Hye.
Hari ni dah selesai pulak
dengan Rooftop Rant oleh Hlovate. (again)
Alkisahnya….
Trisy – budak sekolah. Sentiasa
keseorangan. Anti sosial. Diabaikan keluarga. Insan yang ada dalam hidupnya
adalah orang gaji dari seberang tu ajelah – Buk Jah. Selalu ponteng kelas
tuisyen. Macam-macam cara dibuat untuk melepaskan segala rasanya. Sampailah satu
hari dia melepak di atas sebuah bumbung dan terjumpa Jade.
Jade – budak diploma dalam
Mass Com. Kerja dia hanya melukis – jual burger. Port dia di atas bumbung tu
lah untuk melukis. Ambil Mass Com pun sebab mak ayah bising. Mak ayahnya tak
suka dia melukis. Sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan adiknya. Dan dia
tak suka itu.
Di atas bumbung tu lah
mereka mula menjadi kawan yang sangat rapat.
Masing-masing lega sebab
akhirnya jumpa juga dengan orang yang berada di atas bot yang sama tapi cabin
yang lain.
Hanya dengan satu kejadian
masing-masing mula mengejar kebahagiaan yang dicari walau dalam payah.
Semestinya mereka jumpa apa
yang mereka mahu setelah sekian lama. Memang kena sabar. Dan Allah takkan
berikan ujian melebihi kemampuan hambaNya.
So dalam novel ini memang
selalunya aku rasa terjadi dekat budak2 luar sana. Yang kadang-kadang mereka
rasa tak ada siapa yang faham mereka.
Atau berlaku sebab mereka cuma
mahukan perhatian. So apa yang kita nampak dekat budak remaja yang ntahpape tu,
mungkin cerita mereka juga sebahagian daripada episode dalam novel ini?
Bila mana mereka rasakan…
there’re times when strangers are like family and family are like strangers.
So enjoy reading.
sumber imej: Google |