Hang Tuah kata, 'takkan Melayu hilang di dunia'. tapi itu dulu. sekarang? makin lama identiti Melayu itu makin pudar, bukan dalam negara Malaysia ini sahaja, tapi dalam diri Melayu itu sendiri. Penulis, Khalid Salleh melontarkan pandangannya, pemikirannya mengenai kehilangan Melayu berdasarkan perjalanan hidupnya-realiti.
Bagi saya, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan. ayatnya mudah untuk difahami, pemikirannya mudah untuk dianalisis. pemikirannya yang bagi saya tiada berat sebelah. jika dilihat kanan ada yang salah, penulis menyatakannya, jika dilihat kiri ada yang salah, pun penulis menulisnya.
itu pemikiran penulis. kita berhak untuk mengiyakan atau menidakkan, menerima atau menolak- itu memang lahir dari pemerhatiannya, pemikirannya- bukan dari kita. mungkin kita berfikir begini tetapi tidak penulis. bagi pembaca yang terlalu taksub dengan 'mana-mana kanan atau kiri', sudah pasti emosi menguasai diri- tetap mengatakan penulis ini salah, buku ini sampah dan sebagainya. (mungkin)
nasihat saya, anggap sahaja buku ini sebagai pedoman dan panduan untuk menyedarkan kita semua, apakah perjuangan kita yang sebenar mengenai Melayu dan tanah air. mengenai agama khususnya. fikirkanlah. tak rugi untuk milikinya. saya tak mahir mengulas secara terperinci kesimpulan kandungan buku ini. tapi anda boleh ke sini - mentor puisi saya (Shamsudin Othman).
*seronok- penulis sendiri menurunkan signnya di buku ini dan poskan kepada saya.
*mentor saya, penulis ini juga - orang yang hebat-hebat (kagum).
No comments:
Post a Comment