Online Diary MY FAKE IS ORI: July 2013

Saturday, July 27, 2013

TERBATAL PULAK PUASA DEN

 
 
percaya tak kalau aku cakap petang tadi aku tidur, aku ngigau. aku ngingau aku tengah nak buka puasa. bapak gila sedap lauk pauk segala. lepas tuh aku pun ambil sejenis cecair yang dipanggil minuman, aku minum. 
 
tapi kenapa mulut aku tak sampai2 kat bibir cawan tu erk? dalam separa sedar, aku perasan yang mulut aku tengah macam makan sesuatu. haha. terkejut mak! ingatkan betul2. nasib baik tak terbatal lagi.
 
lepas tu sambung lagi tidur. dan berlaku sekali lagi. tau laa lagi dua jam gitu je nak buka dahhh. terus bangun segarkan diri.
 
so... puasa2 ni, jangan banyak tidur sangat. makruh. baik beribadat. hehe. ok selamat berbuka puasa semua.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, July 17, 2013

SOALAN LAGI: BILA RASA RINDU, KENA BUAT APA?

 
 
hari ni pertama kali mengajar. macam biasa mesti ada terlebih masa punya. nak2 masa BM di hujung2 orang nak balik rumah nak tidur. sharp on time, siap budak2 ni ingatkan lagi, 'cikgu, masa dah habis'. ceh. tak sempat nak buat nyanyi2.
 
aku rasa ada perbezaannya dulu dan sekarang. kalau dulu walaupun exhausted, tapi aku enjoy dengan kenakalan budak2nya. sekarang, budak kurang nakal, pastuh perangai lebih kurang je, so bila dah semuanya lebih kurang je, tak ada yang menonjol perangai apa2, aku jadi tak dapat nak ingat dan kenal dengan lebih dekat lagi budak2 ni.
 
kalau dulu, masing2 ada perangai yang menonjol, yang membuatkan aku ingat nama mereka, aku ingat nama satu kelas tu, aku kenal mereka, perangai mereka, mood mereka blablabla.... rindu lah plak kat depa. yang sekarang sebab dapat budak kelas first kan, budak pandai nakalnya bab2 akademik la.
 
banyak tanya, excited nak belajar, excited buat kerja. huuuu. walau nampak macam its good for my sake, tapi tak berapa nak... camne nak cakap erh? hahaha. papepun aku bersyukur je. bukan nak merungut. its just refleksi dan perbandingan je. thats all!
 
but meby ini mula2 kot. kalau aku nak rasa enjoy, makanya akulah yang kena buat class tu enjoy dulu kan. huhu. ok lah. nak buat rph.
 
*psssst. aku dapat lecturer jenis tak kan bagitau kalau nak datang. *pengsan. *tambahnya- kalau dekat, kalau boleh hari2 nak datang. *pengsan laju2.
 
bye 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, July 16, 2013

SOALAN: BILA ANDA TERPERANJAT KATAK?

 
 
hari ni merupakan hari pertama saya ke sekolah, bukan baru nak masuk darjah 1 tapi baru nak berpraktikum fasa kedua punya hoyyyeahhh.
 
masa fasa pertama keluar rumah pukul 7 pagi. sekarang kena keluar 6.30 habaq hanggggg. nasib baik puasa. so memang dah macam terbiasa lah pulak bangun awal2 ni. masalh weyyy kalau bangun lambat. 
 
duduk serumah 8 orang sama profesyen hukhuk. berlumba-lumba nak iron baju, berlumba nak mandi, berlumba basuh baju, berlumba nak solat jemaah tak de lagi hahahaha. well well well.
 
sampai sekolah memang awal gila ah. alahh pukul 7 je pun sampainyaaa. sekolah memang awesome cool. haha. terencat aku sekejap. almaklumlah sekolah before ni agak straight sikit dan keadaan macam semuanya nak rush.
 
masuk sini semuanya coooooollll gila. ini first impression aku lah. tenang je aku buat semua kerja. tak tahulah kalau ini semua faktor puasa. hukhuk. oh ye. jadual kelas pun pagi tadi baru duk bincang sama2 nak ngajar apa dan kelas apa.

hehe. sekolah dulu, terperanjat katak aku dibuatnya. masuk pejabat terus dapat jadual and kena terus masuk kelas. hewhew. so aku dapat ngajar satu kelas sahaja dan KSSR pulak. darjah 3 untuk subjek BM dan PJK.

ok lah. doakan aku dipermudahkan urusan ye kawan2. permudahkan dapat menjalani praktikum dengan tenang dan dapat menyelesaikan 2 3 tugasan projek aka esaimen dalam masa yang sama.

fuuh fuuuh. amiiinn.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, July 14, 2013

JULAI DATANG LAGI

 
 
walaupun Julai dah nak masuk setengah bulan, biarlah aku nak anggap Julai ini tetap masih segar lagi, macam baru dilahirkan. aku suka bulan Julai. aku suka 7. sebab bulan di mana aku melihat langit. aku menghirup udara setelah sembilan bulan berenang dalam perut mak aku. angka 7 pun banyak disebutkan dalam Quran kan?
 
walaupun ada orang tu yang ada ilmu mengatakan orang yang lahir bulan Julai ni kureng, aku tetap suka angka 7 itu. dan sampai sekarang aku masih berkecil hati dengan orang tersebut sebab bagi aku, dia ada ilmu yang tak tercapai dek ilmu aku, apalah salahnya bagitau apa yang kurengnya dengan orang kelahiran julai ni.
 
aku tak tau kenapa dia tak nak cakap. aku cuba prasangka baik, mungkin dia tak nak malukan aku atau aibkan aku. tapi aku terfikir tidakkah dia terfikir kalau dia bagitau aku, mungkin aku boleh ubah atau padam perkara2 yang kureng tu dalam diri aku. sebabnya guru dia ada bagitau dia apa yang dia kureng berdasarkan bulan dia. dan katanya, Alhamdulillah dia dapat mengatasi kekurengannya itu walaupun mengambil masa. maknanya siapa yang dah belajar ilmu2 ni, nanti tak boleh nak trace lah kot dia ni macam mana. sebab dia dah dapat kontrol. aku bagi dalam bahasa mudah lah. memang tak tercapai dek akal aku ilmu2 ni. so jangan tanya aku ilmu apa.
 
tapi kenapa dengan aku dia tak nak cakap erh? kenapa dia tak buat macam mana tok guru dia bagitau kat dia? aku masih mencari hikmah perkara ni. dah lama pun benda ni. masa mula2 aku masuk belajar maktab ni haa. segar dalam kepala otak ni haa. memang lah orang cakap tak payah nak percaya sangat kajian2 ni. itu sekadar kajian.
 
tapi yang ni lain. bukan kajian. tapi memang ilmu yang tinggi. aku pun tak tau lah nak cakap macam mana. memang tak tercapai dek akal. tapi bab kecil hati kat dia tu, sekarang ni aku rasa tak de dah. dah clean dah rasa tu. sebab aku set memang setiap manusia itu ada kontra dalam sifatnya.
 
dan terima kasih untuk kawan2 yang doakan kesejahteraan aku walaupun sekdar menaip di timeline aku. aku hargai itu. terima kasih juga kat kawan aku yang aku dah anggap macam kakaq sebab bagi cup cakes yang comel gila ni dan sambut ramai2 dengan budak2 rumah. macam buat party pulak deh. hehe.
 
aku pun tak sedar bila dia shooot gi beli cup cakes ni. katanya dia pergi time aku tengah tidur. patutlah pun aku pelik, selalu dia tak senang duduk kalau tengok aku tidur, tapi hari tu aku rasa apsal aku tidur petang tu lama gilaaaaa. (sebelum hari kejadian-12 tgh malam)


comel gila sampai rasa sayangggnya nak makan. baik dia punye lukisan bisnes dan suruh aku buat buku. hehe. ya aku akan buat tapi tak tahu bila... hee

thanks guys. sayang korang dunia akhirat (walau ada gaduh2 belakang). ngaaaa

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

SESI BERSAMA FYNN JAMAL AT KHIZANAT

fewwwitt. tak tau dah nak menaip macam mana. sebab tetiba kena biasakan diri dengan menulis tangan. kuikui. almklumlah besok dah start praktikum, bermakna dah start menulis tangan segala mak nenek pengajaran bilik dajrah tahu! huh! 

ok2, actually nak cerita masa Ahad lepas aku dan rakan2 pergi ke siniiiiiii.... 



fuyoo tak? fuyoo tak? hakhak. aku memang minat kak fynn ni. cara dia fikir. ayat2 yang disusun. memang buat aku suka lah senang cerita. sempoi. aku pergi yang dekat ipoh la pastinya. pagi tu dah berlelah-lelah jaga di garisan penamat untuk international run di ipoh, petang tu running-running mencari KHIZANAT. memang superb dia punya sesat barat. dalam kepala otak ni tak tau nak membayangkan khizanat ni macam mana. sedap erk nama khizanat ni.



memang sempoi gila. jarang ada sesi soal jawab pasal buku dalam versi sempoi maknanya, kak fynn menggunakan laras bahasa anak muda sekarang ni. kalau mencarot itu perlu dia bantai je. dan dia ada mencarot sebab terlatah. selambekk. benda start 3 petang, keluar rumah 2.30 petang. bajet memang tak kan sesat walaupun tau tak pernah pergi khizanat, maka sampailah 3.30 petang. 1 jam weh, macam nak pergi mana je.

ada sesi soal jawab puisi dalam bukunya iaitu Puisi Tepi Jalan, sesi kak fynn baca puisi tu, sesi kak fynn nyanyi lagu2nya yang direquest dari orang ramai, sesi bergambar dan tandatangan. kesimpulannya, kebanyakan lagu2 dan puisi yang terlahir dari air tangan dan cecair kepala otaknya itu semula jadi daripada pengalaman dia sendiri. memang best dia banyak cerita pasal pengalaman dia. cerita dia, kata2nya boleh jadi inspirasi atau motivasi.

paling best aku suka kisah cintak dia haha. 'kenapa langit warna biru?' cheewah. macam sweet2 kan? alololo. dia ada nangis masa nyanyi lagu untuk abah dia dan untuk juna. serius aku tak nangis pun tapi memang jelas aku nampak itu semua lahir dari hati dia. thats why aku suka dia. ikhlas dalam berkarya. 



haruslah ada sesi tanda tangan dan bergambar. kawan aku yang beli bukunya. aku pun nak jugak tapi tak de duit. time ni ramai gila orang kerumun dia. dah lah panas gila kat sini. ada ja aircond tapi bila dah ramai sangat manusia dalam tempat yang tak berapa nak besar ni, jangan kata aircond, 'air' pun rasa tak de dah. gigih tak kami dengar 'talk' dia dalam keadaan meleleh-leleh je ayaq peluh ni. huhu. dengar ceramah pun tak semangat macam ni. hampeh sengal!

dan gambar ni sebenarnya kawan aku gi crop plak dah. sebabnya muka lagi dua orang tu blur. sebabnya time ni laki kak fynn masuk bawak juna. pastuh semua orang plak nak kerumun juna, then juna dah rimas dan dia menangis. kak fynn pun dah tak tentu arah bila dengar juna dah nangis. so semua gambar yang diambil dengan kak fynn tak de yg perfect, sebab ade je muka seko2 yang blurr haha.



haa nilah laki kak fynn, seorang musician tegar. kak fynn tengah tidurkan juna. sampai kena bukak baju juna sebab panas. time ni memang dah tak de orang kerumun kak fynn, so bila ada orang amek kesempatan untuk bergambar or what, memang tak dilayan. huhu. aku pun ada niat nak ambil kesempatan, tapi bila tengok ada sorang tu dah kena reject, aku pun malaslah. nampak tak kak fynn memang sayang gila kat anaknya itu - fitri arjuna bakti. sodappp gila nama kau nak.


time ni tengah relek2 jup. orang ramai pun dah beransur pulang. rilek nak amek nafas kejap. penat woooo. aku suka lah pulak gambar ni, nampak macam cool je haha. kawan aku yang berbaju merah tu, lagi minat kat juna je sebenarnya. haha. lama2 dia pun minat kat kak fynn. aku yang kenalkan kak fynn ni kat dia, last2 dia pulak yang addict lebih2. buat instagram, buat keek semata nak folow kak fynn dan semata nak tengok juna. sebab kak fynn banyak update pasal juna. dan ya! juna memang comel.

first time aku dengar nama fynn jamal kat FB. time tu ada orang share poster kak fynn nak buat kursus penulisan macam tu lah. aku ingat buat kursus mengarang la. aku pun like la page kak fynn ni, mana lah tahu ada masa2 nanti aku nak borak2 mintak tips ke apa. tak lama pastu, laju je page kak fynn ni up kat wall aku, sebabnya, masa tu juna baby lagi, dia ada masalah jantung, kena operate, kak fynn dengan rasa segannya minta bantuanlah untuk jayakan operasi bedah juna. 

dari situ, sampai habis bedah, sampailah nak ke jaga juna, semua kak fynn update. so dari situlah aku 'kenal' kak fynn. mula2 ingat dia sorang penulis. rupa2nya haaa. dia kata nak tulis novel memang tak. setakat tulis puisi2 tu boleh. paling panjang dia boleh tulis pun kat status FB-katanya. dan dia adalah penulis lirik. katanya tak reti main instrumen. lakinya pulak seorang musician. memang melengkapilah.


siapa yang nak kenal kak fynn dengan lebih dekat, boleh lah usha tulisan pemikirannya di FB nya. dia pun ada blog gak. dalam tu bolehlah dengar lagu2nya. ada lagi satu blog kak fynn. instagram ke keek ke, carilah sendiri sebab aku tak de mak nenek tu. haha. 

ok ah sampai sini je. khizanat tu tempat yang best untuk lepak. serius. terletak sebelah kfc je. dah sampai GM mall, terus sampai nampak kfc sebelah kanan. nak detail lagi, google map and google jelah apa ada dekat khizanat ni. siapa nak lepak kat situ jemput lah aku sekali. hehe.







 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, July 6, 2013

JUST.... SO SO


lamanya rasa tak menulis di sini.
agak sibuk dengan urusan kerja keluarga - tak pernah balik rumah setiap minggu berturut2 macam baru2 ni (dua kali je pun)

selalunya ayah lah tak kasi balik, membazir duit bus katanya. hehe. melainkan kalau ada hal penting (macam ni lah). tapi sekarang dah selesai.

tempat praktikum pun dah tahu. agak jauh berbanding sebelum ni. kalau masih lagi menunggang kuda untuk kali ni, memang patah lah. huhu. nasib dah ada kereta kuda hehe. terima kasih kawan. kita tumpang jeee.

pensyarah penyelia pun dah tahu. kalau sebelum ni dapat pensyarah yang tak pernah ajar, tapi lama2 tau lah yang beliau memang sempoi. untuk kali ni, dapat lagi pensyarah yang tak pernah ajar plus pensyarah baharu katanya.

harap2 beliau pun okey2. untuk subjek pj, dapat pensyarah wanita. hope everything is okay. mengajar pj di bulan puasa... hurmm apakah akan terjadi suasananya nanti? adakah perlu mengajar mengenai kesihatan sahaja tanpa main? hehehe.

harap2 lepas ni, aku dapat buang tabiat suka menangguh. parah wei kalo suka sangat menangguh kerja walaupun tak sengaja, almaklumlah ... tauuuu kita ni bukan robot, habis nak buat cam ne,,,follow the flow je laaa.

ku seru nama mu elaun silalah masuk cepat. kesian weiii ayah aku. habis kat sapa lagi nak cekau duit belanja, laki tak de lagi. eh eh? hehehe

besok jaga di garisan penamat untuk runner wanita veteran hehe. international run at ipoh tomorrow. have to lapor diri at 5 am kauuuu. 

so gtg. byebye.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, July 2, 2013

TERLEPAS LAGI



Mungkin bukan rezeki aku lagi kali ini. Terlepas lagi sekali satu peluang untuk menghantar karya.

Aku sudah berkira-kira mahu menulis, ilham sudah tiba, asal sahaja mood itu datang, kebetulan akan datang pula hal yang lain.

Yang sepatutnya aku tidak menggunakannya sebagai halangan untuk aku mencapai sesuatu. Tak tahu harus bagaimana lagi mahu mendisiplinkan diri untuk menulis.

Tak tahu lagi apa perlu dikatakan tentang diri kalau dah memang azalinya memang begini. Kebiasaan yang sukar untuk dikikis.

Sampai bila? Oh diri!!!

Kalau berterusan begini, bila bintang dapat digapai?

*sekali lagi mengeluh tentang diri yang tak mahu terubah

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen