siapa tak kenal ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi yang semakin dikenali dengan sebaran dakwahnya melalui pelbagai medium. Doktor Farhan juga pernah menulis sebuah novel- Denyut Kasih Medik, di mana didalamnya diadunkan sebuah kisah hidup seorang doktor. amat berkesan, kerana melaluinya saya menjadi seakan mengerti dengan tugas-tugas doktor ini.
bukan sekadar tugas doktor semata tetapi bagaimana mengaplikasikan ajaran agama di dalam tugasnya yang kadang-kadang memerlukan untuk skip waktu solat. skip waktu solat? solat mana boleh skip-skip, itu fikiran orang jahil. tetapi ada keringanan ataupun rukhsah yang telah diberikan oleh doktor ini untuk melakukan jamak dalam keadaan tertentu.
bukan itu sahaja, malah ada juga diselitkan mengenai kisah cinta juga. kisah cinta yang patut dijadikan tauladan dan contoh. secara tidak langsung juga memberikan tips-tips, disiplin yang perlu dipatuhi, larangan-larangan yang perlu dijauhi dan sebagainya. nampak berat? tidak! Islam agama yang indah jika dihayati dan dilaksana dengan takwa. mudah!
ok, cukup hal Denyut Kasih Medik. begitu juga dengan Cinta High Class. bagaimana seorang gadis melalui zaman remajanya, zaman universitinya sehingga bagaimana dia boleh berkahwin. bagaimana dia menepis cinta ala-ala islamik pada zahirnya, yang pada dasarnya sama sahaja seperti cinta terlarang yang kebanyakan remaja sedang alami sekarang ini.
uniknya, cinta high class ditulis oleh seorang perempuan, maknanya hati kita sama, jadi tipulah jika kita mengatakan penulis ini tidak rasa apa yang kita rasa. jangan cepat menuding. novel ini juga menyajikan dua buah kisah. satu lagi kisah daripada suaminya, Dr. farhan hadi iaitu Cintaku Kerana Agamamu.
sebenarnya saya masih belum milik lagi buku ini, saya baru membacanya dengan meminjam dari seorang rakan. maknanya juga disini saya tidak sempat menghabiskan juga novel ini memandangkan semuanya akan berangkat pulang ke kampung halaman hari ini. takkan pula saya mahu meminjam untuk jangka masa sebulan lebih padahal dia juga belum sempat menghabiskannya. tapi saya dapat jangka ceritanya bagaimana.
maka saya sangat-sangat menggalakkan adik-adik dan anda semua yang sedang meningkat remaja, yang mula berputiknya perasaan cinta berlainan jantina- untuk memiliki novel ini. lupakan sebentar novel-novel cinta Alaf21 yang klise itu. novel ini sesungguhnya mengajar kita memandu kita bagaimana untuk melunaskan perasaan fitrah manusia itu ke arah jalan yang diredai, yang dirasai kemanisan cinta itu.
bukan saya tak pernah rasa, bukan saya tak pernah couple. kerana pernah walaupun sekali, cukuplah saya rasa menyesal dan seolah-olah macam orang paling bodoh sekali menghanyutkan perasaan suci ini untuk yang tidak halal. buang masa! percayalah.
nampak sangat saya tidak sabar untuk melihat anda semua milikinyaa, kerana saya tidak sempat menghabiskannya sudah membuat ulasan :) tidak mengapalah, semoga ianya bermanfaat untuk saya dan anda semua.
*mahu packing- cuti sem yang sangat panjang :D
No comments:
Post a Comment