resah membongkokkan manusia kepada tanah melainkan perkataan manis meluruskannya. Jadi jangan malu menyanjung orang lain, memberi sokongan kepada mereka dengan kata manis dan menggalakkan. Kan itu bahasa cinta yang dimengerti oleh semua.

Pada zaman dahulu kala katanya pembina Menara Babylon tidak sempat menyelesaikan pembinaannya. Mengapa? Mereka itu tidak sempat (atau tidak mahu) mengerti satu sama lain. Oleh kerana itu jalannya bersimpangan. Kita sekarang hidup dalam dunia dan realiti sama, mengalami peristiwa yang sama.

Tetapi kita mengerti dan merasai dunia itu secara berlainan. Jadi setiap orang mempunyai realiti dan pemahaman keadaan sekitar yang sendiri. Kebolehan kita, pengalaman kita berpunca daripada perasaan, bahasa kita juga berpunca daripada perasaan.

Cinta dicerminkan dalam puisi. Para penyair memilih perkataan yang paling halus dan menciptakan metafora yang menarik. Cinta boleh dibandingkan dengan tsunami atau badai yang melanda seseorang tetapi tsunami itu tidak membahayakan bahkan memberi kenikmatan. "Adalah sangat mengerikan jikalau kau tidak dicintai lagi, tetapi lebih mengerikan jikalau kau tidak mencintai lagi", - itu kata penyair wanita Rusia Inna Goff. Penyair Alexander Pushkin mengungkapkan gagasan itu dengan lebih sempurna lagi:

Gunung-ganang di Gruziya diselubungi gelap,

Sungai Aragwi di hadapan daku.

Sedih dan lega hatiku: denyutan tidak kerap.

Kekasihku, kurindu akan kau.

Kau sahaja, kau! Rasa pilu dan gundah

Tidak diganggu oleh kesal hati.

Kembali kalbuku bercinta dan demam

Sebab kalau tiada cinta - aku mati.

Dan tentu kita tidak perlu melupakan bahawa bunga juga boleh menjadi bahasa cinta. Bunga sering diasosiasikan dengan sesuatu yang indah, sesuatu yang baik, atau mewakili wanita. Nama-nama bunga sering pula dipakai untuk nama wanita. Bahkan banyak negara menggunakan bunga sebagai maskot negaranya. Begitu besar kemampuan bunga untuk menimbulkan perasaan dan fikiran baik, sehingga bunga sering diberikan untuk menyatakan cinta, ulang tahun dan sebagainya. Bunga diberikan pada keluarga, teman, orang yang dihormati yang sedang berduka, maupun mengalami kemalangan, dengan maksud menghibur dan mendoakan keselamatan.

Bunga diberikan oleh sang kekasih untuk pernyataan minta maaf atas kesalahan yang telah dibuatnya. Bunga dipakai juga untuk menghias pesta untuk memberikan suasana ceria atau upacara pengkebumian dengan tujuan hiburan bagi yang ditinggalkan.

Seperti juga warna yang memiliki erti yang berbeza-beza, masing-masing jenis bunga memiliki pula erti yang menunjukkan perasaan yang berbeza. Jika dua insan yang saling memberi dan menerima bunga, mengetahui erti dari bunga-bunga, tentunya komunikasi akan lebih terjalin. Si penerima akan lebih dapat merasakan harapan dan ucapan yang ingin diungkapkan oleh si pemberi bunga.

Pemahaman terhadap bunga dan warnanya pada umumnya sama pada semua bangsa. Misalnya bunga merah yang diberikan kepada gadis oleh seorang lelaki itu sebenarnya pernyataan cinta. Bunga "jangan lupakan daku" adalah simbol kesetiaan. Bunga lili mengingatkan kepada lelaki tentang gadis kesayangannya. Bunga kuning dalam tangan seorang gadis membuat jantung lelaki berdebar-debar secara kemas: apakah si dianya mencintai orang lain?

Begitu banyak bahasa cinta. Pilih sahaja. Dan dunia akan menjadi lebih indah, aman dan berbahagia!



-salin tampal-

sumber - Utusan Online

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, January 5, 2014

Tips For Writing To Heal



Find a time and place where you won’t be disturbed.
(Masalahnya bila aku dok sorang2, tulis tak jugak. Berangan yang lebih)

Write continuously for at least 20 minutes.
(Yang ni…. Hehe. Memang tak pernah nak istiqamah lagi arr)

Don’t worry about spelling or grammer.
(Yes! Yang ni perlu untuk memastikan kelancaran menulis tanpa tersekat. Sampai idea dah kering, baru cek balik)

Write only for yourself.
(Kadang2 tak pernah nak menjadi sangat. Ada je yang sibuk nak baca apa aku tulis. So dah tak jadi only for yourself lah kan hehe)

Write about something extremely personal and important for you.
(Pernah buat. Tapi kantoi. Taubat dah… tapi buat lagi. Hehe. Setakat ni tak kantoi lagi ^^ - personal and important tuuuu)

Deal only with events or situations you can handle now.
(Yang ni no komen ngaaaa)

*banyak pulak kan alasan daku.

*orang banyak alasan memang tak akan berjaya.

*tips menulis ihsan daripada carian google. ^^


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, January 2, 2014

Contengan Jalanan




Okey. Sebelum bermulanya kuliah yang agak padat sedikit untuk sem ini, hendaklah juga berkongsi tentang buku Hlovate yang terakhir aku hadamkan. Sebenarnya dah lama selesai, tapi baru nak berkongsi di sini.

Jadi, buku tersebut ialah Contengan Jalanan. Ramai jugak kenalan yang mensyorkan judul ini, dan mengatakan antara yang paling terbaik dalam koleksi Hlovate. Pada mulanya memang confius dibuatnya nak mulakan baca.

Pasalnya cover depan dengan belakang memang macam cover depan buku. Dan rupanya-rupanya memang depan dan belakang ada dua kisah yang berbeza dimulakan dari bahagian yang berbeza. Tapi wataknya still berkaitan.

So aku mulakan baca yang cover gambar cawan kopi tu sebab tengok permulaan tulisannya ada tarikh. Mesti lah kan pilih tarikh yang paling awal.
Ceritanya…

Tentang ‘sekawan’ geng dari sekolah lagi. Dah study sampai university walaupun berbeza course, tetap bersama-sama atas satu minat iaitu muzik. Depa ni pun course masing2 walaupun berbeza tetap atas satu line iaitu seni.

I - Fend namanya Affendy. ‘Fend'; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy'. Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy'.

II - K² Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Okey tu dia dua buah cerita yang ringkas. Aku ‘tiru’ je dari MPH online. Sebab kang aku taip sendiri dah tak jadi ringkasan. So pendapat aku, mula2 memang agak boring sikit lah sebab dah merapu pasal muzik je. Aku pun bukanlah orang muzik plus lagu2 yang Hlovate masukkan tu, manalah pernah aku dengornye (dah lah lagu BI hehe).

Tapi aku tabahkan jugak membaca walaupun tak paham. Yang lain semua okey. Memang best. Dan ternyata memang betul, hati kita ni memang Allah yang pegang. Hati ni kalau nak buka ke tutup ke, Allah je yang mampu buat. Dan novel ni jugak membuatkan aku sebenarnya teringin gak nak buat.

Buat travel macam tu, tidur dalam masjid. Tapi fikir sebab aku ni perempuan, kena fikir banyak kali lah nampak gayanya. Tapi kalau dapat rezeki travel ke luar, sebelum kiamat sebelum ajal menjemput ni, memang bersyukur sangat..

Ok bye. Selamat membaca. Try lah. Aku jamin berbaloi-baloi. Masa aku baca ni, membuak-buak hati nak buka tafsir Al-Quran terus. Sebab curious gila apa maksud ayat yang dipilih tu. Tapi sebab malas tahap kemarau, nanti je lah bukaknya… ngeee 

sumber: Google


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen