Tuesday, December 3, 2013

Buku: Perahu Kertas



Novel ni dah lama berada dalam simpanan dan tak pernah dibaca. Namun aku bawa novel ini bersama-sama pulang ke rumah untuk tidak menampakkan sangat pembaziran kerana membeli novel tetapi tidak pernah membacanya.


Novel ini dikarang oleh penulis bernama Dee, penulis Indonesia dan telahpun ditranslitkan dalam bahasa Melayu oleh penerbitan PTS. Dan kesemua watak ini jelas telah diberitahu bukan beragama Islam. Latar tempatnya juga sekitar Indonesia seperti Bali, Jakarta, Bandung.


Kisah ini sangat terkesan dalam jiwa aku. Dan menyamai dilema yang aku pernah rasa pada waktu dulu. Melukis dan menulis. Mengisahkan pertemuan Kugy (perempuan) yang minat menulis dongeng dan Keenan (lelaki) yang minat melukis.


Pelbagai halangan yang perlu ditempuhi untuk melaksanakan impian mereka iaitu menjadi penulis dongeng dan pelukis. Dan akhirnya impian itu tercapai dengan gabungan kedua-duanya. Saling mengispirasikan.


Cinta merupakan fitrah manusia. Juga turut diselitkan bagaimana Kugy dan Keenan yang saling menyimpan rasa dan bagaimana mereka melalui hari-hari mereka dengan pendaman rasa yang membara.


Bagaimana ianya boleh bersatu walaupun setelah bertahun berpisah dan bertemu pengganti? Hanya dengan jiwa.


Jiwa – bila ada jiwa dalam sesuatu… barulah ianya bernyawa.
Bukankah begitu?

sumber imej: Google

No comments: