Monday, November 19, 2012

UCAP & TULIS - TOLONG SAYA

Ada org kata salah klo kita bagi msj just tulis SALAM aje.. Kena taip btol2 ASSALAMUALAIKUM.. Bnyak khilaf dan pndapat mngenai isu ini.. 

Sbagai seorg yg bijak pandai, klo ada org tulis SALAM, maka kita kenalah baca "Assalamualaikum".. Bukannya just baca "Salam" spertimana yg dia tulis. Kena paham2 sndiri la yg ditulis tu hanyalah singkatan shj. Klo stakat baca "Salam", maka tak sampailah salam tersebut kpd kita.


Dan bila kita menulis msj dgn prkataan SALAM, lafazkanlah samada di bibir atau di dalam hati dgn lafaz yg penuh, "Assalamualaikum..." Barulah lafaz & doa trsebut smpai kpd penerima.. Kdg2 kita just tulis SALAM disebabkan ia dh jadi budaya. Padahal dlm hati kosong, x brmaksud apa2 pun atas prkataan yg ditulis tu. Tak terlintas pun di dalam hati ingin mendoakan ksejahteraan pnerima msj trsebut..


Lagi satu benda pnting.. Bila org taip SALAM or ASSALAMUALAIKUM kt msj tu, silalah jawab ye hatta dalam hati sekalipun krn mnjawab salam itu wajib. Sekian!




saya salin ayat di atas daripada FB seorang rakan. ilmu-tidak salah untuk dikongsi. mengenai itu, ada yang berpendapat 'dah namapun sms/pesanan ringkas', maka itulah tujuannya. dipendekkan ejaan asalkan pembaca/penerima faham maknanya. walaupun ada yang berpendapat tulis penuh untuk selamat.

begitulah juga dengan isu perkataan 'in shaa Allah'. mungkin perkataan arab yang bila dirumikan, perlu mengikut makhraj sebutan arab tersebut dengan betul. padahal jika dimelayukan mengikut bahasa ibunda kita menjadi 'dengan izin Allah'-lagi pnjang mahu ditulis. tapi kita sedia maklum akan pengertian yang ingin diucapkan dan disampaikan serta dibacakan oleh penerima/pembaca.

seperti saya, sebelum saya mengetahui ilmu ini, saya sudah terbiasa menulis dengan ejaan 'insyaAllah' kadang-kadang 'i'Allah'. tapi saya yakin pembaca tetap membacanya dengan menyebut 'in shaa Allah' di mana membawa maksud yang sama, malah menyebutnya seperti biasa kita ucapkan.

begitu juga dengan persoalan 'amin', 'ameen' dan lain-lain. amin untuk maksud 'ya Allah, perkenankanlah/makbulkanlah'. saya tahu, tidaklah rumitpun untuk kita menukar kebiasaan itu, tetapi saya mahu tahu adakah ia betul-betul salah dan berdosa jika kita tidaklah bermaksudkan makna-makna yang tidak sepatutnya itu. sememangnya hati kita mengucapkannya,, dengan waras memaksudkannya yang sebenar. ia hanya silap apabila ditulis.

saya tinggalkan anda dengan persoalan ini. mungkin anda lebih arif mengenai hal ini. saya hanya terfikir-fikir sahaja selama ini. terfikir sehingga menjadi satu persoalan besar pada saya. berdosakah? wallahualam. (bagaimana pula mahu menulis 'wallahualam'?)

yang baik itu dari Allah, yang buruk itu juga dariNya tetapi disandarkan kepada diri saya. Assalamualaikum.


*namapun isu feqah, khilaf itu pasti ada.





No comments: