Online Diary MY FAKE IS ORI: May 2014

Wednesday, May 21, 2014

Pakai Kereta Cermin Gelap Bukan Bermakna Gelap Masa Depan


Pagi bening ni (sangattt) saja nak buat post kebajikan. 

Untuk pengetahuan umum, senarai di bawah ni >>>>

1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri

Golongan ini sahaja yang berhak pakai apa2 jenis kenderaan yang bercermin gelap. Ada dalam buku akta Pengangkutan Jalan.

Selain di atas, tak boleh!!! Kalau nak juga, pi hadap sendiri orang sana orang sini orang situ dan orang-orang yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran, pengesahan, dan lain-lain perkataan yang sama maksudnya.

*****

atleast ada lah juga post bermaklumat pengetahuan am kan dalam blog kudusku ini~







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Titian Perjalanan

Masuk 'sini' aku boleh ibaratkan sama seperti masuk Form 1 semula. Di mana perlu menghabiskan pengajian sampai Form 5. 

Bila dah belajar lama sangat ni, melalui setiap fasa yang sama rentak turun naiknya... Semakin dah nak ke penghujung, semakin dah nak ke garisan penamat semakin lelah pula rasanya.

Teringat. Aku pernah terpaksa termasuk acara larian tak-ingat-berapa-ribu-meter. Padang yang sejauh 400m aku perlu ulang alik lari sebanyak lebih kurang 8-10-pun-tak-ingat kali pusingan.

Pada mulanya ya.. semangat sungguh aku lari. At the end, aku semakin lelah lelah dan mula untuk give up. Tapi aku kena habiskan larian sehingga ke garisan penamat - kalau tak, malu arr. Maka aku teruskan larian dalam keadaan yang sangat lemah lelah dan tidak berdaya. Biar kalah mencuba, jangan mengalah sebelum cuba hewhew

Point aku..

Esok dah mula paper pertama untuk sem 7 ini. Entah kenapa rasa semangat nak study tu tak sama dengan semangat masa sem dulu-dulu. Boleh dikatakan bukan semangat yang aku salahkan..sebab kemalasan sudah menguasai diri aku sekarang.

Ingatkan aku sorang. Mujur ada juga yang senasib dengan aku, ditimpa sindrom alergi buku ilmiah. Huh.
Point yang kedua...

Agaknya beginilah kot rasanya >>> maksud aku pelajar sekolah menengah rasa. Sebab aku teringat pensyarah aku ada cakap, kajian mengatakan yang sekarang pelajar sekolah dah tak ingin nak belajar sangat. Depa ni lebih teringin nak kerja, nak duit.

Same situasi. Makin nak ke penghujung makin lelah...

Tapi di sini bedanya itu jelasss...walaupun kelihatan sama kondisinya...

******

Sebenarnya ni post aku tulis sehari sebelum paper pertama iaitu hari Ahad, malam yang sangat hening sambil mengenang nasib di perantauan...

Sekarang aku pusblishkannya... memandangkan lusa merupakan paper terakhir yang perlu aku hadap.

Kannn.. nak ke tak nak, bersedia atau tidak, bila sampai waktunya memang kita kena hadap.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, May 12, 2014

Blues Orang Jelebu - The Libyaman


Kali pertama aku membaca buku penerbitan Dubook. Aku beli semasa PBAKL. Disebabkan agak terhad penggunaan baucer buku dan duit poket yang cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik. Maka aku memilih dua buah buku penerbitan Dubook. Ikutkan hati banyak nak beli, tapi demi nak kikis perasaan haloba tu, dua dululah.

So ini yang aku baru habis khatamkan. 

Sumber: Google Image


Tidaklah tebal mana. Ayat memang sempoi. So memang aku layan sampai tup tup - eh laaa dah habisss ke... Hewhew. Power!

Kisah dalam ni merupakan kisah perjalanan penulis yang berasal dari Jelebu. Daripada apa yang aku baca, penulis ni banyak lah pengalaman dia di Libya -Arab. Sebab bekerja di sana, belajar... 

Walaupun nampak sempoi, tapi banyak jugak maklumat yang aku dapat tentang orang Arab ni. Tentang Jelebu, Amman dan Tripoli. Aku tak pernah sampai ke mana-mana negara Arab. Dengan baca kisah 'si pemberontak' ni, dengan aku sekali rasa terawang-awang dan terbang ke negara-negara Arab nun...

Semua yang diceritakan adalah melalui pengalaman beliau sendiri, kisah beliau dan dari sudut sisi beliau sendiri. Selain itu, dengan membaca ni jugak, seolah-olah persoalan aku tentang Gaddafi telah terjawab. Tak banyak - sikit pun ada.

Sebagai tambahan, dalam banyak-banyak ayat.. aku nak petik beberapa ayat daripada buku ni yang menyentuh perkara yang berbeza..

Antaranya..

"Desakan hidup bikin manusia berubah kalau prinsipnya tidak berapa nak teguh."

Betul apa... yang ni boleh nampak bukan sekadar dalam filem mahupun drama-drama bajet tinggi dan rendah, tetapi realiti beb. Akibat desakan nak teruskan hidup! Sesiapa boleh berubah menjadi sesiapa yang dia sendiri tak pernah kenal ada sisi lain dalam dirinya. (amboi - faham ke~ hewhew)

"Terlalu banyak perubahan bukan bermakna kamu sebuah negara maju yang memajukan pendidikan. Perubahan pada nama tapi bukan pada isi juga adalah satu penipuan."

Ayat ini menyentuh tentang pendidikan negara kita. Siapa yang ada adik, sepupu, jiran tetangga, anak saudara, cucu saudara dan sesiapa yang anda kenal, pergilah tanya khabar budak-budak tu. Ape cer sekolah??? Cikgu-cikgu sihat (waras)? 

Ok cukuplah tu. Nak lagi best, pi beli sendiri, pi baca. Dah habis baca, jom travel ke negara Timur Tengah. Muahahaha

**** 
tenang-tenang aku mencari gambar buku di image Google, aku tertekan pulak dah Blog Blues Orang Jelebu. Aku tidak pasti sama ada sahih atau tidak ini blog penulis. Aku main tempek je, sebab sekilas aku scroll dan scroll, ada yang berkaitan dengan Arab, Iraq dan sebagainya.

Nak blogwalking, silakan. Tak nak sudah.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, May 11, 2014

Bulan Di Atas Champs-Elysees


Alhamdulillah. Selesai lagi sebuah kisah. Lagi tiga kisah yang akan dihadapkan pelbagai persoalan masih lagi belum bermula (exam -________-).

Sebuah lagi buku yang menarik minat aku semasa di Popular ialah buku ni..

Sumber: Google Image


Walaupun tak dapat membuka plastik pembalutnya dan tidak ada 'tester' yang boleh aku intai-intai di dalamnya, namun aku cukup berpuas hati berchenta dengannya. Perkara pertama yang aku tertarik nak beli sebab ini kisah benar penulis. 80% kisah benar yang didaptasi daripada kisah penulis sendiri dan diubah beberapa perkara seperti nama, tempat, waktu dan beberapa kejadian untuk memendekkan kisah, memudahkannya dan menjadikannya lebih sesuai sebagai bahan bacaan berbentuk novel. Penulis menggunakan nama pena Eva Hana untuk melindungi hak privasi diri dan anaknya.

Perkara kedua yang membuatkan aku tertarik nak baca buku ini apabila aku baca beberapa ayat di bahagian sinopsis buku ini. "cinta bukanlah alasan untuk menjual rohani". "Bulan di Atas Champs-Elysees bercerita tentang cinta antara dua benua: tentang akidah dan kekuatan diri..."

Jalan cerita...

Tentang Eva seorang gadis yang pernah belajar di UK dan bekerja sebagai jurutera komputer. Berdarah kacukan Melayu-Pakistan dan berumur 28 tahun. Bujang. Seorang yang sukakan adventure. Orang kampung cakap tak boleh duduk diam. Cepat bosan. Sukakan sesuatu yang baharu. Disebabkan kebosanannya - dia ambil keputusan untuk belajar bahasa Perancis di Perancis. 

Oleh yang demikian, berkenalanlah dia dengan seorang lelaki Perancis bernama Jean Paul. Mula-mula bersembang tentang bahasa dan Perancis. Lama-kelamaan sudah menjadi rutin setiap hari akan berchatting di laman sosial tentang apa sahaja. Selama 3 bulan keadaan menjadi begitu sehinggakan perasaan Eva dan Jean seperti tidak sabar-sabar untuk menerima mesej. Hidup cuma pergi kerja, balik, makan minum dan yang lain cuma menghadap laptop. 

Keputusan drastik diambil. Eva berhenti kerja. Apa yang ada dijual untuk mengumpul RM20000 demi menampung kos hidup dan belajarnya di sana selama 6 bulan. Sampai di sana, Eva tinggal bersama keluarga angkat. Paris yang sungguh hidup untuk Eva. Terlalu hidup. Percintaan yang semakin lama banyak dihantui oleh perbezaan agama, budaya hidup dan sebagainya. 

Sangat menyusahkan apabila salah seorang cuba untuk tidak memahami budaya dan agama pasangannya. Namun demi cinta, semua boleh hilang begitu sahaja. Tapi dalam hati..Tuhan sahaja yang tahu. Apabila menyentuh bab perkahwinan, biasanya hanya jalan buntu yang ditemui. Eva nak kahwin dengan Paul. Mestilah Paul kena masuk Islam. Yang Paul pula, baginya, agama bukan penghalang. Kenapa mesti dia kena masuk Islam? Dia pun bukanlah suruh Eva masuk Kristian.

Pening. Akhirnya mereka jumpa Imam Besar Paris. Imam tu kata, dia sudah banyak menikahkan perkahwinan campur. Maknanya sorang Islam dan sorang lagi agama lain. Mereka rasa seolah telah berjumpa jalan penyelesaian. Balik Malaysia. Bagaimana penerimaan ibu bapa Eva? Paul sudahpun berjumpa dan duduk bersama keluarga Eva selama sebulan (rasanya, tak ingat dah). Selama itulah bapa Eva cuba memujuk Paul tentang Islam menggunakan pelbagai cara. Tetap tak lut.

Pung pang pung pang...
Akhirnya mereka mencapai kata persetujuan. Kahwin secara Islam dan Kristian. Mula-mula secara Islam di Malaysia. Kemudian secara Kristian di Perancis. Namun Eva tetap berdoa semoga perkahwinan di gereja tidak dapat dijalankan. Masa pernikahan secara Islam, Paul telah mengucapkan dua kalimah syahadah, yang mana itulah ungkapan yang sering ditunggu-tunggu oleh Eva untuk didengarnya daripada mulut Paul. Namun, apalah sangat Paul faham tentang maksud ungkapan itu.

Hendak dijadikan cerita, semasa menunggu majlis perkahwinan di gereja yang terpaksa ditunda, Eva perlu pulang ke Malaysia untuk menghadiri perkahwinan adiknya. Nak dijadikan cerita, Eva mengandung. Paul berkeras memintanya pulang ke Perancis sehinggalah bergaduh dan Paul memberikan kata putus, sama ada Eva pulang ke Perancis dengan segera atau cerai.

Eva pilih cerai. Tak sanggup rasanya nak melihat anaknya dibaptiskan. 

END

Aku cerita memang tak best. Nak lagi best, pergi dapatkan sendiri buku ni. Hehe.

Buku ni senang nak faham, seolah-olah kita baca diari orang. Sebab penulis menggunakan 'aku' sebagai kata ganti dirinya. So memang terasa dekatlah dengan cerita penulis ini. Yang lain, aku dapat ilmu tentang Perancis-Paris. Perkataan-perkataan yang digunakan, nama-nama tempat, budayanya dan sebagainya. Aku pun baru tahu, Perancis merupakan sebuah negara yang begitu mengagungkan cinta.

So siapa nak lelaki romantik gila nak arwah tu, boleh lah cari lelaki Perancis. Dikatakan lelaki perancis merupakan lelaki paling romantik di dunia.. Huhu.

Pengajaran yang lain - sesungguhnya hati ini (hidayah) Allah yang pegang. Kalau Allah izinkan hati ni nak terbuka tentang Islam, terbukalah ia. Kalau tak, maka taklah.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, May 10, 2014

Cowoknya Jawa, Pacarnya Minang


Semalam. Dengan baik hati dan niat yang sedikit 'terpesong' (pau baucer kawan), aku menemani kawan yang ingin menghabiskan baucer bukunya yang berbaki RM150. Kalau aku,,, seghupe monyet dapat bunga. Kejap setel dah. Hehe. Memandangkan juga kawan aku dengan spesies buku yang banyak tulisan ni ada sedikit alergi, maka berlama-lamalah juga kami di dalam Popular tu - mencari buku yang dia boleh layan dengan berbaloi-baloinya. Memandangkan setakat ini hanya Popular (di JJ Kinta) yang sudi menerima 100% pelbagai bahan bacaan menggunakan baucer. Oleh yang demikian, sebagai upahnya, aku pun dapat jugak la menumpang sebuah dua buku yang aku nak. Ngehhh.
 
Jadi, memandangkan Popular tak banyak buku yang kena dengan hati aku, lama jugaklah aku merenung dan menghadam sinopsis setiap novel yang disajikan. At last, aku tertarik dengan beberapa buku. Salah satunya buku ini..

Sumber: Google Image


Sebab aku tertarik, almaklumlah bila dua benda yang sangat berbeza disatukan, perasaan membuak-buak nak tahu itu sangat tinggi. Selain itu, aku teringin juga hendak tahu bahasa Jawa dan Minang selain budayanya dan pelbagai lagi dalam sebuah novel chenta. Walaupun aku ada campuran Jawa, amat rugi kerana aku tak tahu dan tidak faham pun bahasa Jawa. Jadi, semasa aku membuat pemilihan ke atas buku ini, expectation aku sangat tinggi.


Aku balik dari JJ, lebih kurang dah nak masuk waktu Isyak. Baring-baring lepaskan penat, dengan gelojohnya aku terus buka plastik pembalut buku tu dan hadam puas-puas. Amat ironik sungguh apabila aku menamatkan pembacaan a.k.a mengkhatamkan buku ini tepat jam 11.59 - jam digital di laptop.

So..
 
Bagi aku penulis dapat menggambarkan budaya Minang dengan Jawa dalam keadaan yang yang ringan untuk dibaca dan diterangkan kepada pembaca walaupun tidak semua diterangkan secara mendalam. Hanya sebahagian budaya sahaja dihuraikan secara ringkas. Kiranya novel ni, mementingkan unsur-unsur atau perkembangan penceritaan kisah cinta jejaka Jawa dan gadis Minang. Yang lain tentang Jawa dan Minang hanya diselitkan sebagai salah satu subjek kecil yang menjadi penghalang mereka untuk bersatu.

Muhammad yang dipanggil Pak Ya berasal dari Johor, berketurunan Jawa. Antara orang yang agak lama menghabiskan sisa-sisa di UM atas sebab masalah keluarga yang betrimpa-timpa. Tertunda-tunda semnya. Kiranya orang yang agak susah jugak lah ni. Seorang editor majalah di UM. Bertemu pula dengan junior yang baru masuk, Deeja, gadis Minang yang update dengan fesyen terkini. 
 
Perjumpaan kali pertama semasa gabungan kelas tutorial. Pertama kali jumpa sudah ada masalah dan rasa menyampah. Entah macam mana, Deeja teruja untuk jadi salah seorang AJK majalah hanya kerana dia terpikat dengan nama editornya, Muhammed Zakariyya yang disangkanya pakArab. Tanpa segan silu, dia yang memang tidak bertudung boleh pulak datang interview dengan chanteknya bertudung semata nak jumpa editor. 

Maka jadilah dia AJK tajaan dan dia hampa sebab orang yang dia nak jumpa sangat tu ialah orang yang paling dia menyampah. Asal jumpa nak gaduh, gaduh dan gaduh. Entah macam mana disebabkan satu insiden, Pak Ya rasa kesian pulak dekat Deeja yang cengeng ni. Sebab Deeja pun ada masalah keluarga jugak. Kebetulan masa tu jugaklah Deeja termengadu pada Pak Ya dan terpanggil Pak Ya 'abang' dan Pak Ya rasa lain.

Kiranya, lama-lama dah kamcing dan sebenarnya dua-dua suka sama suka tapi tak cakap. Sampai ada banyak kejadian yang membuatkan mereka terpisah dan akhirnya berjumpa atas kesedaran seorang sahabat. Senang cerita sebab salah faham. 

Expectation aku jatuh terhadap buku ni. Sebab...

Penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam cerita ini..

Untuk menampakkan lagi Jawa dan Minang, kenapa tidak penulis memasukkan dialog dalam bahasa Jawa dan Minang semasa dua watak ini sedang berkomunikasi dengan ahli keluarga.Cuma satu dua sahaja ayat dialog dalam bahasa Minang, dan serasa aku, tidak ada pula dalam bahasa Jawa. Barulah terasa kosa kata bahasa Jawa dan Minang pembaca akan bertambah. Dan barulah nampak bahasa dan budaya yang ingin dipaparkan. Aku rasa juga, banyak lagi elemen yang boleh diketengahkan lagi-lagi cara hidup orang Jawa dan Minang digambarkan dalam wataknya. Mungkin aku lebih akan rasa terkinja-kinja kot bila membacanya. Ini cuma kritikan tak berdosa aku sahaja sebagai pembaca yang mempunyai expectation yang sangat tinggi.

Mohon maaf atas segala.

Namun ada satu perkara yang aku baru tahu melalui novel ini. Bahawasanya dikhabar dulu-dulu punya cerita, ada kejadian yang berlaku antara orang Jawa dan Minang. Dan disebabkan itulah dikatakan orang Jawa dan Minang memang tak sebulu dan tak boleh bersama. Nanti dapat tulah. Tapi itulah, tak diceritakan pula apakah kejadian (sejarah) tersebut. Huhu.

Jadi, ada dua pengajaran di sini

Pertama, dalam hidup ini tak boleh ada expectation yang terlalu tinggi pada benda yang kita sendiri kurang pasti. Takut terlebih mengecewakan bila tak sama apa yang difikirkan.

Kedua, kepada tokey kedai yang jual buku. Sila jangan kedekut untuk buka satu plastik kenkonon macam tester bagi setiap jenis buku, supaya senang pelanggan nak membelek, menilik dan membuat pilihan semasa membeli. *Kalau ada pekerja kedai buku yang baca ni, sila sampaikan pesanan ni kepada supervisor anda okey~ Tq.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, May 9, 2014

aA + bB x Tunas = Hlovate


Aku difahamkan bahawasanya karya Hlovate yang pertama ialah aA+bB. Kemudian karya yang seterusnya ialah Tunas. Sesungguhnya dua novel ini mempunyai sequence yang memang wajib pembaca membaca set kombo. Kalau alacarte, kurang menyengatlah kiranya. Dan sesungguhnya dua karya agung Hlovate inilah merupakan pelengkap koleksi Hlovate di tangan aku. Mujur dapat sambar limited edition (PBAKL) di mana disatukan dua karya ini dalam sebuah buku. So jimat sikit di situ. Walau bagaimanapun, aku difahamkan oleh rakan yang dah baca kedua-dua novel ini, setelah dia menyemak kompilasi yang aku beli...katanya Mags7 dalam Tunas tidak diceritakan sepenuhnya. Maknanya ada yang dipotong. Katanya lagi, sebab Tunas memang tebal bukunya. Tapi katanya, its okey.. Aku masih boleh faham jalan cerita memandangkan sememangnya kompilasi ini fokusnya pada kisah Addin dan Benz. Aku pun semedang percaya ajelah kata senior (sebab dia khatam dulu baca).

So here...

Aku memang suka penulisan Hlovate ni. Bahasa yang sangat santai. Mudah nak faham jalan cerita. Watak yang digunakan pun tidak terlalu banyak dan boleh nampak, hampir kebanyakan bab hanya mengisahkan watak utama. Jadi tak pening kepala - kejap watak ni, kejap watak tu. Jaminan tak boring sebab Hlovate memang punya identiti tersendiri dalam penulisannya. Bahasa Inggeris yang digunakan memang mantap sampai aku kena rujuk kamus tak bertauliah (tanya orang je). Orang teror English (kawan aku je pun) pun cakap, dia tak sure some of meaning perkataan yang Hlovate guna. Katanya English Hlovate ni memang English pasar (harian) di mana bukan English skema yang kita dok belajar tu. Certain je pun. 

Selain itu, Hlovate ni aku rasa dia memang suka belajar Fizik atau Matematik atau Biologi dan seterusnya aku nak memandai-mandai mengatakan entah-entah Hlovate ni seorang doktor. Sebab hampir kesemua karya dia pasti ada elemen kedoktoran dan muzik. Tiada terpisah. Tak kisahlah, yang pasti kadang-kadang aku rasa macam budak sekolah boleh kot nak study melalui buku-buku Hlovate sebagai bahan bacaan tambahan.. ke tak? Hehe

Yang lain lagi... pastinya Hlovate tidak pernah mengecewakan untuk menyelitkan unsur-unsur tarbiah dalam karyanya. Memang superb. Rujukan, tafsir semua ada ditulis. Kata-kata semangat, motivasi pun ada. Kadang-kadang baca karya Hlovate ni macam baca buku motivasi pun ada juga. 

Okey ...
  
sumber: Google Image

aA+bB ni tentang kisah Addin dan Benz. Khas tentang mereka. Macam mana seorang doktor dan engineer yang keras kepala dan egois boleh bersama akhirnya di bawah satu bumbung dan satu hati. Mereka ni actually suka sama suka, tapi tidak terungkap masa zaman sekolah dulu. Namun akibat satu peristiwa yang amat terlalu dan sangat (over ek) melukakan hati Addin telah berlaku-Benz lah buat tu. Tapi Benz ada sebab tersendiri. Tapi Addin tak tahu maka sampai kesudah Benz itu memang dibencinya, memang anti, dan memang alergi. Memang dia tak boleh terima dan perkara itu masih disimpan kemas sehingga umur dah menjejak 25 (7 tahun dah berlalu). Tup-tup terpaksa terkahwin atas banyak sebab yang tidak dapat dielakkan oleh Addin. Ahha! Jadi cerita ni fokus pada perkembangan hubungan mereka yang telah terpisah setelah SPM sehingga bertemu semula masa masing-masing dah nak habis belajar di oversea tu, dan perkembangan hubungan masa mula-mula kahwin sampai dapat anak. Sebab dan alasan pada point utama Addin benci gila pada Benz - kisah itu ada dalam Tunas.

Okey...
Sumber: Google Image

Tunas pula (karya kedua) merupakan zaman persekolahan Addin dan rakan-rakanya, antaranya Benz, Kucai, Kurt, Fish, Pa-e, Jen, MSC, Mags7 dan ramai lagi (malas pulak nak rujuk balik buku tu nak tengok nama sorang2). Kehidupan mereka sebagai pelajar Form 4 dan Form 5. Dari budak jenayah sampailah jadi Head Girl. Sesungguhnya Kolej Tunas banyak mengajar mereka mengenal kehidupan. Memang best. Kita yang nak habis belajar ni pun sedar yang zaman sekolah (lagi-lagi kalau duduk asrama) merupakan the best ever moment in our life. 

Maka kiranya, dah habis baca aA+bB ni, Tunas ni kira flashback lah. Tapi dalam set kompilasi yang aku beli ni, disusunnya Tunas dulu baru aA+bB. Kiranya aku baca ni menentang arus keluaran lah equal to mengikut norma kehidupan. Hewhew. 

Maka setakat ini sahajalah, riview aku dari koleksi terakhir Hlovate aku. Kalau aku tahu beginilah rasa melayan Hlovate, memang awal-awal aku join lah kawan aku yang gila Hlovate tu masa zaman oldshool. Dan kalau aku tahu Hlovate memang tulis macam ni, dan aku layan dari dulu, memang aku cari la Hlovate ni buat jadi tok guru aku untuk kitab conteng-menconteng ni. Hehe.

Okey. Bye.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, May 6, 2014

Aku Dan Si Karut



Two big things happened today.

Sekarang semua sedang menjadi ahli pemikir dan peramal masa hadapan yang bakal berjaya. Merangka-rangka strategi yang paling terbaik dalam sejarah pemilihan negeri untuk penempatan guru. Meramal dan mengandaikan serta memandai-mandai seolah-olah sangat berpengalaman dalam mengisi borang penempatan - padahal sekali seumur hidup untuk mengisi borang ini. Mujur Malaysia punya 14 negeri sahaja. Seberang Laut Cina Selatan dah memang tak ambil pusing. 

Aku? 

Mujur masih bujang. Eh, salah! Pensyarah bilang bukan bujang - tak pernah berkahwin! Yang pernah berkahwin boleh jadi bujang juga. Maka, tidaklah banyak sangat nak fikir dan nak isi. Fikir diri sendiri sahaja! 

Mak: Kau cadang nak minta mana?
Aku: Sabah, Sarawak, Selangor!
Mak: *dalam hati - kecik besar kecik besar je aku tengok budak ni!

Hahaha.

*******
Angin mana dari atas kepala datang menyerbu tiba-tiba membuatkan tangan gatal menyodok USB hardisk dan mencari-cari fail gambar oldschool. Masa muda-muda zaman maktab dulu-dulu. 

Sendiri terpegun terkesima dan sayuuuuu je tengok muka sendiri dulu-dulu. Padanlah orang sekeliling termasuk mak dan ayah bising pasal aku dah gemuk! Memang ketara bezanya!!!

Tapi itulah~ Tak kesian ke kat aku ni? 

Meh aku bagi cadangan. Apa kata sambil-sambil sesiapa yang kata aku dah gemuk tu, hadiahkan aku baju selai dua pun jadilah. Kenapa baju? Kenapa bukan ubat kurus atau alat senam?

Senam ubat kurus segala mak nenek tu aku boleh urus. Tentang baju sebab.... aku bukanlah orang yang rajin menambah koleksi baju. Oleh yang demikian amat sadis bagiku bila member tegur "kau ni asyik pakai baju ni je tiap kali nak balik". -_____-  Ketahuilah wahai sahabat, bahawasanya buat fasa ini aku cuma menyarung baju mana yang selesa aku pakai je babe. Mohon faham.

Lagi bertambah sadis bila nak hangout. Pung pang pung pang cari baju iron bagai... dah mandi wangi semua..... atlast tshirt yang biasa aku sarung ke mana jua ku pergi itulah juga aku memakainya. Mak aku juga turut menumpang sedih atas kenaikan paras lemak dalam badan.

Sekian, terima kasih!

*pelik! line wifi di pagi buta sangat lembap.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen