Online Diary MY FAKE IS ORI: ANDA SEDANG MARAH?

Friday, November 23, 2012

ANDA SEDANG MARAH?

marah itu fitrah. kalau tak dapat kawal, fuuh. mintak simpanglah. anda dikira kalah terhadap syaitan, kalah terhadap musuh, dan kalah terhadap apa sahaja jika anda tidak dapat menahan marah dalam diri. anda tewas!

marah juga boleh melukakan hati orang. apatah lagi orang itu tidak bersalah pun pada anda, orang itu tidak ada kena mengena dengan kemarahan anda. habis, anda sedang marah, pastilah kata-kata kasar yang keluar dari mulut anda terhadap dia. padahal dia hanya ingin menyatakan sesuatu kepada anda. padahal dia ingin menyejukkan hati anda. padahal dia tak tahu apa-apapun.

jadi, kenal pasti kemarahan anda ketika itu pada tahap berapa. kenal pasti risiko jika ada orang berdekatan dengan anda ketika anda sedang dalam marah. kenal pasti juga apa yang boleh membuatkan kemarahan anda reda.

saya? kalau saya teramat marah, saya akan tinggalkan tempat, orang dan keadaan yang telah menimbulkan rasa marah. saya prefer alone. sampai hati saya sudah betul-betul sejuk dan fikiran saya sudah waras. baru saya boleh kembali. tidak kira waima sedang berada dalam kuliah sekalipun.

kenapa lagi prefer alone? sebab tak ada gangguan. tak ada hasutan. tak bertambah rasa benci. tak nampak punca kemarahan depan mata. dan bila semua itu tak ada, baru boleh tenangkan hati dan fikiran. baru boleh rasa untuk gunakan otak dengan betul. baru boleh fikir, apa salah kita, salah dia, punca segalanya, apa perlu saya buat dan sebagainya.

kalau tak dapat alone? habislah! orang sekeliling yang dapat tempias. ini betul. bahaya! bila hati dah reda, rasa serba salah pasti timbul. ah! kalau dapat orang yang kena tempias itu jenis sensitif, cepat ambil hati, tak faham situasi dll- timbul lagi satu masalah.
dan cepat-cepatlah istighfar. salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan kemarahan dan menenangkan hati. 

anda bagaimana? pasti tak mahu menjadi manusia yang tewas bukan ;)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 any idea?:

akupunyerhati~ said...

nice paah...aku more to intrinsik..aku rasa ko maybe pasif..mai tengok kat sini http://akupunyerhati.blogspot.com/2012/11/5-tahap-menguji-kemarahan.html

Mk Syahir said...

tengok muka awak tak jadi marah..ehh? JK :p

farsyah said...

thanks.
aq dah baca
yeah, meby aq more pasif
agresif, zaman muda2 dulu tgh baran lagi
huhu

farsyah said...

ecececeh
terima kasih la ye

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen