HUHU.
Baru sahaja lepas mengajar dan diobserve oleh guru pembimbing, ini kalilah. Sangat
syurganya rasa. Hewhew. Tapi macam sayang macam sedihlah pulak mengenangkan
akan berpisah dengan anak-anak ini. Walaupun sebulan cuma, touching tau.
Aku
dah kenal setiap nama budak-budak ni, setiap perangai mereka, setiap prestasi
mereka. Walaupun akademik berada tahap sederhana, tetapi sukan semua power aku
tengok. Tadi aktiviti yang dijalankan ialah membuat baju menggunakan surat
khabar.
Hewhew.
Sangat berisiko ya membuat aktiviti ini. Sebab budak-budak ni jenis kalau kerja
berkumpulan yang mudah pun mesti drag masa punya, lagilah nak buat hardcore
macam ni. Dah lah pesanan aku suruh bawak gunting, selotip tak dipesannya pada
rakan-rakan.
Kan
dah huru hara! Nasib baik aku cerdik sikit, boleh fikir nak bawak surat khabar
lebih, gunting lebih, and semua mak nenek yang berkaitanlah. Itupun dah
berebut-rebut. Hurm tadi ingat nak ambil gambar budak-budak ni jadi model pakai
baju kertas, tapi sebab kelas macam dah kena serang, terpaksa jadi guard ke
hulu hilir sambil pegang enset.
Urmm
lepas ni boleh relax sikit. Kompem rph untuk dua hari lagi, hanya sekadar rph
yang ditampal sahaja. Hahahaha. Ermm sekarang ni tengah feel sangat sebab
menaip sambil mendengar Sungai Lui. Perut pun sibuk nak bergendang sama. Tunggu
member yang sedang diobserve, nak makan!!!
Babai.
No comments:
Post a Comment