Online Diary MY FAKE IS ORI: KISAH CUTI SAYA

Tuesday, November 20, 2012

KISAH CUTI SAYA

"kimi, gi kedai jap, beli maggi"

"adli, tolong masakkan maggi"

"aisyah, kemas rumah ni! buat sepah je tau!"

"ana! meh sini belajar! main je tau kau ni!"

"din, aku amek rm20 kau buat topup hehe"

wah wah wah. orang kata apa? heaven? lebih kuranglah. cuti-cuti ni, bila lagi nak buli adik-adik ni kan.

tapi perasaan heaven tu dapat dirasakan sepenuh jiwa bila perintah autokratik itu dibunyikan masa mereka tengah ada mood nak melayan, nak dengar cakap, nak tolong buat dan macam-macam lagi yang memudahkan kerja saya. hahaha

tapi! bila tak ada mood.... masyaAllah, semua isi rumah jadi mental. porak-poranda dengan arahan yang diberi tidak dipenuhi (sabotaj la konon) dan juga penunjuk perasaan yang tidak puas hati dengan autokratik (boikot saya la gamaknya ni) hahaha

dan saat tengah huru-hara ini,,,, ada seorang manusia yang sedang menelaah untuk stpm. adakah dia betul-betul menelaah? oh tidak! rupanya dia berada dalam keadaan yang tertekan!

dan arghhhhhh. habislah korang...dia dah jadi HULK. apa boleh buat? nasib kaulah deq menelaah dalam huru-hara yang tak pernah reda. kehkehkeh

*ok, jemput makan maggi semua (serius lapar)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 any idea?:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen