Wednesday, April 24, 2013

PRAKTIKUM MINGGU AKHIR


HUHU. Baru sahaja lepas mengajar dan diobserve oleh guru pembimbing, ini kalilah. Sangat syurganya rasa. Hewhew. Tapi macam sayang macam sedihlah pulak mengenangkan akan berpisah dengan anak-anak ini. Walaupun sebulan cuma, touching tau. 

Aku dah kenal setiap nama budak-budak ni, setiap perangai mereka, setiap prestasi mereka. Walaupun akademik berada tahap sederhana, tetapi sukan semua power aku tengok. Tadi aktiviti yang dijalankan ialah membuat baju menggunakan surat khabar.

Hewhew. Sangat berisiko ya membuat aktiviti ini. Sebab budak-budak ni jenis kalau kerja berkumpulan yang mudah pun mesti drag masa punya, lagilah nak buat hardcore macam ni. Dah lah pesanan aku suruh bawak gunting, selotip tak dipesannya pada rakan-rakan.

Kan dah huru hara! Nasib baik aku cerdik sikit, boleh fikir nak bawak surat khabar lebih, gunting lebih, and semua mak nenek yang berkaitanlah. Itupun dah berebut-rebut. Hurm tadi ingat nak ambil gambar budak-budak ni jadi model pakai baju kertas, tapi sebab kelas macam dah kena serang, terpaksa jadi guard ke hulu hilir sambil pegang enset.

Urmm lepas ni boleh relax sikit. Kompem rph untuk dua hari lagi, hanya sekadar rph yang ditampal sahaja. Hahahaha. Ermm sekarang ni tengah feel sangat sebab menaip sambil mendengar Sungai Lui. Perut pun sibuk nak bergendang sama. Tunggu member yang sedang diobserve, nak makan!!!

Babai.
 

Wednesday, April 17, 2013

GEBANG MENGAROT

 
 
malam ni rasa lain macam lah pulak kalau nak kata free tu. rasa macam tak kena je. tapi memang free pun besok, tak ada class, but still kena siapkan semua kerja yang tertangguh tu. huhu. 


semalam dan hari ini dah diobserve oleh pensyarah dan guru pembimbing. pensyarah datang nak pantau je dulu, tiba2 decide nak observe terus atas sebab-sebab yang tak dijangka oleh beliau sendiri. tak lah rasa cuak sangat.


sebab rph sudah dirancang baik punya sebab kalau ikutkan hari itu nak diobserve oleh guru pembimbing so pakai rph yang sama lah. perghh. memang banyak komen yang membina. observe aku tak pakai borang pun beb. haha.


yang penting semua selamat. budak-budak pun tak buat perangai sangat. bagus anak cikgu! hari ni kena observe dengan guru pembimbing, much better than before. tapi masih lagi kureng bab masa. semuanya terlebih.


nak buat guane. dah syok sangat mengajor. haha. semalam petang tak datang pun sekolah untuk latihan sukan. mood spoil punya pasal. lepas tu gebang tipu kering terrrr.....krooh kroooh
baik punye. tapi macam la aku tak tau yang deme2 tu tau je aku tengah kencing.

tadi contact time- setiap selasa selepas sekolah. kira meeting cikgu2 mengenai isu semasa. dalam meeting hari ni isunya mengenai kssr-pbs. macam2 cara dok fikir nak cari penyelesaian. macam mana nak tentukan gred mereka di tempat ke berapa kalau dah semua guna band? kelas terakhir ramai dapat band 6 macam mana pulak kelas depan2 boleh kurang band 6 nya? pening2.


macam mana lah sistem pendidikan ni diplih erk? aku yg masih baru lagi ni pun berkerut je dengar. cikgu2 makin bertambah kerjanya. kesiannn. bagi aku sistem kssr-pbs ni tak berapa nak praktikal. tak nampak kesan yang boleh membantu meringankan beban guru dan membantu murid kenal pasti gred mereka sendiri. nampak macam memudahkan kerja guru, tapi... entahlah. aku pun kena belajar banyak perkara lagi mengenai dunia pendidikan ni. tak berani nak cakap banyak.


hehe. ok lah babai. serius rasa tak nak tidur malam ni sebab....pun tak tahu kenapa.


mmmmuahhh *free sangat kannnn*    konon-konon je la....

Saturday, April 13, 2013

NAK MENGADA SEKEJAP *WARM UP*

 
 
sedang pening-pening lalat. simptom selsema menyerang. badan panas. rasa macam nak demam je. hukhuk. macam mengada pulaks bunyinya.
 
selalu memang susah nak dapat demam ni. alhamdulillah untuk sihat dan sakit, semuanya urusan Allah. kita kena berdoa banyak-banyak sahaja. 
 
nampak sangat tertekan ya di sini. bila lah nak habis kena pergi sekolah~ minggu depan kompem lagi tertekan sebab dah nak mula kena observe. observe dengan guru pembimbing pun tak mula lagi.
 
kalau ikutkan minggu depan nak kasi je semua habis. setiap hari observe sampai jumaat. haha. lepas tu minggu terakhir relax~ tak payah nak stick sangat dengan rph tu. hehe.
 
ok lah. nak sambung kerja. banyak sangat~~~ warghh *kes tangguh*
 
esaimen psv tak buat lagi. kesian encik hukhuk. semoga encik dilimpahi berkat dan rahmat dari Allah, insyaAllah. hehe :) 

Friday, April 12, 2013

PRAKTIKUM MINGGU 2

 
 
ohhoiii. alhamdulillah baru sahaja menghabiskan sisa-sisa praktikum untuk minggu kedua. ada baki lagi 2 minggu. kalau minggu lepas terasa lambatnya dunia ni berjalan, kalau minggu ni pulak, dah rasa eh eh dah jumaat? hahaha

dah dapat sikit rentak berlagu kuch kuch hottahei tu, bolehlah layan~ and bersyukur jugak dapat lecturer yang memang sempoi. kalau member lain tu, dah start dijenguk2 dan dah ada yang diobserve pun, tapi aku... haha masih lagi senang lenang. dan lecturer tu. adehh kalau call pun macam sembang dengan orang masuk air je hahahaha. takpe takpe, steady...

minggu ni semua berjalan macam biasa. just asal aku nak buat something yang guru pembimbing nak observe, mesti ada je dugaan. alahai lalalatok. tak pelah. ada hikmah mungkin. dan dalam banyak-banyak hari yang aku tido lambat, malam semalam aku tak tido, just take a nap around 5am untuk buat perancnagan yang kebabom. sampai sekolah, boleh pulak aku landing kepala ni atas meja (bilik guru). nasib baik majoriti guru semua pergi mengajar, kalau tak habis larrr...jadi buah mulut ekeke.

just apa yang aku perasan dengan diri aku ni. dulu-dulu masa aku sekolah rendah lagi, aku seorang yang garang. bukan mulut sahaja macam cibai, tangan kaki pun boleh tahan - dengan adik-adik aku je la. tapi sekarang, aku dah tak ada semua tu. hahaha. aku dah jadi malas pulak nak jadi hulk dengan budak-budak ni. sebab apa yang aku nampak, semakin kita jadi hulk, semakin menjadi-jadi perangai mereka. walaupun mereka nampak akur tetapi emosi mereka semakin memberontak.

dan bila aku cuba untuk jadi biasa-biasa, nampak mereka boleh bertoleransi. nampak friendly di situ ye. tapi kalau dah melampau sangat, siapa tak geram! denda setakat ketuk ketampi je lah. itupun masih main-main lagi. tiada rasa hormat pada aku, dan aku as a teacher sepatutnya tidak hanya membiarkan begitu sahaja. sebab rakan-rakan dia yang lain juga akan mengikut - sama ada jadi respect sebab apa aku cakap (denda) aku buat atau mereka juga akan rasa cikgu syahirah is nothing.

so daripada aku jadi seorang guru yang nothing pada mereka, aku mesti buat sesuatu. sebab terlalu nakal, ketuk ketampi pun aku suruh lima kali je, haa amek kau cubitan kasih sayang daripada aku sorang satu. orang kata, cubit-cubit geram je la. tak makan saman langsung. budak sekarang tak boleh disentuh langsung kan? alahai, parents... nak anak jadi pandai, nak anak berakhlak bagus, tapi baru kena sentuhan kecundang daripada seorang guru biasa, dah mengamuk serang sekolah, saman cikgu dan sebagainya..

nak cakap apa? hari-hari aku dah dapat rasa perasaan seorang guru yang ikhlas. cikgu-cikgu ni, kalau korang nak tahu, hari-hari asal berjumpa saja, tak ada topik lain. hanya topik sekolah, anak murid sekolah anak murid. hari-hari beb! kalau korang? boleh tahan hari-hari topik itu saja? pergh! aku salute beb dengan guru pembimbing aku. sakit-sakit, tak larat, datang jugak sekolah. ajar budak darjah 6, kalau tak datang, dah membazir satu hari mereka tu.

cikgu-cikgu ni sembang bukan setakat sembang habis situ sahaja, di akhir sembang tu, mesti akan ada 'macam mana la ek nak buat dengan budak tu'? haa nak pikir penyelesaian tu. aku yang praktikum ni, sengsara prakatikum lah, mereka yang guru tu? huu, itu baru masalah dalam kelas, belum campur lagi masalah perkeranian lah sistem lah blablabla. bila aku dengar mereka bercerita kenapa mereka merungut, sebab musabanya, membuatkan aku pun terfikir dan tidak menafikan 'aah erk. betul jugak tu'. hanya mampu geleng-geleng angguk-angguk.

macam-macam rencah asam garam seorang pendidik ni. boleh pulak masa minggu lepas tu, one day aku tercakap dari lubuk hati aku ni 'tak nak jadi cikgu arghhhhhh'. tak kuat mental boleh gila wooo. so sayangilah guru anda. aku mula mengimbas zaman-zaman persekolah aku dulu~ rindunyaaaaaa hewhewhew.

Friday, April 5, 2013

PRAKTIKUM MINGGU 1

 
 
fuh fuh fuh. selesai sudah minggu pertama praktikum. untuk kali pertama. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, telah memudahkan semuanya, dapat sekolah dekat dengan rumah. housemates yg lain dah start moto nak pergi sekolah, aku masih lagi mengiron baju. kihkih. Alhamdulillah walaupun kadang2 lambat, gerak pukul 7.15, sampai sekolah masih lagi sebelum 7.30. hehe.

isnin- dah dapat jadual kelas. dapat mengajar tahun 5. syukur. sebab jadual asal ialah kena mengajar tahun 5 dan tahun 2. nasib baik guru pembimbing tahu, boleh masak budak ni bagi mengajar 2 kelas. dia tolong fight dengan GB. nasib dapat. sebab dah lihat kesannya, budak math yang sama sekolah dengan aku, kesian mereka. pening! letih! satu kssr, satu kbsr. masak! ikutkan jadual, isnin dah kena mengajar, tapi sebab kali pertama, masuk dan berkenalan gitu2 je, dan bagi kerja- amanah dari guru BM nya. nak buat benda lain pun, aku tak bawak apa2 pun hari pertama. marker pun tak bawak, macam mana nak tulis kat papan putih. hehe. teruk!

selasa- dah mula mengajar. pergh! memang tak tercapai objektif. 1 langkah pun tak sempurna. siap skip langkah pengajaran. budak2 ni memang mencabar kewarasan aku. aku yg kuat kerit ni pun, tak makan saman betul diorang ni. aku dah terpacak macam tunggul, diam sambil mata memandang tajam, pun tak ada kesan. habis kelas, masuk bilik guru, terus nampak guru pembimbing dan hampir separuh menjerit 'rasa macam nak menangis~' haha. serius sedih. nasib tak meleleh lagi. bergenang je. 

rabu- rehat. tak ada kelas haha. pakai uniform krs kau pergi sekolah. patutnya pakai uniform yang formal tu, bukan uniform nak berkawad. habis, dah tak ada nak buat macam mana, ye dak~ pakai dan ajar budak bekawad. mampu ajar macam mana nak 'ke kanan lurus' je. tak sempat nak lurus betul2, semua dah berlari. sebab masa untuk unit uniform dah habis, semua tak sabar nak main. ceh. 

khamis- hari ni, guru pembimbing nak tengok pengajaran berpasangan. aku dan sakinah akan mengajar kelas dia iaitu tahun 4. budak kelas dia ni budak pandai, kelas pertama. aku pernah tengok dia mengajar kelas tu sebelum khamis- nak kenal budak macam mana. so just nice. komen- suara aku perlahan. haha. macam nak tergelak pulak, sebelum ni orang selalu kata suara aku kuat sangat, kalau bersembang pun macam tak ingat dunia. meby suara aku ni bukan pakej untuk kelas kot. haha. yang lain, dalam rph penutupnya tulis lain, aku buat lain. memang kenalah! haha. 

jumaat- hari paling teruk! haha. hari ni pun guru pembimbing nak tengok pengajaran berpasangan untuk kelas aku pulak. rph memang teruk. sebab dilakukan dalam keadaan teruk. almaklumlah, malam tu, bertungkus lumus nak kasi sempurna buku rph dulu sebab setiap jumaat kena hantar kat GB untuk disemak. lepas dah belek2 buku rph, baru nak ngadap rph untuk esoknya. masa tu pun dah pukul berapa, mata pun dah penat sangat. memang tak tahan. bangun tidur bangun tidur nak cari idea untuk pengajaran esok. taip dalam keadaan mata tertutup. minda bawah sedar atau tak sedar langsung. tup tup tup pukul 6 lebih pagi. bangun, mandi, sambung buat kerja, iron baju, sambung sikit kerja2 printing dan gerak. pergh! mereng dah rasa otak ni. sampai rph kat tangan guru pembimbing atau panggil kak bi jelah senang. haha. memang banyak salah. salah eja, salah penggunaan perkataan, aktiviti macam tak betul, semuanya tak kenalah. tapi nak buat macam mana, nak tak nak kena gak lah mengajar~ huhu.


cukuplah tu. dah macam buat refleksi untuk portfolio lah pulak. tapi ok gak kan, agak2 malas nak buat, aku print je dari blog ni, tempek dalam fail tu haha. sebenarnya, setiap malam, kami2 satu rumah ni semua dah mereng mengadap rph (semua yg berpraktikum pun macam tu jugak). memang tidur macam tak tidur je. rumah ni rasa kelam je sebab semua dah tak peduli dunia. haha. tapi makan tetap peduli. kehkeh. yang penting bila jumaat tiba, rasa syurga sangat. haha.

yg bestnya kak bi sangat2 understanding, sporting, supportive haha semua yg positif la. memang selesa dengan dia. walaupun dia memang sibuk, tetap cuba mencari waktu untuk layan kitorang. hehe. yg kureng, tak ada pun, cuma mungkin ada cikgu2 lain yg berifkir kami ni sombong ke apa. sebab tak bersembang. bagi aku sendirilah kan, aku budak baru belajar, budak muda, budak baru, jadi rasa segan, kekok tu semua ada. nak2 aku bukan jenis peramah sangat. sapa sikit2 tu bolehlah. aku mampu senyum je. jadi aku sendiri mengharapkan cikgu2 dulu yg selangkah ke depan, sebab insyaAllah aku akan sepuluh langkah ke cikgu2 lain. sebab aku tak ada modal sangat nak mulakan sembang2, kalau terlebih peramah pulak nanti, takut jadi lain pulak. mulut aku ni bukan boleh percaya sangat. haha.
baru balik dari sekolah tadi. nampak gigih ya di situ. ini saja kuda yang ada. kalau kena angkut naga sebagai BBM pun akan ku turutkan jua demi kau anak didik dan demi markahku jua kahkah.
ok byebye. nak sambung buat kerja wajib. yang ni harus je. makruh pun boleh~ mmmuahh