Sunday, June 29, 2014

Unknown Shadow


Laman sosial. Nampak macam kesan buruk yang banyak daripada yang baik. Tapi tidak semestinya.

Luahan perasaan di laman sosial pula, nampak memang banyak buruk daripada yang baik. Tapi tidak semestinya semua. Kadang-kadang dalam sesuatu hubungan -tak kisahlah hubungan yang macam mana dan dengan sesiapapun.. luahan perasaan di laman sosial ini sekiranya mendatangkan kebaikan kepada hubungan mereka, maka teruskanlah.

Kalau dah bersemuka tak boleh nak keluar sepatah haram pun, kalau dah bersemuka pun terasa dingin sahaja..maka untuk mengetahui perasaan partner dalam sesuatu hubungan tu, kalau melalui laman sosial memudahkan caranya, maka teruskanlah. 

Suka hati lah nak tulis gedebak-gedebuk macam mana pun, tulislah. Asalkan partner faham yang itu apa yang dirasainya. Mujurlah partner faham. Mujur juga partner tu kalau dia belajar ilmu psikologi ni. Kalau dah tak faham, terus melenting, meletus perang dunia, maka hentikanlah. Justeru carilah cara lain yang lebih mendamaikan tetapi tidak berat sebelah. Seolah-olah cara yang dicari itu menampakkan yang seorang ini malaikat, yang seorang ini setannn. Janganlah begitu ya.

Lagi satu...

"Manusia ni tak sempurna" - quote simple dan klise daripada mana-mana manusia dan biasa jumpa dalam mana-mana luahan perasaan.

Semua orang faham itu tapi tak semua orang cuba praktikkan apa yang mereka faham. Maksud aku, cuba kalau dah faham tu, selitkan sekali sabar (nak lagi power terus selit redha) dalam faham tu. 

Kiranya begini, kita dah faham dia begitu dan begini. Faham sangat dah. Jadi rasanya tak perlulah nak melenting bagai pungpangpungpang. Cuba sabar dalam menghadapinya tanpa rasa prejudis.

Prejudis maksud aku, setiap manusia ada kelemahan ada keburukan ada tabiat bangang ada sikap-sikap yang tidak menyenangkan ada macam-macam lagi benda yang memang boleh buat modal gosip non stop selama seminggu. Semua orang ada itu dan tolonglah faham.

Tolonglah faham bahawasanya sebenarnya manusia-manusia ini tak suka pun benda-benda tak elok (negatif) yang mereka buat. Dah nama pun tak sempurna, maka setiap kali berlaku, maka ianya tidak disengajakan dalam kewarasan yang normal. 

Dan fitrah manusia itu sendiri yang sukakan benda-benda yang elok, maka jangan cuba menghukum seseorang mengatakan dia tidak pernah berusaha dan berniat cuba untuk berubah. Tolong jangan jadi Tuhan. Kita tak tahu sepenuhnya apa yang ada dalam isi hati seseorang. 

Hubungan yang macam mana pun, partner kita tidak akan bercakap 100% apa yang terlintas di mindanya dan apa yang dia rasa di hatinya. Takkan 100%. 

Jadi aku rasa sebelum nak rasa apa-apa, cuba kita dahulukan rasa macam ni.... "ntah-ntah dia pun rasa macam aku rasa?!"

Maksudnya sebelum kita nak rasa marah, benci, menyampah, rasa yang dia teruk sangat dan sebagainya... cuba tanya diri sendiri soalan tadi "ntah-ntah dia pun rasa begini kat aku juga?!"

Maka dengan itu, kita ini sebagai manusia yang ada hati dan akal fikiran serta mempunya fikiran tahap sedar, pra sedar dan tak sedar menda pun, serta mempunyai tahap egois yang pelbagai... jangan cuba untuk memahami orang lain terlebih dahulu, kalau tak cukup kenal diri sendiri...

So... selamat meningkatkan iman, amal ibadat dan cuba berusaha menjadi lebih baik walaupun kadang-kadang terpesong, tak pe, masuk line balik dan teruskan berjalan di jalan yang lurus. 

Selamat menyambut bulan Ramadan dengan cara yang betul dan buat yang terbaik :D


*sebenarnya memang nak ucap selamat berpuasa je


No comments: