Sunday, May 11, 2014

Bulan Di Atas Champs-Elysees


Alhamdulillah. Selesai lagi sebuah kisah. Lagi tiga kisah yang akan dihadapkan pelbagai persoalan masih lagi belum bermula (exam -________-).

Sebuah lagi buku yang menarik minat aku semasa di Popular ialah buku ni..

Sumber: Google Image


Walaupun tak dapat membuka plastik pembalutnya dan tidak ada 'tester' yang boleh aku intai-intai di dalamnya, namun aku cukup berpuas hati berchenta dengannya. Perkara pertama yang aku tertarik nak beli sebab ini kisah benar penulis. 80% kisah benar yang didaptasi daripada kisah penulis sendiri dan diubah beberapa perkara seperti nama, tempat, waktu dan beberapa kejadian untuk memendekkan kisah, memudahkannya dan menjadikannya lebih sesuai sebagai bahan bacaan berbentuk novel. Penulis menggunakan nama pena Eva Hana untuk melindungi hak privasi diri dan anaknya.

Perkara kedua yang membuatkan aku tertarik nak baca buku ini apabila aku baca beberapa ayat di bahagian sinopsis buku ini. "cinta bukanlah alasan untuk menjual rohani". "Bulan di Atas Champs-Elysees bercerita tentang cinta antara dua benua: tentang akidah dan kekuatan diri..."

Jalan cerita...

Tentang Eva seorang gadis yang pernah belajar di UK dan bekerja sebagai jurutera komputer. Berdarah kacukan Melayu-Pakistan dan berumur 28 tahun. Bujang. Seorang yang sukakan adventure. Orang kampung cakap tak boleh duduk diam. Cepat bosan. Sukakan sesuatu yang baharu. Disebabkan kebosanannya - dia ambil keputusan untuk belajar bahasa Perancis di Perancis. 

Oleh yang demikian, berkenalanlah dia dengan seorang lelaki Perancis bernama Jean Paul. Mula-mula bersembang tentang bahasa dan Perancis. Lama-kelamaan sudah menjadi rutin setiap hari akan berchatting di laman sosial tentang apa sahaja. Selama 3 bulan keadaan menjadi begitu sehinggakan perasaan Eva dan Jean seperti tidak sabar-sabar untuk menerima mesej. Hidup cuma pergi kerja, balik, makan minum dan yang lain cuma menghadap laptop. 

Keputusan drastik diambil. Eva berhenti kerja. Apa yang ada dijual untuk mengumpul RM20000 demi menampung kos hidup dan belajarnya di sana selama 6 bulan. Sampai di sana, Eva tinggal bersama keluarga angkat. Paris yang sungguh hidup untuk Eva. Terlalu hidup. Percintaan yang semakin lama banyak dihantui oleh perbezaan agama, budaya hidup dan sebagainya. 

Sangat menyusahkan apabila salah seorang cuba untuk tidak memahami budaya dan agama pasangannya. Namun demi cinta, semua boleh hilang begitu sahaja. Tapi dalam hati..Tuhan sahaja yang tahu. Apabila menyentuh bab perkahwinan, biasanya hanya jalan buntu yang ditemui. Eva nak kahwin dengan Paul. Mestilah Paul kena masuk Islam. Yang Paul pula, baginya, agama bukan penghalang. Kenapa mesti dia kena masuk Islam? Dia pun bukanlah suruh Eva masuk Kristian.

Pening. Akhirnya mereka jumpa Imam Besar Paris. Imam tu kata, dia sudah banyak menikahkan perkahwinan campur. Maknanya sorang Islam dan sorang lagi agama lain. Mereka rasa seolah telah berjumpa jalan penyelesaian. Balik Malaysia. Bagaimana penerimaan ibu bapa Eva? Paul sudahpun berjumpa dan duduk bersama keluarga Eva selama sebulan (rasanya, tak ingat dah). Selama itulah bapa Eva cuba memujuk Paul tentang Islam menggunakan pelbagai cara. Tetap tak lut.

Pung pang pung pang...
Akhirnya mereka mencapai kata persetujuan. Kahwin secara Islam dan Kristian. Mula-mula secara Islam di Malaysia. Kemudian secara Kristian di Perancis. Namun Eva tetap berdoa semoga perkahwinan di gereja tidak dapat dijalankan. Masa pernikahan secara Islam, Paul telah mengucapkan dua kalimah syahadah, yang mana itulah ungkapan yang sering ditunggu-tunggu oleh Eva untuk didengarnya daripada mulut Paul. Namun, apalah sangat Paul faham tentang maksud ungkapan itu.

Hendak dijadikan cerita, semasa menunggu majlis perkahwinan di gereja yang terpaksa ditunda, Eva perlu pulang ke Malaysia untuk menghadiri perkahwinan adiknya. Nak dijadikan cerita, Eva mengandung. Paul berkeras memintanya pulang ke Perancis sehinggalah bergaduh dan Paul memberikan kata putus, sama ada Eva pulang ke Perancis dengan segera atau cerai.

Eva pilih cerai. Tak sanggup rasanya nak melihat anaknya dibaptiskan. 

END

Aku cerita memang tak best. Nak lagi best, pergi dapatkan sendiri buku ni. Hehe.

Buku ni senang nak faham, seolah-olah kita baca diari orang. Sebab penulis menggunakan 'aku' sebagai kata ganti dirinya. So memang terasa dekatlah dengan cerita penulis ini. Yang lain, aku dapat ilmu tentang Perancis-Paris. Perkataan-perkataan yang digunakan, nama-nama tempat, budayanya dan sebagainya. Aku pun baru tahu, Perancis merupakan sebuah negara yang begitu mengagungkan cinta.

So siapa nak lelaki romantik gila nak arwah tu, boleh lah cari lelaki Perancis. Dikatakan lelaki perancis merupakan lelaki paling romantik di dunia.. Huhu.

Pengajaran yang lain - sesungguhnya hati ini (hidayah) Allah yang pegang. Kalau Allah izinkan hati ni nak terbuka tentang Islam, terbukalah ia. Kalau tak, maka taklah.

No comments: