Sunday, June 29, 2014
Unknown Shadow
Tuesday, June 10, 2014
The Winner Of The Denda
Friday, June 6, 2014
Sibuk Je Nak Baca
Jangan Buat Selepas Makan
Wednesday, May 21, 2014
Pakai Kereta Cermin Gelap Bukan Bermakna Gelap Masa Depan
1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri
Golongan ini sahaja yang berhak pakai apa2 jenis kenderaan yang bercermin gelap. Ada dalam buku akta Pengangkutan Jalan.
Selain di atas, tak boleh!!! Kalau nak juga, pi hadap sendiri orang sana orang sini orang situ dan orang-orang yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran, pengesahan, dan lain-lain perkataan yang sama maksudnya.
*****
atleast ada lah juga post bermaklumat pengetahuan am kan dalam blog kudusku ini~
Titian Perjalanan
Monday, May 12, 2014
Blues Orang Jelebu - The Libyaman
Sumber: Google Image |
Sunday, May 11, 2014
Bulan Di Atas Champs-Elysees
Sumber: Google Image |
Saturday, May 10, 2014
Cowoknya Jawa, Pacarnya Minang
Sumber: Google Image |
Friday, May 9, 2014
aA + bB x Tunas = Hlovate
sumber: Google Image |
Sumber: Google Image |
Tuesday, May 6, 2014
Aku Dan Si Karut
Sunday, April 20, 2014
Kapsul Nurani
sumber: Kapsul Nurani
Tidak sabar menunggu kemunculan pertamanya di Pesta Buku Antarabangsa KL.
Boleh dapatkannya dengan hanya RM25.
Juga boleh dapatkan daripada saya.
Boleh pm saya untuk detail.
Saturday, March 15, 2014
Inilah Namanya Cinta..*Puihh
Sunday, March 2, 2014
Jadilah Pendengar Juga
Saturday, January 25, 2014
Miskin Kena Kayakan Diri, Atau Yang Kaya Sama-Sama Kayakan Miskin
Sunday, January 12, 2014
Bahasa Paling Tua Di Dunia
PARA saintis tetap berdebat
bahasa apa yang paling tua di dunia. Tetapi sebenarnya masalah itu senang
diselesaikan. Pasti itu bahasa cinta. Meskipun kepelbagaian bahasa di dunia
itu, dua bahasa sahaja wujud yang boleh dimengerti oleh semua yakni bahasa
cinta dan bahasa kebencian.
Dan bahasa cinta adalah
bahasa yang paling tua. Mula-mula lahir cinta dan hanya kemudian kebencian.
"Cinta adalah pemberian yang tak terhingga nilainya. Cinta adalah
satu-satunya hal yang kita boleh hadiahkan tetapi ia tetap bersama kita" -
demikian kata penulis Rusia Leo Tolstoy.
Perkataan "cinta"
adalah perkataan yang paling penting dalam bahasa. Dan mungkin perkataan inilah
adalah yang paling susah dimengerti. Perkataan ini ada di mana-mana. Ribuan
buku, lagu, majalah, filem dipenuhi dengan perkataan itu. Banyak sistem
falsafah dan teologi memberi tumpuan khusus kepadanya.
Keperluan manusia supaya
mereka dicintai adalah keperluan semula jadi. Demi cinta kita menaklukkan
puncak gunung, mengharungi lautan dan gurun pasir, mengalami penderitaan yang
berat. Seorang ahli falsafah kuno pernah mengatakan bahawa akhirnya di
gelanggang drama manusia akan tinggal hanya tiga hal: kepercayaan, harapan dan
cinta, tetapi cinta ialah lebih penting.
Tetapi mengapa perkataan itu
adalah yang paling susah dimengerti? Oleh kerana ia digunakan dalam berbagai-bagai
kes. Kita boleh mengatakan: aku cinta ibu tetapi boleh mengatakan juga: aku
cinta anjing, buku, bola sepak dan lain-lain. Perkataan ini boleh digunakan
untuk membenarkan segala tingkah laku manusia.
Sang suami yang curang
kepada isteri dan menamakan itu dengan perkataan "cinta". Seorang
pendeta akan menamakan kelakuan itu sebagai "dosa". Ibu bapa
memanjakan cahaya matanya dan menyebut itu "cinta" juga. Seorang
psikologis mentakrifkan itu "merosakkan perangai anak".
Bahasa cinta ada dua belah:
verbal dan nonvebal. Aspek nonverbal itu sebenarnya bahasa isyarat: kerlingan
mata, sentuhan, intonasi. Adapun segi verbal maka yang paling penting ialah
kata dorongan, kata manis atau pun sanjungan.
Penulis Amerika Mark Twain
pernah mengatakan bahawa sekali disanjung sahaja dia boleh hidup berbahagia dua
bulan. Jadi menurutnya apabila seseorang disanjung enam kali maka dia boleh
hidup berbahagia satu tahun! Begitu kuat pengaruh kata manis dan sanjungan
terhadap manusia.
Peribahasa Rusia berbunyi:
Perkataan manis disenangi bahkan oleh seekor kucing. Dan seorang arif masa kuno
yakni Solomon mengungkapkan: Bahasa mempunyai kekuasaan hidup dan mati. Hati
resah membongkokkan manusia kepada tanah melainkan perkataan manis
meluruskannya. Jadi jangan malu menyanjung orang lain, memberi sokongan kepada
mereka dengan kata manis dan menggalakkan. Kan itu bahasa cinta yang dimengerti
oleh semua.
Pada zaman dahulu kala
katanya pembina Menara Babylon tidak sempat menyelesaikan pembinaannya.
Mengapa? Mereka itu tidak sempat (atau tidak mahu) mengerti satu sama lain.
Oleh kerana itu jalannya bersimpangan. Kita sekarang hidup dalam dunia dan
realiti sama, mengalami peristiwa yang sama.
Tetapi kita mengerti dan
merasai dunia itu secara berlainan. Jadi setiap orang mempunyai realiti dan
pemahaman keadaan sekitar yang sendiri. Kebolehan kita, pengalaman kita
berpunca daripada perasaan, bahasa kita juga berpunca daripada perasaan.
Cinta dicerminkan dalam
puisi. Para penyair memilih perkataan yang paling halus dan menciptakan
metafora yang menarik. Cinta boleh dibandingkan dengan tsunami atau badai yang
melanda seseorang tetapi tsunami itu tidak membahayakan bahkan memberi
kenikmatan. "Adalah sangat mengerikan jikalau kau tidak dicintai lagi,
tetapi lebih mengerikan jikalau kau tidak mencintai lagi", - itu kata
penyair wanita Rusia Inna Goff. Penyair Alexander Pushkin mengungkapkan gagasan
itu dengan lebih sempurna lagi:
Gunung-ganang di Gruziya
diselubungi gelap,
Sungai Aragwi di hadapan
daku.
Sedih dan lega hatiku: denyutan
tidak kerap.
Kekasihku, kurindu akan kau.
Kau sahaja, kau! Rasa pilu
dan gundah
Tidak diganggu oleh kesal
hati.
Kembali kalbuku bercinta dan
demam
Sebab kalau tiada cinta -
aku mati.
Dan tentu kita tidak perlu
melupakan bahawa bunga juga boleh menjadi bahasa cinta. Bunga sering
diasosiasikan dengan sesuatu yang indah, sesuatu yang baik, atau mewakili
wanita. Nama-nama bunga sering pula dipakai untuk nama wanita. Bahkan banyak
negara menggunakan bunga sebagai maskot negaranya. Begitu besar kemampuan bunga
untuk menimbulkan perasaan dan fikiran baik, sehingga bunga sering diberikan
untuk menyatakan cinta, ulang tahun dan sebagainya. Bunga diberikan pada
keluarga, teman, orang yang dihormati yang sedang berduka, maupun mengalami
kemalangan, dengan maksud menghibur dan mendoakan keselamatan.
Bunga diberikan oleh sang
kekasih untuk pernyataan minta maaf atas kesalahan yang telah dibuatnya. Bunga
dipakai juga untuk menghias pesta untuk memberikan suasana ceria atau upacara
pengkebumian dengan tujuan hiburan bagi yang ditinggalkan.
Seperti juga warna yang
memiliki erti yang berbeza-beza, masing-masing jenis bunga memiliki pula erti
yang menunjukkan perasaan yang berbeza. Jika dua insan yang saling memberi dan
menerima bunga, mengetahui erti dari bunga-bunga, tentunya komunikasi akan
lebih terjalin. Si penerima akan lebih dapat merasakan harapan dan ucapan yang
ingin diungkapkan oleh si pemberi bunga.
Pemahaman terhadap bunga dan
warnanya pada umumnya sama pada semua bangsa. Misalnya bunga merah yang
diberikan kepada gadis oleh seorang lelaki itu sebenarnya pernyataan cinta.
Bunga "jangan lupakan daku" adalah simbol kesetiaan. Bunga lili
mengingatkan kepada lelaki tentang gadis kesayangannya. Bunga kuning dalam
tangan seorang gadis membuat jantung lelaki berdebar-debar secara kemas: apakah
si dianya mencintai orang lain?
Begitu banyak bahasa cinta.
Pilih sahaja. Dan dunia akan menjadi lebih indah, aman dan berbahagia!
-salin tampal-
sumber - Utusan Online
Sunday, January 5, 2014
Tips For Writing To Heal
Find
a time and place where you won’t be disturbed.
(Masalahnya
bila aku dok sorang2, tulis tak jugak. Berangan yang lebih)
Write
continuously for at least 20 minutes.
(Yang
ni…. Hehe. Memang tak pernah nak istiqamah lagi arr)
Don’t
worry about spelling or grammer.
(Yes!
Yang ni perlu untuk memastikan kelancaran menulis tanpa tersekat. Sampai idea
dah kering, baru cek balik)
Write
only for yourself.
(Kadang2
tak pernah nak menjadi sangat. Ada je yang sibuk nak baca apa aku tulis. So dah
tak jadi only for yourself lah kan hehe)
Write
about something extremely personal and important for you.
(Pernah
buat. Tapi kantoi. Taubat dah… tapi buat lagi. Hehe. Setakat ni tak kantoi lagi
^^ - personal and important tuuuu)
Deal
only with events or situations you can handle now.
(Yang
ni no komen ngaaaa)
*banyak
pulak kan alasan daku.
*orang
banyak alasan memang tak akan berjaya.
*tips
menulis ihsan daripada carian google. ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)