TIPS TAMBAH TINGGI SECARA SEMULA JADI
biasalah kalau orang yang rendang macam kita ni memang memerlukan sedikit ketinggian. untuk? lain orang lain rasanya, lain juga sebabnya. saya? hurmm saya rasa macam terlalu sarat dari segi penampilan- cara berpakaian, aksesori, beg dan sebagainya yang diletakkan di badan ini. sebab itu lebih rasa selesa dengan penampilan yang sangat simple. beg pun, kalau boleh tak nak besar-besar :)*tapi memang terpaksa kadang-kadang untuk berbeg besar -_____-
itu dari segi penampilan. lagi satu, keyakinan diri. bukan hendak kata tiada keyakinan dengan ketinggian yang cukup makan ini, tetapi kita mahukan bonus. apatah lagi dengan kerjaya pada masa hadapan, (guru? errr). ya perlu sedikit tinggi untuk bertambah yakin di hadapan murid. anda? (yang rendang sahaja ya). saya kongsikan tips untuk tambah sedikit ketinggian- secara semulajadi. mestilah dengan senaman :)
Stretching
senaman gerakan badan - otot dan tulang-tulang punggung boleh tertarik. tapi kena jadikan rutinlah untuk merangsang pertumbuhan ketinggian.
Standing Forward Bend
salah satu cara yang bagus untuk berehat dan meransang tulang belakang anda. mudah tetapi efektif.
Downward Facing Dog
salah satu gerakan yoga untuk meregangkan dan meningkatkan fleksibiliti tubuh anda. juga dikenali sebagai Adho Mukha Svanasana.
Head to Knee
cara yang bagus untuk tulang punggung dan otot paha belakang. juga dikenali sebagai istilah Janu Shirshasana dalam pergerakan yoga. pastikan tulang belakang anda dalam keadaan lurus semasa melakukannya- untuk kesan yang lebih bagus.
Swimming
semasa berenang hampir semua otot digunakan. dari hujung ke hujung tubuh badan mengalami keregangan.
Hanging
bukan bergayut seperti monyet ya. salah satu halangan untuk kita lebih tinggi adalah graviti. kita telah memampatkan tulang punggung dan sendi serta menipiskan tulang rawan dengan kegiatan harian kita yang membiarkan diri dalam keadaan menegak. dan ini menjadikan kita lebih rendang.
Semasa bersenam, badan akan melepaskan Hormon Pertumbuhan Manusia (Human Growth Hormone, HGH) ke dalam sistem tubuh kita. Ini adalah hormon yang kompleks yang meransang tulang, otot, dan sel tubuh untuk meningkatkan saiz. Semakin baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGH dirembeskan dalam sistem badan kita.
macam tak percaya? ini bukan kajian saya, ini bukan saya cakap. saya mencedok ilmu dan berkongsi dengan anda. memang! tiada apa yang ori. mungkin kesannya berbeza kerana tubuh badan manusia berbeza. tapi apa salahnya kalau mencuba :) *daripada tambahkan sakit dengan memakai kasut tinggi? :D
boleh cuba usaha sedikit untuk mencari bagaimana pergerakan-pergerakan tersebut dilakukan dengan betul. risau jika dibuat tanpa pengetahuan dan pemahaman yang sebenar-benarnya boleh menjejaskan kesihatan *patah riuk-contoh. semoga bermanfaat untuk saya dan anda juga :D
No comments:
Post a Comment