hari ni merupakan hari pertama saya ke sekolah, bukan baru nak masuk darjah 1 tapi baru nak berpraktikum fasa kedua punya hoyyyeahhh.
masa fasa pertama keluar rumah pukul 7 pagi. sekarang kena keluar 6.30 habaq hanggggg. nasib baik puasa. so memang dah macam terbiasa lah pulak bangun awal2 ni. masalh weyyy kalau bangun lambat.
duduk serumah 8 orang sama profesyen hukhuk. berlumba-lumba nak iron baju, berlumba nak mandi, berlumba basuh baju, berlumba nak solat jemaah tak de lagi hahahaha. well well well.
sampai sekolah memang awal gila ah. alahh pukul 7 je pun sampainyaaa. sekolah memang awesome cool. haha. terencat aku sekejap. almaklumlah sekolah before ni agak straight sikit dan keadaan macam semuanya nak rush.
masuk sini semuanya coooooollll gila. ini first impression aku lah. tenang je aku buat semua kerja. tak tahulah kalau ini semua faktor puasa. hukhuk. oh ye. jadual kelas pun pagi tadi baru duk bincang sama2 nak ngajar apa dan kelas apa.
hehe. sekolah dulu, terperanjat katak aku dibuatnya. masuk pejabat terus dapat jadual and kena terus masuk kelas. hewhew. so aku dapat ngajar satu kelas sahaja dan KSSR pulak. darjah 3 untuk subjek BM dan PJK.
ok lah. doakan aku dipermudahkan urusan ye kawan2. permudahkan dapat menjalani praktikum dengan tenang dan dapat menyelesaikan 2 3 tugasan projek aka esaimen dalam masa yang sama.
fuuh fuuuh. amiiinn.
No comments:
Post a Comment