Online Diary MY FAKE IS ORI: BUKU: NASI LEMAK IKAN PEKASAM

Sunday, September 15, 2013

BUKU: NASI LEMAK IKAN PEKASAM

 
 

Agak dah lama juga aku tak layan novel cinta2 ni. Bagi aku semua jalannya sama sahaja. Yang beza cuma dugaan ataupun liku2 perjalanan cerita itu. Kadang2 tu kalau baca, aku sendiri dah dapat duga penamatnya. Kadang2 tu kalau aku nak bazirkan masa pun, aku terbaca pun, cuma bab satu dan bab tengah dan bab akhir.
 
Masa nak tunggu bus, nak balik ipoh, singgah kedai buku 1 Malaysia. kalau masuk kedai buku, memang aku tak pergi dah kat rak2 novel ala2 cinta ni. tapi sekali aku terpandang pulak novel ni. baca sinopsis kat belakang, pasal pengalaman penulis seorang guru.
 
macam best je, almaklumlah aku pun dah sebahagian daripada bidang ni jugak kan. dok pikir2 nak beli mana satu sebab bajet duit untuk satu buku je, tapi kat tangan ada dua buku nak dibeli. last2 amek je lah yang ni.
 
bila free, terus baca and setel dalam masa sehari. menangis wok aku baca ni. kali kedua aku baca novel menangis. kali pertama sebab cinta, sebab gila banyak babeng dugaan dia. kali kedua ni sebab novel ni, anak murid dia last2.....sob sob sob. sedih arrrr. kalau aku kat tempat cikgu tu memang aku tak dapt nakmaafkn diri aku.
 
so pengajaran untuk aku dan cikgu2 yang lain. apa2 hal murid tu buat masalah ke apa ke, kompem bersebab. melainkan kalau dia memang dah sah2 terbukti tak boleh pakai. so apa2 hal nak menghukum secara mental or fizikal, cek it out dulu yeah... supaya tak nyesal suatu hari nanti.
 
walaupun cikgu2 sekarang ni dah banyak kena hentam, tak pe lah redha and pasrah sajalah. asalkan kita laksanakan kerja kita, tanggungjawab kita, amanah kita, lepas kat akhirat, alhamdulillah. korang pun boleh baca.. lagi2 siapa yang bergelar murid sekolah lagi tu. lagi2 yang dah jadi mak bapak tu yang dah ada anak.
 
bagi aku, buku ni snagat best, banyak pengajaran yang boleh sedarkan pelbagai pihak. terutama pihak ibu bapa yang sepatutnya banyak memberi sokongan padu kepada guru untuk bersama-sama didik anak2 kita.
 
sumber image: Google image
 
 
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 any idea?:

Anonymous said...

terima kasih saudari kerana membaca buku saya. tema yang bebas dari cinta. ikuti saya di fb pulak. terima kasih juga kerana mengulas dengan panjang lebar

Anonymous said...

terima kasih kerana membaca novel ini. sangat terharu

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen