Monday, January 14, 2013

IMPROVE SKILL 'SEMBANG'

 
 
nak sembang depan orang ramai (present) bukan satu kerja yang mudah sebenarnya walaupun nampak sangat senang. senang sebab, kau cakap je lah, cakap pun susah ke? suka hati je kan senang~
 
sebenarnya agak susah sebab memerlukan kemahiran disamping ilmu. tak ada ilmu, ko sembang kat kedai kopi jelah. so untuk aq, memang kena banyak tingkatkan lagi kemahiran untuk bercakap di khalayak. baru je dapat komen yang membina dari rakan2 tersayang.
 
aq cakap kat depan orang kompem laju macam kereta api kerosakan brek. pulak tu kadang2 tak berapa jelas. ntah apa aq cakap pun orang boleh tak paham. sebab tu memang tak layak nak masuk pertandingan pidato ke apa kan huhu.
 
tu memang tak boleh nak elaklah bila kita hadapi perkara2 seperti darah gemuruh atau orang kampung sebut nervous. penonton boleh gelak kadang2 tengok aksi spontan kita disebabkan nervous. macam aq, nervous memang tak boleh duduk diam, kena berjalan sana sini nak hilangkan nervous, padahak seriusly itu spontan.
 
kemudian, tangan mesti nak dalam kocek. kalau time tu pakai seluar, selamatlah, kalau pakai kain memang menari-narilah tangan tu jawabnya. lagi satu tangan dalam kocek tu salah satu cara nak kurangkan nervous (cara aq lah ni). bila tangan dalam kocek, nampak cool sikitkan. kemudian, bila dah nervous time aq bercakap tu mesti rasa macam tak cukup udara je nak sedut.
 
seolah-olah boleh membuatkan kita tertanya, eh aq ada penyakit semput ke apa ni? lagi... yang pasti kalau dah nervous menyerang, tak semua maklumat yang aq nak sampaikan itu akan disampaikan dengan sempurna. kompem akan ada yang tertinggal. tu yang kadang2 boleh buat orang jadi tak paham dan salah paham. cakap laju dah satu hal, tak jelas pulak tu, terlupa pulak nak cakap apa. masalah sungguh!
 
haa jadi itulah dia penangan ataupun kesan2 nervous yang melanda diri aq bila nak kena present ataupun perlu bercakap depan orang ramai. ini yang merisaukan. macam mana kalau ini berterusan sehingga terbawa-bawa ke dalam bilik darjah. mahunya ternganga budak2 sekolah tu. huhu. 
 
akan aq usahakan untuk tingkatkan kemahiran bercakap ini. aq tau korang pun pernah rasa macam ini. orang yang selalu berpidato dalam pertandingan pun still gemuruh apatah lagi kita2 yang biasa2 ini huhu.
 
sorry korang dan terima kasih baca. byebye.
*cuba nak biasakan diri say sorry and thanks :)

No comments: