fuh fuh fuh. selesai sudah minggu pertama praktikum. untuk kali pertama. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, telah memudahkan semuanya, dapat sekolah dekat dengan rumah. housemates yg lain dah start moto nak pergi sekolah, aku masih lagi mengiron baju. kihkih. Alhamdulillah walaupun kadang2 lambat, gerak pukul 7.15, sampai sekolah masih lagi sebelum 7.30. hehe.
isnin- dah dapat jadual kelas. dapat mengajar tahun 5. syukur. sebab jadual asal ialah kena mengajar tahun 5 dan tahun 2. nasib baik guru pembimbing tahu, boleh masak budak ni bagi mengajar 2 kelas. dia tolong fight dengan GB. nasib dapat. sebab dah lihat kesannya, budak math yang sama sekolah dengan aku, kesian mereka. pening! letih! satu kssr, satu kbsr. masak! ikutkan jadual, isnin dah kena mengajar, tapi sebab kali pertama, masuk dan berkenalan gitu2 je, dan bagi kerja- amanah dari guru BM nya. nak buat benda lain pun, aku tak bawak apa2 pun hari pertama. marker pun tak bawak, macam mana nak tulis kat papan putih. hehe. teruk!
selasa- dah mula mengajar. pergh! memang tak tercapai objektif. 1 langkah pun tak sempurna. siap skip langkah pengajaran. budak2 ni memang mencabar kewarasan aku. aku yg kuat kerit ni pun, tak makan saman betul diorang ni. aku dah terpacak macam tunggul, diam sambil mata memandang tajam, pun tak ada kesan. habis kelas, masuk bilik guru, terus nampak guru pembimbing dan hampir separuh menjerit 'rasa macam nak menangis~' haha. serius sedih. nasib tak meleleh lagi. bergenang je.
rabu- rehat. tak ada kelas haha. pakai uniform krs kau pergi sekolah. patutnya pakai uniform yang formal tu, bukan uniform nak berkawad. habis, dah tak ada nak buat macam mana, ye dak~ pakai dan ajar budak bekawad. mampu ajar macam mana nak 'ke kanan lurus' je. tak sempat nak lurus betul2, semua dah berlari. sebab masa untuk unit uniform dah habis, semua tak sabar nak main. ceh.
khamis- hari ni, guru pembimbing nak tengok pengajaran berpasangan. aku dan sakinah akan mengajar kelas dia iaitu tahun 4. budak kelas dia ni budak pandai, kelas pertama. aku pernah tengok dia mengajar kelas tu sebelum khamis- nak kenal budak macam mana. so just nice. komen- suara aku perlahan. haha. macam nak tergelak pulak, sebelum ni orang selalu kata suara aku kuat sangat, kalau bersembang pun macam tak ingat dunia. meby suara aku ni bukan pakej untuk kelas kot. haha. yang lain, dalam rph penutupnya tulis lain, aku buat lain. memang kenalah! haha.
jumaat- hari paling teruk! haha. hari ni pun guru pembimbing nak tengok pengajaran berpasangan untuk kelas aku pulak. rph memang teruk. sebab dilakukan dalam keadaan teruk. almaklumlah, malam tu, bertungkus lumus nak kasi sempurna buku rph dulu sebab setiap jumaat kena hantar kat GB untuk disemak. lepas dah belek2 buku rph, baru nak ngadap rph untuk esoknya. masa tu pun dah pukul berapa, mata pun dah penat sangat. memang tak tahan. bangun tidur bangun tidur nak cari idea untuk pengajaran esok. taip dalam keadaan mata tertutup. minda bawah sedar atau tak sedar langsung. tup tup tup pukul 6 lebih pagi. bangun, mandi, sambung buat kerja, iron baju, sambung sikit kerja2 printing dan gerak. pergh! mereng dah rasa otak ni. sampai rph kat tangan guru pembimbing atau panggil kak bi jelah senang. haha. memang banyak salah. salah eja, salah penggunaan perkataan, aktiviti macam tak betul, semuanya tak kenalah. tapi nak buat macam mana, nak tak nak kena gak lah mengajar~ huhu.
cukuplah tu. dah macam buat refleksi untuk portfolio lah pulak. tapi ok gak kan, agak2 malas nak buat, aku print je dari blog ni, tempek dalam fail tu haha. sebenarnya, setiap malam, kami2 satu rumah ni semua dah mereng mengadap rph (semua yg berpraktikum pun macam tu jugak). memang tidur macam tak tidur je. rumah ni rasa kelam je sebab semua dah tak peduli dunia. haha. tapi makan tetap peduli. kehkeh. yang penting bila jumaat tiba, rasa syurga sangat. haha.
yg bestnya kak bi sangat2 understanding, sporting, supportive haha semua yg positif la. memang selesa dengan dia. walaupun dia memang sibuk, tetap cuba mencari waktu untuk layan kitorang. hehe. yg kureng, tak ada pun, cuma mungkin ada cikgu2 lain yg berifkir kami ni sombong ke apa. sebab tak bersembang. bagi aku sendirilah kan, aku budak baru belajar, budak muda, budak baru, jadi rasa segan, kekok tu semua ada. nak2 aku bukan jenis peramah sangat. sapa sikit2 tu bolehlah. aku mampu senyum je. jadi aku sendiri mengharapkan cikgu2 dulu yg selangkah ke depan, sebab insyaAllah aku akan sepuluh langkah ke cikgu2 lain. sebab aku tak ada modal sangat nak mulakan sembang2, kalau terlebih peramah pulak nanti, takut jadi lain pulak. mulut aku ni bukan boleh percaya sangat. haha.
baru balik dari sekolah tadi. nampak gigih ya di situ. ini saja kuda yang ada. kalau kena angkut naga sebagai BBM pun akan ku turutkan jua demi kau anak didik dan demi markahku jua kahkah.
ok byebye. nak sambung buat kerja wajib. yang ni harus je. makruh pun boleh~ mmmuahh
No comments:
Post a Comment