ohhoiii. alhamdulillah baru sahaja menghabiskan sisa-sisa praktikum untuk minggu kedua. ada baki lagi 2 minggu. kalau minggu lepas terasa lambatnya dunia ni berjalan, kalau minggu ni pulak, dah rasa eh eh dah jumaat? hahaha
dah dapat sikit rentak berlagu kuch kuch hottahei tu, bolehlah layan~ and bersyukur jugak dapat lecturer yang memang sempoi. kalau member lain tu, dah start dijenguk2 dan dah ada yang diobserve pun, tapi aku... haha masih lagi senang lenang. dan lecturer tu. adehh kalau call pun macam sembang dengan orang masuk air je hahahaha. takpe takpe, steady...
minggu ni semua berjalan macam biasa. just asal aku nak buat something yang guru pembimbing nak observe, mesti ada je dugaan. alahai lalalatok. tak pelah. ada hikmah mungkin. dan dalam banyak-banyak hari yang aku tido lambat, malam semalam aku tak tido, just take a nap around 5am untuk buat perancnagan yang kebabom. sampai sekolah, boleh pulak aku landing kepala ni atas meja (bilik guru). nasib baik majoriti guru semua pergi mengajar, kalau tak habis larrr...jadi buah mulut ekeke.
just apa yang aku perasan dengan diri aku ni. dulu-dulu masa aku sekolah rendah lagi, aku seorang yang garang. bukan mulut sahaja macam cibai, tangan kaki pun boleh tahan - dengan adik-adik aku je la. tapi sekarang, aku dah tak ada semua tu. hahaha. aku dah jadi malas pulak nak jadi hulk dengan budak-budak ni. sebab apa yang aku nampak, semakin kita jadi hulk, semakin menjadi-jadi perangai mereka. walaupun mereka nampak akur tetapi emosi mereka semakin memberontak.
dan bila aku cuba untuk jadi biasa-biasa, nampak mereka boleh bertoleransi. nampak friendly di situ ye. tapi kalau dah melampau sangat, siapa tak geram! denda setakat ketuk ketampi je lah. itupun masih main-main lagi. tiada rasa hormat pada aku, dan aku as a teacher sepatutnya tidak hanya membiarkan begitu sahaja. sebab rakan-rakan dia yang lain juga akan mengikut - sama ada jadi respect sebab apa aku cakap (denda) aku buat atau mereka juga akan rasa cikgu syahirah is nothing.
so daripada aku jadi seorang guru yang nothing pada mereka, aku mesti buat sesuatu. sebab terlalu nakal, ketuk ketampi pun aku suruh lima kali je, haa amek kau cubitan kasih sayang daripada aku sorang satu. orang kata, cubit-cubit geram je la. tak makan saman langsung. budak sekarang tak boleh disentuh langsung kan? alahai, parents... nak anak jadi pandai, nak anak berakhlak bagus, tapi baru kena sentuhan kecundang daripada seorang guru biasa, dah mengamuk serang sekolah, saman cikgu dan sebagainya..
nak cakap apa? hari-hari aku dah dapat rasa perasaan seorang guru yang ikhlas. cikgu-cikgu ni, kalau korang nak tahu, hari-hari asal berjumpa saja, tak ada topik lain. hanya topik sekolah, anak murid sekolah anak murid. hari-hari beb! kalau korang? boleh tahan hari-hari topik itu saja? pergh! aku salute beb dengan guru pembimbing aku. sakit-sakit, tak larat, datang jugak sekolah. ajar budak darjah 6, kalau tak datang, dah membazir satu hari mereka tu.
cikgu-cikgu ni sembang bukan setakat sembang habis situ sahaja, di akhir sembang tu, mesti akan ada 'macam mana la ek nak buat dengan budak tu'? haa nak pikir penyelesaian tu. aku yang praktikum ni, sengsara prakatikum lah, mereka yang guru tu? huu, itu baru masalah dalam kelas, belum campur lagi masalah perkeranian lah sistem lah blablabla. bila aku dengar mereka bercerita kenapa mereka merungut, sebab musabanya, membuatkan aku pun terfikir dan tidak menafikan 'aah erk. betul jugak tu'. hanya mampu geleng-geleng angguk-angguk.
macam-macam rencah asam garam seorang pendidik ni. boleh pulak masa minggu lepas tu, one day aku tercakap dari lubuk hati aku ni 'tak nak jadi cikgu arghhhhhh'. tak kuat mental boleh gila wooo. so sayangilah guru anda. aku mula mengimbas zaman-zaman persekolah aku dulu~ rindunyaaaaaa hewhewhew.
No comments:
Post a Comment