Wednesday, April 17, 2013

GEBANG MENGAROT

 
 
malam ni rasa lain macam lah pulak kalau nak kata free tu. rasa macam tak kena je. tapi memang free pun besok, tak ada class, but still kena siapkan semua kerja yang tertangguh tu. huhu. 


semalam dan hari ini dah diobserve oleh pensyarah dan guru pembimbing. pensyarah datang nak pantau je dulu, tiba2 decide nak observe terus atas sebab-sebab yang tak dijangka oleh beliau sendiri. tak lah rasa cuak sangat.


sebab rph sudah dirancang baik punya sebab kalau ikutkan hari itu nak diobserve oleh guru pembimbing so pakai rph yang sama lah. perghh. memang banyak komen yang membina. observe aku tak pakai borang pun beb. haha.


yang penting semua selamat. budak-budak pun tak buat perangai sangat. bagus anak cikgu! hari ni kena observe dengan guru pembimbing, much better than before. tapi masih lagi kureng bab masa. semuanya terlebih.


nak buat guane. dah syok sangat mengajor. haha. semalam petang tak datang pun sekolah untuk latihan sukan. mood spoil punya pasal. lepas tu gebang tipu kering terrrr.....krooh kroooh
baik punye. tapi macam la aku tak tau yang deme2 tu tau je aku tengah kencing.

tadi contact time- setiap selasa selepas sekolah. kira meeting cikgu2 mengenai isu semasa. dalam meeting hari ni isunya mengenai kssr-pbs. macam2 cara dok fikir nak cari penyelesaian. macam mana nak tentukan gred mereka di tempat ke berapa kalau dah semua guna band? kelas terakhir ramai dapat band 6 macam mana pulak kelas depan2 boleh kurang band 6 nya? pening2.


macam mana lah sistem pendidikan ni diplih erk? aku yg masih baru lagi ni pun berkerut je dengar. cikgu2 makin bertambah kerjanya. kesiannn. bagi aku sistem kssr-pbs ni tak berapa nak praktikal. tak nampak kesan yang boleh membantu meringankan beban guru dan membantu murid kenal pasti gred mereka sendiri. nampak macam memudahkan kerja guru, tapi... entahlah. aku pun kena belajar banyak perkara lagi mengenai dunia pendidikan ni. tak berani nak cakap banyak.


hehe. ok lah babai. serius rasa tak nak tidur malam ni sebab....pun tak tahu kenapa.


mmmmuahhh *free sangat kannnn*    konon-konon je la....

2 comments:

akupunyerhati~ said...

wahhhh..cikgu farhah! :) ko tengah praktikal ea skrg?kat mana?selamat mendidik anak bangsa :)

farsyah said...

haha yep lagi seminggu je lagi untuk prktikal pertama ini. ada dua kali lagi,,nanti~~ huhu. masih dalam perak lagi kalau praktikal. ye ye terima kasih, doa2kan untuk aku ye ^^

*murid panggil cikgu syahirah. haha. glamour sangat nama, so kena lah pilih yang senang sebut~

good luck to you too ^^