aA + bB x Tunas = Hlovate
Aku difahamkan bahawasanya karya Hlovate yang pertama ialah aA+bB. Kemudian karya yang seterusnya ialah Tunas. Sesungguhnya dua novel ini mempunyai sequence yang memang wajib pembaca membaca set kombo. Kalau alacarte, kurang menyengatlah kiranya. Dan sesungguhnya dua karya agung Hlovate inilah merupakan pelengkap koleksi Hlovate di tangan aku. Mujur dapat sambar limited edition (PBAKL) di mana disatukan dua karya ini dalam sebuah buku. So jimat sikit di situ. Walau bagaimanapun, aku difahamkan oleh rakan yang dah baca kedua-dua novel ini, setelah dia menyemak kompilasi yang aku beli...katanya Mags7 dalam Tunas tidak diceritakan sepenuhnya. Maknanya ada yang dipotong. Katanya lagi, sebab Tunas memang tebal bukunya. Tapi katanya, its okey.. Aku masih boleh faham jalan cerita memandangkan sememangnya kompilasi ini fokusnya pada kisah Addin dan Benz. Aku pun semedang percaya ajelah kata senior (sebab dia khatam dulu baca).
So here...
Aku memang suka penulisan Hlovate ni. Bahasa yang sangat santai. Mudah nak faham jalan cerita. Watak yang digunakan pun tidak terlalu banyak dan boleh nampak, hampir kebanyakan bab hanya mengisahkan watak utama. Jadi tak pening kepala - kejap watak ni, kejap watak tu. Jaminan tak boring sebab Hlovate memang punya identiti tersendiri dalam penulisannya. Bahasa Inggeris yang digunakan memang mantap sampai aku kena rujuk kamus tak bertauliah (tanya orang je). Orang teror English (kawan aku je pun) pun cakap, dia tak sure some of meaning perkataan yang Hlovate guna. Katanya English Hlovate ni memang English pasar (harian) di mana bukan English skema yang kita dok belajar tu. Certain je pun.
Selain itu, Hlovate ni aku rasa dia memang suka belajar Fizik atau Matematik atau Biologi dan seterusnya aku nak memandai-mandai mengatakan entah-entah Hlovate ni seorang doktor. Sebab hampir kesemua karya dia pasti ada elemen kedoktoran dan muzik. Tiada terpisah. Tak kisahlah, yang pasti kadang-kadang aku rasa macam budak sekolah boleh kot nak study melalui buku-buku Hlovate sebagai bahan bacaan tambahan.. ke tak? Hehe
Yang lain lagi... pastinya Hlovate tidak pernah mengecewakan untuk menyelitkan unsur-unsur tarbiah dalam karyanya. Memang superb. Rujukan, tafsir semua ada ditulis. Kata-kata semangat, motivasi pun ada. Kadang-kadang baca karya Hlovate ni macam baca buku motivasi pun ada juga.
Okey ...
|
sumber: Google Image |
aA+bB ni tentang kisah Addin dan Benz. Khas tentang mereka. Macam mana seorang doktor dan engineer yang keras kepala dan egois boleh bersama akhirnya di bawah satu bumbung dan satu hati. Mereka ni actually suka sama suka, tapi tidak terungkap masa zaman sekolah dulu. Namun akibat satu peristiwa yang amat terlalu dan sangat (over ek) melukakan hati Addin telah berlaku-Benz lah buat tu. Tapi Benz ada sebab tersendiri. Tapi Addin tak tahu maka sampai kesudah Benz itu memang dibencinya, memang anti, dan memang alergi. Memang dia tak boleh terima dan perkara itu masih disimpan kemas sehingga umur dah menjejak 25 (7 tahun dah berlalu). Tup-tup terpaksa terkahwin atas banyak sebab yang tidak dapat dielakkan oleh Addin. Ahha! Jadi cerita ni fokus pada perkembangan hubungan mereka yang telah terpisah setelah SPM sehingga bertemu semula masa masing-masing dah nak habis belajar di oversea tu, dan perkembangan hubungan masa mula-mula kahwin sampai dapat anak. Sebab dan alasan pada point utama Addin benci gila pada Benz - kisah itu ada dalam Tunas.
Okey...
|
Sumber: Google Image |
Tunas pula (karya kedua) merupakan zaman persekolahan Addin dan rakan-rakanya, antaranya Benz, Kucai, Kurt, Fish, Pa-e, Jen, MSC, Mags7 dan ramai lagi (malas pulak nak rujuk balik buku tu nak tengok nama sorang2). Kehidupan mereka sebagai pelajar Form 4 dan Form 5. Dari budak jenayah sampailah jadi Head Girl. Sesungguhnya Kolej Tunas banyak mengajar mereka mengenal kehidupan. Memang best. Kita yang nak habis belajar ni pun sedar yang zaman sekolah (lagi-lagi kalau duduk asrama) merupakan the best ever moment in our life.
Maka kiranya, dah habis baca aA+bB ni, Tunas ni kira flashback lah. Tapi dalam set kompilasi yang aku beli ni, disusunnya Tunas dulu baru aA+bB. Kiranya aku baca ni menentang arus keluaran lah equal to mengikut norma kehidupan. Hewhew.
Maka setakat ini sahajalah, riview aku dari koleksi terakhir Hlovate aku. Kalau aku tahu beginilah rasa melayan Hlovate, memang awal-awal aku join lah kawan aku yang gila Hlovate tu masa zaman oldshool. Dan kalau aku tahu Hlovate memang tulis macam ni, dan aku layan dari dulu, memang aku cari la Hlovate ni buat jadi tok guru aku untuk kitab conteng-menconteng ni. Hehe.
Okey. Bye.
No comments:
Post a Comment