Aku Dan Si Karut
Two big things happened today.
Sekarang semua sedang menjadi ahli pemikir dan peramal masa hadapan yang bakal berjaya. Merangka-rangka strategi yang paling terbaik dalam sejarah pemilihan negeri untuk penempatan guru. Meramal dan mengandaikan serta memandai-mandai seolah-olah sangat berpengalaman dalam mengisi borang penempatan - padahal sekali seumur hidup untuk mengisi borang ini. Mujur Malaysia punya 14 negeri sahaja. Seberang Laut Cina Selatan dah memang tak ambil pusing.
Aku?
Mujur masih bujang. Eh, salah! Pensyarah bilang bukan bujang - tak pernah berkahwin! Yang pernah berkahwin boleh jadi bujang juga. Maka, tidaklah banyak sangat nak fikir dan nak isi. Fikir diri sendiri sahaja!
Mak: Kau cadang nak minta mana?
Aku: Sabah, Sarawak, Selangor!
Mak: *dalam hati - kecik besar kecik besar je aku tengok budak ni!
Hahaha.
*******
Angin mana dari atas kepala datang menyerbu tiba-tiba membuatkan tangan gatal menyodok USB hardisk dan mencari-cari fail gambar oldschool. Masa muda-muda zaman maktab dulu-dulu.
Sendiri terpegun terkesima dan sayuuuuu je tengok muka sendiri dulu-dulu. Padanlah orang sekeliling termasuk mak dan ayah bising pasal aku dah gemuk! Memang ketara bezanya!!!
Tapi itulah~ Tak kesian ke kat aku ni?
Meh aku bagi cadangan. Apa kata sambil-sambil sesiapa yang kata aku dah gemuk tu, hadiahkan aku baju selai dua pun jadilah. Kenapa baju? Kenapa bukan ubat kurus atau alat senam?
Senam ubat kurus segala mak nenek tu aku boleh urus. Tentang baju sebab.... aku bukanlah orang yang rajin menambah koleksi baju. Oleh yang demikian amat sadis bagiku bila member tegur "kau ni asyik pakai baju ni je tiap kali nak balik". -_____- Ketahuilah wahai sahabat, bahawasanya buat fasa ini aku cuma menyarung baju mana yang selesa aku pakai je babe. Mohon faham.
Lagi bertambah sadis bila nak hangout. Pung pang pung pang cari baju iron bagai... dah mandi wangi semua..... atlast tshirt yang biasa aku sarung ke mana jua ku pergi itulah juga aku memakainya. Mak aku juga turut menumpang sedih atas kenaikan paras lemak dalam badan.
Sekian, terima kasih!
*pelik! line wifi di pagi buta sangat lembap.
No comments:
Post a Comment