Hye.
Kali ni aku sudah selesai
dengan buku kedua Hlovate iaitu Anthem. Boleh aku simpulkan yang buku kali ini
dengan buku Versus lebih kurang sama sahaja temanya iaitu individu yang ingin
berubah.
Berubah menjadi yang lebih
baik.
Cuma yang membezakannya
dalam cerita ini ialah situasi dan keadaan orang tersebut. yang terpaksa
mengikut acuan dan budaya di sesuatu tempat.
Dan secara keseluruhannya. Aku bersetuju jugak. Kadang-kadang kalau kita nak buat satu perubahan yang
ketara zahir tu, memang memerlukan satu suasana yang baharu.
Yang tak ada langsung
sesiapa pun kenalan. So bila dah ada di tempat baru, jumpa orang baru, sangat
selesa rasanya untuk menajdi orang baru.
Boleh juga nak jadi orang
baru pada tempat yang sama. Tapi jiwa kena kentallah. Almaklumlah. Orang lain
dah biasa tengok kau macam ni, sekali kau dah berubah jadi macam ni.
Dan sangat perlu untuk
pasangan terima siapa diri kita yang dulu dan yang sekarang. Dan sangat penting
untuk pasangan tahu peranan, kiasan dan tindakan yang sepatutnya bila tengok
pasangan anda move on to much better one.
Dan sekali lagi. Hlovate
memang cukup kreatif menghasilkan novel yang sempoi tapi ada ilmunya. Sangat sesuailah
untuk sesiapa yang ‘simple’ yang terasa nak berubah lebih baik, tetapi blurr,
cubalah santai-santai baca novel ni.
Kalau Versus pasal skate, Anthem ni pulak pasal music.
Kalau Versus pasal skate, Anthem ni pulak pasal music.
4 comments:
Nampak menarik dan ada kelainan.. :)
memang menarik niena...
cubalah baca karya Hlovate..
pasti tidak menghampakan :D
Assalamualaikum, singgah baca entri dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
Waalaikumussalam...
Insya Allah
Terima kasih baca dan follow.
Post a Comment