Friday, December 13, 2013

Rooftop Rant by Hlovate

Hye.
Hari ni dah selesai pulak dengan Rooftop Rant oleh Hlovate. (again)

Alkisahnya….

Trisy – budak sekolah. Sentiasa keseorangan. Anti sosial. Diabaikan keluarga. Insan yang ada dalam hidupnya adalah orang gaji dari seberang tu ajelah – Buk Jah. Selalu ponteng kelas tuisyen. Macam-macam cara dibuat untuk melepaskan segala rasanya. Sampailah satu hari dia melepak di atas sebuah bumbung dan terjumpa Jade.

Jade – budak diploma dalam Mass Com. Kerja dia hanya melukis – jual burger. Port dia di atas bumbung tu lah untuk melukis. Ambil Mass Com pun sebab mak ayah bising. Mak ayahnya tak suka dia melukis. Sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan adiknya. Dan dia tak suka itu.

Di atas bumbung tu lah mereka mula menjadi kawan yang sangat rapat.
Masing-masing lega sebab akhirnya jumpa juga dengan orang yang berada di atas bot yang sama tapi cabin yang lain.

Hanya dengan satu kejadian masing-masing mula mengejar kebahagiaan yang dicari walau dalam payah.

Semestinya mereka jumpa apa yang mereka mahu setelah sekian lama. Memang kena sabar. Dan Allah takkan berikan ujian melebihi kemampuan hambaNya.

So dalam novel ini memang selalunya aku rasa terjadi dekat budak2 luar sana. Yang kadang-kadang mereka rasa tak ada siapa yang faham mereka.

Atau berlaku sebab mereka cuma mahukan perhatian. So apa yang kita nampak dekat budak remaja yang ntahpape tu, mungkin cerita mereka juga sebahagian daripada episode dalam novel ini?

Bila mana mereka rasakan… there’re times when strangers are like family and family are like strangers.

So enjoy reading.
sumber imej: Google

Kau Ingat Apa?



Hye semua…

Hari ni tak banyak pun aktiviti buat. Dah bazir setengah hari duk takung ayaq liur basi kan.

Ambil masa sikit nak natural jadi macam orang…. Malangnya bulan bintang dah berkelip balik baru terasa jadi orang. Biasa sangat dah kalau cuti-cuti ni. Bukan badan je nak rehat, kepala otak pun ambil kesempatan.

Hew hew hew. Haru.

Sambil baca Rooftop Rant by Hlovate – chat dengan member.

Antara isi ‘perbincangan’ – bila nak siap buku@novel@cerita?

Mihmihmih. ^,^

Aku sendiri pun tak tahu jawapannya.

Aku… tak… tahu…

*habis*

Best lah ayat dalam Rooftop Rant ni.

“Tak semua benda boleh belajar, tak semua bakat boleh diajar”

Ayat ni aku dedikasikan pada ‘mereka’. Yang pernah buat 'kita' rasa dilema – dulu.

Yang yakin bakat tu boleh diajar, boleh diasah. Macam tipu kan? Tapi mereka kata tak.
Benda kalau dah minat, memang kita suka, tak terasah pun rajin tu datang sendiri.

Tapi kalau dah tak suka, asahlah macam mana pun, kalau dah memang tak ada bakat, rajin pulak ‘rajin’ tu nak datang sendiri? Memang tak lah.

Haa… ‘watak’ tertentu je yang faham falsampah luahan rasa ni.

Konon mengimbau ler tu…


*Macam biasa… asal ada benda yang boleh buat entri.

*Tajuk tu actually tak tahu nak letak apa... 

Thursday, December 12, 2013

Anthem by Hlovate

Hye.

Kali ni aku sudah selesai dengan buku kedua Hlovate iaitu Anthem. Boleh aku simpulkan yang buku kali ini dengan buku Versus lebih kurang sama sahaja temanya iaitu individu yang ingin berubah.

Berubah menjadi yang lebih baik.
Cuma yang membezakannya dalam cerita ini ialah situasi dan keadaan orang tersebut. yang terpaksa mengikut acuan dan budaya di sesuatu tempat.

Dan secara keseluruhannya. Aku bersetuju jugak. Kadang-kadang kalau kita nak buat satu perubahan yang ketara zahir tu, memang memerlukan satu suasana yang baharu.
Yang tak ada langsung sesiapa pun kenalan. So bila dah ada di tempat baru, jumpa orang baru, sangat selesa rasanya untuk menajdi orang baru.

Boleh juga nak jadi orang baru pada tempat yang sama. Tapi jiwa kena kentallah. Almaklumlah. Orang lain dah biasa tengok kau macam ni, sekali kau dah berubah jadi macam ni.

Dan sangat perlu untuk pasangan terima siapa diri kita yang dulu dan yang sekarang. Dan sangat penting untuk pasangan tahu peranan, kiasan dan tindakan yang sepatutnya bila tengok pasangan anda move on to much better one.

Dan sekali lagi. Hlovate memang cukup kreatif menghasilkan novel yang sempoi tapi ada ilmunya. Sangat sesuailah untuk sesiapa yang ‘simple’ yang terasa nak berubah lebih baik, tetapi blurr, cubalah santai-santai baca novel ni.

Kalau Versus pasal skate, Anthem ni pulak pasal music. 

Insya Allah sikit-sikit.

sumber imej: Google

sumber imej: Google

Wednesday, December 11, 2013

Alkisah My Fake Is Ori *hewhewhew

My fake is ori.

Tajuk memang macam gila. Ada orang cakap, kalau macam tu, there is no fake at all i think
Macam mana nak cakap erh…

Ambik contoh pelukis lah. Contohnya dia lukis portrait.
Muka yang dia lukis tu mestilah based on muka someone.
So lukisan dia memang ori sebab dia sendiri lukis.
Tapi still fake sebab dia lukis based on ciptaan Allah.
Dia tiru kan. Tapi lukisan dia ori.

Sama jugak lah pelukis abstrak pun, atau dalam bidang apa pun…
Sesuatu yang tercipta dalam minda kita sememangnya berdasarkan atas sesuatu yang telah dicipta atau terjadi terlebih dahulu.

Waima dalam aspek mereka cipta sekalipun. Dia tetap menggunakan bahan-bahan yang sedia ada. So benda yang dicipta tu memang lah ori sebab dari hasil tangan dia sendiri.
Tapi orang yang mencipta atau membuat bahan-bahan yang dia gunakan tak boleh lah nak kata ciptaan dia fake sebab ambil bahan dia jugak…

Haa simple je…
Maksud aku, huraian and reason aku untuk tajuk ni.

Ni dari sudut pandang aku.
Korang memang ada hak nak setuju atau tak.

Sebab hidup ni memang tentang perspektif.

Haa. Ayat ‘hidup ini tentang perspektif’ tu pun bukan ayat aku yang ori.
Tapi aku masih boleh guna.
Sebab bukan setiap patah perkataan itu dicipta dan hak mutlak orang tersebut kan.

That’s why… untuk lebih nampak sopan santun, perlulah kita menghargai dengan kata lain memberikan kredit kepada tuan empunya quote.
Sebab sesuatu ayat itu lahir dari pemikiran dia sendiri.


*
Tulisan asbab musabab aku pun dah tunggang terbalik.
Cerita nak asalkan ada benda boleh buat post.
Hew hew hew


Semuanya datang dari Allah jua...
Wallahualam

Tuesday, December 10, 2013

Erti Member Kamcing


Tanyalah siapa pun. Sahabat dan kawan. Mana yang paling tinggi tarafnya.
Sahabat.
Bila mana…

Kau terima aku. Begitu juga aku.
Kau tahu aku. Begitu juga aku.
Kau percaya aku. Begitu juga aku.

Dan….pelbagai lagi yang aku boleh katakan ini lebih dari sahabat.
Apalah yang lebih dari sahabat jika bukan hampir kepada hubungan darah daging?

Kalau di barat tu.. (apa yang aku tonton dalam filem dekat tv je)
Sahabat yang nak cerita gila kamcing ni…
Kau main game je pun. Boleh maki2 hamun. Habis main-kalah menang-maki2-lepak2- do something crazy again.

Walaupun dia buat benda paling bodoh dan paling kau tak suka tapi kau tau yang itu memang habit dia….. kata boleh accept each other…
Privacy pun dah tak macam privacy bila semua nak dikongsi.

Tapi tahu bila keadaan yang kita perlukan bersendirian.
Dia faham. Dia biarkan. Bukan sebab tinggalkan tapi dia akan datang semula untuk memberi semangat.

Yang paling zahir… memang tak lah nak cakap lembut2. Macam yekkkk je…
Hohoho.

Tapi dalam Islam… as long as kau tak sakitkan hati kawan tu, hati sahabat tu…
Maknanya kau masih ada kawan dan sahabat. Kan…

Terpulanglah…
Malas dah aku nak cakap.
Benda kecik kadang2 pun nak kecoh… bukan dengan siapa2 pun…
Dengan orang yang paling kau rapat jugak.
Ke sebenarnya aku yang syok sendiri.

Tanda maaf seorang sahabat
Kadang-kadang tak perlukan kata 'maaf'
Cukup bila dia dah mula jadi seperti biasa

Itu tanda dia mintak maaf
Dan tanda dia memaafkan

Maaf yang tak terucaplah orang kata
Tapi hati tak nafikan



Balada Orang Kehilangan Jiwa Dalam Ceritera Merdeka


Sajalah aku untuk berkongsi

Sebuah puisi yang menarik perhatian aku

Puisi karya Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Prof. Dr. Md Salleh Yaapar.

Beliau telah mendeklamasikan puisi ini pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Hotel Istana Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Puisi ini disiarkan dalam Pancaindera 1 Disember 2013.

*
Malas nak taip semula. Aku tolong ambilkan gambar ye. Tak ada scanner pulak nak bagi jelas pun gambarnya. Selamat mendeklamasi.

Terimalah puisi yang bertajuk….

Balada Orang Kehilangan Jiwa Dalam Ceritera Merdeka

1

2

Versi Penuh

Wednesday, December 4, 2013

I Will Never Let You Go

Bercinta tu tak susah pun.


Orang yang bercinta tu yang menyusahkan cinta.


sumber imej: Google

sounds like selfish?
sometime i think yes.
whenever she/he want to 'go' 
you have to admit it


*maaf

-blank-

Tuesday, December 3, 2013

Bagaimana Mahu Jadi Penulis?




Sumber imej: Google


Penulis. 
(ini menurut aku).

Untuk menjadi seorang penulis… sesiapa pun mampu.

Untuk menjadi seorang penulis yang berjasa dan bermakna…hanya yang terpilih.

Bukan dipilih oleh sesiapa- tapi diri sendiri juga.

Bagaimana usaha dan kesungguhan yang kita jalankan untuk ke arahnya.

Jikalau berlandaskan atas nama minat sahaja – itu tak akan pernah melengkapi syarat untuk menjadi penulis yang diidamkan.

Bukan sahaja untuk menjadi penulis, bahkan menjadi apa-apa pun. Jika sekadar minat sahaja sebagai bekalan, baik lupakan.

Usaha dan kesungguhan akan menampakkan minat itu sendiri.

Niat menulis? Tiada siapa yang tahu melainkan tuan empunya diri.

Secara umumnya ada dua:
-          Atas rasa tanggungjawab ke atas masyarakat
-          Atas sebab gaji sebagai penulis (karier)

Jadi. Apa tindakan kita seterusnya?


*Ini cuma nota kesedaran diri untuk aku.
Terserah kalian.

Buku: Perahu Kertas



Novel ni dah lama berada dalam simpanan dan tak pernah dibaca. Namun aku bawa novel ini bersama-sama pulang ke rumah untuk tidak menampakkan sangat pembaziran kerana membeli novel tetapi tidak pernah membacanya.


Novel ini dikarang oleh penulis bernama Dee, penulis Indonesia dan telahpun ditranslitkan dalam bahasa Melayu oleh penerbitan PTS. Dan kesemua watak ini jelas telah diberitahu bukan beragama Islam. Latar tempatnya juga sekitar Indonesia seperti Bali, Jakarta, Bandung.


Kisah ini sangat terkesan dalam jiwa aku. Dan menyamai dilema yang aku pernah rasa pada waktu dulu. Melukis dan menulis. Mengisahkan pertemuan Kugy (perempuan) yang minat menulis dongeng dan Keenan (lelaki) yang minat melukis.


Pelbagai halangan yang perlu ditempuhi untuk melaksanakan impian mereka iaitu menjadi penulis dongeng dan pelukis. Dan akhirnya impian itu tercapai dengan gabungan kedua-duanya. Saling mengispirasikan.


Cinta merupakan fitrah manusia. Juga turut diselitkan bagaimana Kugy dan Keenan yang saling menyimpan rasa dan bagaimana mereka melalui hari-hari mereka dengan pendaman rasa yang membara.


Bagaimana ianya boleh bersatu walaupun setelah bertahun berpisah dan bertemu pengganti? Hanya dengan jiwa.


Jiwa – bila ada jiwa dalam sesuatu… barulah ianya bernyawa.
Bukankah begitu?

sumber imej: Google

Saturday, November 30, 2013

Pengijazahan Silat

Pantai Blok ku temui
Atas sebuah janji
Telahpun ku tunaikan
Kini langsai bersama rasa

Kenangan digamit
Menggebang pada malam 
Atas tunggul yang sunyi
Diteman kawan itu

Salam angin sangat mesra
Di atas ribaan batu yang sangat selesa
Terasa dipeluk bayu saat itu
Alangkah bahagia

Kalau itu rasa untuk selamanya

*Pengijazahan untuk lulus Ujian Sijil Rendah PSSCM yang diadakan di UIA Kuantan, dan bermalam (berkhemah) di Pantai Balok.


Main baling selipar - sangat menggamit bila terkenang zaman kanak2, main sampai tak ingat

Keindahan Pantai Balok. Tak berapa ramai orang, dan sangat 'privacy'. Keadaan yang surut airnya waktu siang, menampakkan lagi keluasan pantai yang rasa macam nak 'menjerit'.

Dan permainan teng-teng atau ting-ting :P. Mengasyikkan bila zaman dulu dibawa ke sekarang. Tapi main di pasir pantai, sangat mudah untuk menang dan pemain lawan akan bosan untuk tunggu giliran. Hehe.

Thursday, November 28, 2013

Buku: Versus - Hlovate

Ini kali pertama aku membeli dan melayan novel karya Hlovate.
Itupun gara-gara terbaca blog seorang ni, yang mahu kumpulkan koleksi Hlovate.
Sebelum-sebelum ni pun ada juga member sekolah yang gila2 Hlovate.
Tapi masa tu, mindset macm ni - novel - klise - stereotype.
Agak tertanya-tanya juga lah, apa yang bestnya novel dia?

Dan aku cuba beli satu dulu.
Dan dalam kedai buku tu, berbaris novel-novel karya Hlovate.
Pulak dah. Mana satu aku nak cekau dulu?
Semua? Kopak.

Diam - Tenung - Fikir - Pilih.
Aku pilih Versus.
Sebab? Sebab cover bukunya - orang tengah main skate.
So nampak macam walawehhh.

Dan hasilnya?
Sangat memberangsangkan.
Thumbsup untuk writer.
Dan ini membuatkan aku nak beli lagi dan kumpul koleksi Hlovate.
Ini serius.

Bahasa yang digunakan sangat mudah dan selesa untuk aku baca setiap perkataan.
Cerita yang disampaikan sangat dekat dengan norm life kita.
Isi yang disampaikan sangat luar biasa apabila bagi aku penulis berjaya sesuaikan isi yang agak berat sedikit dalam penampilan yang cukup mudah untuk kita faham dan dalam cerita yang cukup dekat dengan life kita.

Menceritakan tentang seseorang - 2 3 orang yang cuba untuk mengubah diri masing-masing ke arah yang baik. Untuk membuat perubahan - itu dinamakan versus.

Sangat sakit dan pedih untuk dikorbankan dan dikejarkan - versus.

Cakap tentang 'baik'.

Apakah 'baik' pada pendapat anda?

*Mungkin aku sedikit lewat atau ketinggalan tentang Hlovate ini. So what? 
Aku percaya kat luar sana masih ada juga sama macam aku.

sumber imej: Google

Friday, November 22, 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan



kembali semula ke bumi ipoh
atas urusan yang telah terjanji

sebaik sahaja membuka laman
terbentang lagi kisah seorang syahid
Ahmad Ammar

kali ini begitu teruja aku telusuri kisahnya
berbekalkan video tentang arwah

Allah

sangat terkesan dalam jiwa aku
getar itu aku sahaja yang rasa
semangatnya itu

nah 
aku salin semula
syair Imam Syafie

"dan tiadalah duduk setempat bagi orang yang cerdik 
dan beradab itu dianggap sebagai rehat
(tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah)

berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan
(berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan)

aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri
(sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar)"

nah 
untuk kamu
jika belum berkesempatan

Ahmad Ammar dalam kenangan  & Perbualan terakhir arwah


ya, jika ditanya
aku juga mahu seperti dia
dengan izin...

*fuhh 
letih berblogwalking dalam kantuk
aku sambung kemudian ya



Sunday, November 17, 2013

Ada Perkhidmatan Basuh Blog?



Pernah tak rasa macam diri ni bangang?
Okey itu kasar
Pernah tak rasa diri tu macam entah apa2?
*okey ke

Selalu - itu melampau
Kadang-kadang - itu normal
Tak pernah - itu bajet bagus

Pernah tak rasa diri tu baik tak payah hidup?
Amboi! Itu nak makan penampar namanya
*okey2
Pernah tak rasa diri tu macam tak ada pegangan atau prinsip atau apa2 sahaja

Selalu - memang kena selalu ditarbiah ni
Kadang-kadang - itu okey, dalam proses mencari
Tak pernah - bagus!

*****

Alkisahnya...
Bila menung lama2 blog ni
Rasa sayang ada
Rasa menyampah pun ada

Nak blog cantik
Tapi tak reti nak cantikkan
Bila kawan dah cantikkan
Suka2 hati pulak burukkan

Nak buat macam mana
Dah memang pe'el dari dulu
Suka nak mencuba perisa lain
Sudahnya sampai sekarang tetap tak cool

Dan rasa tak puas hati dengan blog sendiri
Dan
Rasa bangang

*macam tak hargai usaha kawan kan....




Saturday, November 16, 2013

Belajar Daripada Adik



Alhamdulillah
Adik aku dapat keputusan yang agak tidak mengecewakan
Yang mana aku tidak pernah menjangka dia mampu buat

Sekolah kebangsaan dia dapat 4A 1B
Sekolah agama dia dapat 6A 1B
Yang B ialah Sains dan Bahasa Arab

Ajaibnya
Bahasa Inggeris dia tak pernah dapat A
Bahasa Arab dia selalu dapat A

Semua ada hikmah
Semua tentang keyakinan dan kesungguhan
Gembira sungguh dia menelefon dan meminta sesuatu untuk dibawa pulang

Duit poket sekadar cukup membeli tiket pulang
Sebelum pulang murah rezeki aku
Sahabat memberikan bungkusan jajan dan gula2 lebihan untuk muridnya

Katanya ini terlalu banyak untuk dia habiskan
Baik diberikan pada adik2 ku
Senyum bahagia

Di rumah sebungkus aku berikan pada adik2 yang kecil
Sebungkus lagi aku beri pada adik UPSR
"Nah hadiah" 

Dalam hati aku menduga kata2nya begini
"Alaaa gula2 je?"
"Hekelleh ni je ke?"

Tapi aku silap

Mukanya penuh berbangga dapat hadiah
Senyum
Dan penuh semangat

Sampai adik2 lain cemburu
Kenapa yang lain kena kongsi 
Tapi dia seorang dapat satu - khas

Sampai bergaduh2
Berebutkan jajan
Ya Allah

Terima kasih pada ayah
Yang mengajar kami
Erti bersyukur



tahniah!

Thursday, November 14, 2013

Yesss!!! Tamat Sudah Sem 6



Alhamdulillah
Selesai tanggungjawab untuk sem ini
Dengan berakhir paper terakhir tadi

Paper yang cukup membunuh
Dengan cubaan maut
Study di akhir waktu

Soalan yang mencapah
Menguji tahap ingatan
Sejarah - tarikh, tokoh, tempat blablabla

Menggilakan
Harap tak perlu mengulang
Kalau tak?

Tak aman aku sem depan

Monday, November 4, 2013

Nafas Baru




Hai.
Diberi nafas baharu lagi? Ya.
Kenapa? Entah. Sentiasa rasa ada sahaja yang tidak kena.
Mahu sahaja padamkan semua sejarah yang sudah tercoret.
Jangan. Kenapa?
Itu sejarah. Mana boleh dipadam?
Kenapa? Sebab kau tak akan ingatnya lagi.
Tapi aku masih.
Ya. Tapi bukan semua.
Kau tak akan belajar daripada silap. Kalau kau tetap padam.
Baiklah. Aku tak padam untuk aku.
Tapi aku padam untuk mereka.
Sejarah yang perlu aku hadam sendiri dan sejarah untuk mereka yang sudi.
Berkongsi.
Jadi ini nafas baharu.
Mungkin akan ada lagi pembaharuan?
Mungkin ya mungkin tidak.
Aku lalang?
Terpulang.