Wednesday, January 1, 2014

5 Tahun 5 Bulan

Sebenarnya aku dah lama jugak khatam dua buah buku Hlovate lagi. Tapi disebabkan kesibukan yang datang menyemak tiba-tiba ditambah limit broadband yang dah penat berkhidmat telah pencen – so lama lah tiadanya mengupdate.

Jadi kita mulakan dahulu dengan 5 Tahun 5 Bulan. Bila aku baca bab2 awal ni, aku dah dapat agak dah yang aku dah pernah baca cerita ni. Cumanya tak ingat bila dan buku siapa pulak yang aku baca kan…

So… sebab dah beli plus sebab dah lupa pun apa endingnya, maka bacaan pun diteruskan dan khatam untuk satu malam je. Tak cakap pun nak riak okey hewhew. Dan ini bukan sebab faktor dah pernah baca – sebabnya aku baca tak main skip2 pun. Sumpah!

Ceritanya…

Johana (Jo atau Ana) jadi orang gaji sementara nak tunggu result sambung belajar oversea. So jadilah dia orang gaji kesayangan budak2 tu merangkap adik2 Along. Depa ni maknya dah tak ada. Ayahnya ambil orang gaji sebab dia memang sibuk outstation.

So dipendekkan cerita… Along iaitu abang budak2 ni, tiba2 je pulak kan ajak tunang and nikah. Haaa so mesti ada cerita sebaliknya kan. Dan cerita yang sebaliknya tu lah yang best yang korang patut baca sendiri. Yang pasti - tak lah klise… - bagi aku ler -_-.

Yang sweetnya… aku ingat bila dah kahwin tukar nama panggilan. Ghupa-ghupanya still panggil Along dan Ana. Hehe. Memang sweet betul panggilan Along ni.

So korang? Apa tunggu lagi? Meh arrr baca sesame….

sumber: Google 


No comments: