Tuesday, October 30, 2012

ULAS BUKU: KELABU

buku dari penerbitan FIXI yang pertama saya beli- KELABU. sememangnya penerbitan FIXI membawakan satu konsep yang moden di mana telah menetapkan karya-karya di bawah penerbitannya perlu bertemakan urban & kontemporari. bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan. wow! memang menepati cita rasa muda mudi kala ini di luar sana.

KELABU hasil garapan Nadia Khan mengisahkan kisah seorang 'pengkid'. kalau zaman mak ayah saya masa dulu panggil tomboy. ngaa. buku ni memang tebal. masa di kedai, banyak sangat pilihan (rasa nak beli semua- gulung tikar saya!). bekalan duit cukup-cukup sahaja, untuk beli sebuah, jadi untuk kali pertama biarlah beli paling tebal ngaaa.

gaya penulisan memang mudah untuk difahami. jalan cerita juga senang difahami. ditambah dengan bahasa slanga, bahasa pasar seperti kita cakap ni, memang menarik. penulis banyak juga menggunakan bahasa inggeris. mungkin untuk menunjukkan latar masa yang moden dan masyarakatnya yang berpendidikan tinggi. siapa yang nak betul-betul faham setiap bait bahasa inggeris tu, kena siap sedia kamus di sebelah- untuk yang tak teror english macam saya lah.

tapi saya malas nak rujuk kamus-kamus bagai ni-so asal faham sikit sudahlah~. saya respek penulis yang pandai menyembunyikan siapa amir yang sebenar. setelah membaca separuh novel ni baru saya tersedar. amir ialah amira! terbahak-bahak saya. sebab rasa ditipu pula oleh watak itu sendiri. tak tipu ni! so tahniah buat penulis. oh ye! lagi satu, penulis memang tidak menggunakan watak yang banyak. so kalau baca novel ni, situ-situ jugalah mainannya. 

keseluruhan, ok lah novel ni. adakah seorang pengkid itu selamanya pengkid? padahal pengkid juga manusia yang dianugerahi fitrah untuk mencintai, berkasih sayang, berkeluarga dan ya, seperti manusia lain. nak tahu? cubalah baca. 

*ya, saya memang tidak pandai mengulas buku pun. apa-apa pun saya bukan nak mengomen, nak ulas sikit-sikit je. mana yang saya tahu. sekian.

*sangat suka muka depan novel FIXI ni. 


No comments: