ada sesi soal jawab puisi dalam bukunya iaitu Puisi Tepi Jalan, sesi kak fynn baca puisi tu, sesi kak fynn nyanyi lagu2nya yang direquest dari orang ramai, sesi bergambar dan tandatangan. kesimpulannya, kebanyakan lagu2 dan puisi yang terlahir dari air tangan dan cecair kepala otaknya itu semula jadi daripada pengalaman dia sendiri. memang best dia banyak cerita pasal pengalaman dia. cerita dia, kata2nya boleh jadi inspirasi atau motivasi.
paling best aku suka kisah cintak dia haha. 'kenapa langit warna biru?' cheewah. macam sweet2 kan? alololo. dia ada nangis masa nyanyi lagu untuk abah dia dan untuk juna. serius aku tak nangis pun tapi memang jelas aku nampak itu semua lahir dari hati dia. thats why aku suka dia. ikhlas dalam berkarya.
dan gambar ni sebenarnya kawan aku gi crop plak dah. sebabnya muka lagi dua orang tu blur. sebabnya time ni laki kak fynn masuk bawak juna. pastuh semua orang plak nak kerumun juna, then juna dah rimas dan dia menangis. kak fynn pun dah tak tentu arah bila dengar juna dah nangis. so semua gambar yang diambil dengan kak fynn tak de yg perfect, sebab ade je muka seko2 yang blurr haha.
haa nilah laki kak fynn, seorang musician tegar. kak fynn tengah tidurkan juna. sampai kena bukak baju juna sebab panas. time ni memang dah tak de orang kerumun kak fynn, so bila ada orang amek kesempatan untuk bergambar or what, memang tak dilayan. huhu. aku pun ada niat nak ambil kesempatan, tapi bila tengok ada sorang tu dah kena reject, aku pun malaslah. nampak tak kak fynn memang sayang gila kat anaknya itu - fitri arjuna bakti. sodappp gila nama kau nak.
time ni tengah relek2 jup. orang ramai pun dah beransur pulang. rilek nak amek nafas kejap. penat woooo. aku suka lah pulak gambar ni, nampak macam cool je haha. kawan aku yang berbaju merah tu, lagi minat kat juna je sebenarnya. haha. lama2 dia pun minat kat kak fynn. aku yang kenalkan kak fynn ni kat dia, last2 dia pulak yang addict lebih2. buat instagram, buat keek semata nak folow kak fynn dan semata nak tengok juna. sebab kak fynn banyak update pasal juna. dan ya! juna memang comel.
first time aku dengar nama fynn jamal kat FB. time tu ada orang share poster kak fynn nak buat kursus penulisan macam tu lah. aku ingat buat kursus mengarang la. aku pun like la page kak fynn ni, mana lah tahu ada masa2 nanti aku nak borak2 mintak tips ke apa. tak lama pastu, laju je page kak fynn ni up kat wall aku, sebabnya, masa tu juna baby lagi, dia ada masalah jantung, kena operate, kak fynn dengan rasa segannya minta bantuanlah untuk jayakan operasi bedah juna.
dari situ, sampai habis bedah, sampailah nak ke jaga juna, semua kak fynn update. so dari situlah aku 'kenal' kak fynn. mula2 ingat dia sorang penulis. rupa2nya haaa. dia kata nak tulis novel memang tak. setakat tulis puisi2 tu boleh. paling panjang dia boleh tulis pun kat status FB-katanya. dan dia adalah penulis lirik. katanya tak reti main instrumen. lakinya pulak seorang musician. memang melengkapilah.
siapa yang nak kenal kak fynn dengan lebih dekat, boleh lah usha tulisan pemikirannya di FB nya. dia pun ada blog gak. dalam tu bolehlah dengar lagu2nya. ada lagi satu blog kak fynn. instagram ke keek ke, carilah sendiri sebab aku tak de mak nenek tu. haha.
ok ah sampai sini je. khizanat tu tempat yang best untuk lepak. serius. terletak sebelah kfc je. dah sampai GM mall, terus sampai nampak kfc sebelah kanan. nak detail lagi, google map and google jelah apa ada dekat khizanat ni. siapa nak lepak kat situ jemput lah aku sekali. hehe.