Online Diary MY FAKE IS ORI: Cowoknya Jawa, Pacarnya Minang

Saturday, May 10, 2014

Cowoknya Jawa, Pacarnya Minang


Semalam. Dengan baik hati dan niat yang sedikit 'terpesong' (pau baucer kawan), aku menemani kawan yang ingin menghabiskan baucer bukunya yang berbaki RM150. Kalau aku,,, seghupe monyet dapat bunga. Kejap setel dah. Hehe. Memandangkan juga kawan aku dengan spesies buku yang banyak tulisan ni ada sedikit alergi, maka berlama-lamalah juga kami di dalam Popular tu - mencari buku yang dia boleh layan dengan berbaloi-baloinya. Memandangkan setakat ini hanya Popular (di JJ Kinta) yang sudi menerima 100% pelbagai bahan bacaan menggunakan baucer. Oleh yang demikian, sebagai upahnya, aku pun dapat jugak la menumpang sebuah dua buku yang aku nak. Ngehhh.
 
Jadi, memandangkan Popular tak banyak buku yang kena dengan hati aku, lama jugaklah aku merenung dan menghadam sinopsis setiap novel yang disajikan. At last, aku tertarik dengan beberapa buku. Salah satunya buku ini..

Sumber: Google Image


Sebab aku tertarik, almaklumlah bila dua benda yang sangat berbeza disatukan, perasaan membuak-buak nak tahu itu sangat tinggi. Selain itu, aku teringin juga hendak tahu bahasa Jawa dan Minang selain budayanya dan pelbagai lagi dalam sebuah novel chenta. Walaupun aku ada campuran Jawa, amat rugi kerana aku tak tahu dan tidak faham pun bahasa Jawa. Jadi, semasa aku membuat pemilihan ke atas buku ini, expectation aku sangat tinggi.


Aku balik dari JJ, lebih kurang dah nak masuk waktu Isyak. Baring-baring lepaskan penat, dengan gelojohnya aku terus buka plastik pembalut buku tu dan hadam puas-puas. Amat ironik sungguh apabila aku menamatkan pembacaan a.k.a mengkhatamkan buku ini tepat jam 11.59 - jam digital di laptop.

So..
 
Bagi aku penulis dapat menggambarkan budaya Minang dengan Jawa dalam keadaan yang yang ringan untuk dibaca dan diterangkan kepada pembaca walaupun tidak semua diterangkan secara mendalam. Hanya sebahagian budaya sahaja dihuraikan secara ringkas. Kiranya novel ni, mementingkan unsur-unsur atau perkembangan penceritaan kisah cinta jejaka Jawa dan gadis Minang. Yang lain tentang Jawa dan Minang hanya diselitkan sebagai salah satu subjek kecil yang menjadi penghalang mereka untuk bersatu.

Muhammad yang dipanggil Pak Ya berasal dari Johor, berketurunan Jawa. Antara orang yang agak lama menghabiskan sisa-sisa di UM atas sebab masalah keluarga yang betrimpa-timpa. Tertunda-tunda semnya. Kiranya orang yang agak susah jugak lah ni. Seorang editor majalah di UM. Bertemu pula dengan junior yang baru masuk, Deeja, gadis Minang yang update dengan fesyen terkini. 
 
Perjumpaan kali pertama semasa gabungan kelas tutorial. Pertama kali jumpa sudah ada masalah dan rasa menyampah. Entah macam mana, Deeja teruja untuk jadi salah seorang AJK majalah hanya kerana dia terpikat dengan nama editornya, Muhammed Zakariyya yang disangkanya pakArab. Tanpa segan silu, dia yang memang tidak bertudung boleh pulak datang interview dengan chanteknya bertudung semata nak jumpa editor. 

Maka jadilah dia AJK tajaan dan dia hampa sebab orang yang dia nak jumpa sangat tu ialah orang yang paling dia menyampah. Asal jumpa nak gaduh, gaduh dan gaduh. Entah macam mana disebabkan satu insiden, Pak Ya rasa kesian pulak dekat Deeja yang cengeng ni. Sebab Deeja pun ada masalah keluarga jugak. Kebetulan masa tu jugaklah Deeja termengadu pada Pak Ya dan terpanggil Pak Ya 'abang' dan Pak Ya rasa lain.

Kiranya, lama-lama dah kamcing dan sebenarnya dua-dua suka sama suka tapi tak cakap. Sampai ada banyak kejadian yang membuatkan mereka terpisah dan akhirnya berjumpa atas kesedaran seorang sahabat. Senang cerita sebab salah faham. 

Expectation aku jatuh terhadap buku ni. Sebab...

Penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam cerita ini..

Untuk menampakkan lagi Jawa dan Minang, kenapa tidak penulis memasukkan dialog dalam bahasa Jawa dan Minang semasa dua watak ini sedang berkomunikasi dengan ahli keluarga.Cuma satu dua sahaja ayat dialog dalam bahasa Minang, dan serasa aku, tidak ada pula dalam bahasa Jawa. Barulah terasa kosa kata bahasa Jawa dan Minang pembaca akan bertambah. Dan barulah nampak bahasa dan budaya yang ingin dipaparkan. Aku rasa juga, banyak lagi elemen yang boleh diketengahkan lagi-lagi cara hidup orang Jawa dan Minang digambarkan dalam wataknya. Mungkin aku lebih akan rasa terkinja-kinja kot bila membacanya. Ini cuma kritikan tak berdosa aku sahaja sebagai pembaca yang mempunyai expectation yang sangat tinggi.

Mohon maaf atas segala.

Namun ada satu perkara yang aku baru tahu melalui novel ini. Bahawasanya dikhabar dulu-dulu punya cerita, ada kejadian yang berlaku antara orang Jawa dan Minang. Dan disebabkan itulah dikatakan orang Jawa dan Minang memang tak sebulu dan tak boleh bersama. Nanti dapat tulah. Tapi itulah, tak diceritakan pula apakah kejadian (sejarah) tersebut. Huhu.

Jadi, ada dua pengajaran di sini

Pertama, dalam hidup ini tak boleh ada expectation yang terlalu tinggi pada benda yang kita sendiri kurang pasti. Takut terlebih mengecewakan bila tak sama apa yang difikirkan.

Kedua, kepada tokey kedai yang jual buku. Sila jangan kedekut untuk buka satu plastik kenkonon macam tester bagi setiap jenis buku, supaya senang pelanggan nak membelek, menilik dan membuat pilihan semasa membeli. *Kalau ada pekerja kedai buku yang baca ni, sila sampaikan pesanan ni kepada supervisor anda okey~ Tq.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 any idea?:

Anonymous said...

pandai menganalisis.. (thumbsup)

farsyah said...

memandai-mandai je ni hoho

thanks

*siapa pula Anonymous ni~

sains itu indah said...

hahaha.. nama pn anonymous.. mstila xtaw siapa.. kn..
ok la ni.. dri xreti lgsg kn

farsyah said...

urmm dah agak dah ...

naiss blog huh ^,^

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen