Thursday, September 5, 2013

MENANTI BULAN JATUH KE RIBA



menunggu pensyarah datang untuk penyeliaan memang seperti menanti bulan jatuh. dapat pensyarah yang memang dah cakap awal2 jenis tak nak bagi tahu kalau nak datang sekolah, memang dupdap dupdap je buat rph setiap hari.

member2 lain ada yang dah merdeka. ada yang tinggal nak tunggu rentas. yang aku pulak tertunggu-tunggu selia untuk kali kedua. lagi dua minggu je nak habis praktikum. atau beliau memang tak nak bagi aku enjoy sampai habis praktikum? ish musykil2

masa first selia datang minggu lepas hari isnin, so aku expect dia nak datng isnin ni pulak. punya meleleh cecair kat otak aku ni dok perah idea gila2 punya nak mengajar, tak datang pun. sampai ke hari ni, telefon memang melekat je kat tangan.

mengalahkan orang bercinta pulak. asyik dengan phone. asal mesej masuk,asal telefon berdering, mulalah tak keruan. fuhhh. tapi orang lain pulak yang sebok2 mesej and call. haha. bukan apa, beliau tuuuu lagi lima minit nak sampai baru nak dikabornya.

lagi beberapa minit je class nak start baru nak sampai. so asal nak masuk class je tertengok2 je screen enset ni. masa first time beliau datang, aku tengah sedap makan kat kantin. nasib baik dah habis makan masa ada budak cakap 'pensyarah cikgu tunggu kat bilik guru'.

masa tu malas lagi nak berkepit dengan enset. bila habis class, baru buka enset tengok ada call, ada mesej. tiga kali dah beliau datang orang lain yang panggilkan. kes tak melekat dengan enset punya pasal. tapi sekarang dah bergam uhu dengan enset.

bukanlah nak kata dah ready sangat, just idea je sampai dah kering tak tahu dah nak buat gaya mengajar macam mana lagi. sampai budak pun dah paham corak pengajaran kita. huhu. takot kang time kita malas2 nak seronok main dengan rph, besok tu pulak lah beliau nak datang.

huhu. kalau sem lepas, pensyarah siap bagi langsam. datang dua kali, dalam seminggu, setel dah. habis tu memang aku main je lah dengan budak. hehe. ok lah, saja nak release tension sebentar. dah lama tak menulis bukan2, kebetulan besok jumaat.

ada apa dengan jumaat? entahlah. macamlah encik tak datang besok ye? bukan apa, bila besok dah jumaat, aku dah rasa macam besok sabtu. lepastu kalau besok tu ahad aku dah rasa besok tu isnin. betapa stress tahap gaban sampai feel pun dah lain macam.

sabtu ahad ni pulak ada exam silat. tak dapat lah nak bermanja dengan diri. kena berlatih silat kena baca sejarah2nya... waaa mata dah serupa panda tapi versi comel sikit dari panda. hikhok. 

k bye. have to struggle, 2 weeks more.... esaimen lagi haram tak belek apa pun... tarikh hantar semua dah lepas seminggu dahhh... wawasan sangattt.. cantas ke rentas dah tak dulik, tapi nak gak lah A tuuuu. aminn

No comments: