Sunday, July 14, 2013

JULAI DATANG LAGI

 
 
walaupun Julai dah nak masuk setengah bulan, biarlah aku nak anggap Julai ini tetap masih segar lagi, macam baru dilahirkan. aku suka bulan Julai. aku suka 7. sebab bulan di mana aku melihat langit. aku menghirup udara setelah sembilan bulan berenang dalam perut mak aku. angka 7 pun banyak disebutkan dalam Quran kan?
 
walaupun ada orang tu yang ada ilmu mengatakan orang yang lahir bulan Julai ni kureng, aku tetap suka angka 7 itu. dan sampai sekarang aku masih berkecil hati dengan orang tersebut sebab bagi aku, dia ada ilmu yang tak tercapai dek ilmu aku, apalah salahnya bagitau apa yang kurengnya dengan orang kelahiran julai ni.
 
aku tak tau kenapa dia tak nak cakap. aku cuba prasangka baik, mungkin dia tak nak malukan aku atau aibkan aku. tapi aku terfikir tidakkah dia terfikir kalau dia bagitau aku, mungkin aku boleh ubah atau padam perkara2 yang kureng tu dalam diri aku. sebabnya guru dia ada bagitau dia apa yang dia kureng berdasarkan bulan dia. dan katanya, Alhamdulillah dia dapat mengatasi kekurengannya itu walaupun mengambil masa. maknanya siapa yang dah belajar ilmu2 ni, nanti tak boleh nak trace lah kot dia ni macam mana. sebab dia dah dapat kontrol. aku bagi dalam bahasa mudah lah. memang tak tercapai dek akal aku ilmu2 ni. so jangan tanya aku ilmu apa.
 
tapi kenapa dengan aku dia tak nak cakap erh? kenapa dia tak buat macam mana tok guru dia bagitau kat dia? aku masih mencari hikmah perkara ni. dah lama pun benda ni. masa mula2 aku masuk belajar maktab ni haa. segar dalam kepala otak ni haa. memang lah orang cakap tak payah nak percaya sangat kajian2 ni. itu sekadar kajian.
 
tapi yang ni lain. bukan kajian. tapi memang ilmu yang tinggi. aku pun tak tau lah nak cakap macam mana. memang tak tercapai dek akal. tapi bab kecil hati kat dia tu, sekarang ni aku rasa tak de dah. dah clean dah rasa tu. sebab aku set memang setiap manusia itu ada kontra dalam sifatnya.
 
dan terima kasih untuk kawan2 yang doakan kesejahteraan aku walaupun sekdar menaip di timeline aku. aku hargai itu. terima kasih juga kat kawan aku yang aku dah anggap macam kakaq sebab bagi cup cakes yang comel gila ni dan sambut ramai2 dengan budak2 rumah. macam buat party pulak deh. hehe.
 
aku pun tak sedar bila dia shooot gi beli cup cakes ni. katanya dia pergi time aku tengah tidur. patutlah pun aku pelik, selalu dia tak senang duduk kalau tengok aku tidur, tapi hari tu aku rasa apsal aku tidur petang tu lama gilaaaaa. (sebelum hari kejadian-12 tgh malam)


comel gila sampai rasa sayangggnya nak makan. baik dia punye lukisan bisnes dan suruh aku buat buku. hehe. ya aku akan buat tapi tak tahu bila... hee

thanks guys. sayang korang dunia akhirat (walau ada gaduh2 belakang). ngaaaa

No comments: