Online Diary MY FAKE IS ORI: RAYA YANG COOL GILA

Friday, August 9, 2013

RAYA YANG COOL GILA


hai semua. seronok nampak beraya? sampai tak larat aku nak tengok gambar2 raya korang kat fb dan instagram. huhu. aku? aku.... aku..... waaaaa aku biasa je...

orang sibuk berdandan lawa2, bermaaf-maafan, bermakan rendang-rendangan.... aku dan yang lain sibuk bertungkus lumus comot2 untuk kenduri. uhhuk uhhuk. sedih sikit jeeee. 
pagi2 subuh bapak aku paling awal bangun, mandi solat, takbir... kemudian macam biasa, anak2 dia mesti kena mandi dulu dari orang lain, karang beratur pulak semua sebok nak mandi. lepas mandi siap2 dah pakai jubah.

tema tahun ni jubah in black huhu. habis mekap2 lawa2, tunggu masa je nak bersalaman, nak amek2 gambar,,,hampeh je. sedang tak sabar menunggu yang lain, aku jadi pelik, apsal lah yg lain2 macam tak nak raya je? ke family aku je yg semangat? hoho.

yang emak2 kat dapur lagi, yg ayah2 dah nak dekat solat raya baru nak gerak2. lepastuh, lama pulak nak tunggu diorang ni balik dari solat raya. akhirnya, pukul 11, baru balik, sudahnya aku taulah tuuuu.. dengan tak cukup kaki tangan kat dapur,,,

aku bukak langkah bersilat, singkap jubah lilit macam aci, cedok2 lauk pauk, dengan talam 3 je, kelam kelibut je nak hidang kat orang. dah tu pulak, pinggan tak cukup. bersilat lagi dengan air kat sinki dengan adik aku. fuh fuh fuh. memang mandi peluh percuma je di pagi raya. almaklumlah, di kampung kan, panasnya cepat terasa. hikhok.

dah tu pulak, alang2 dah comot, biar comot habis. rasa macam kelakar je, aku, adik aku, dengan abang aku, sekali tiga bertenggek kat sinki nak setelkan pinggan mangkuk. sampai kena diarahkan berhenti baru nak berhenti. huhu. berhenti sebab suruh makan. letih weh sampai tengok nasi lauk udang galah tu pun tak lalu je nak makan.

pastuh petang tu dah kelam kelibut je pack2 nak balik kl dah. nasib cuaca sejuk, kalau cuaca panassss.... lagi haru biru aku adik beradik dalam van tu. haha. nak cerita... semua family balik kampung dah berkereta 2. family aku je main sumbat2 lagi. itupun nasib abang aku ngan adik aku sorang naik moto.

kalau tak, maunya jadi isu, pengsan dalam van kurang oksigen dan ruang. hikhik. dan sedang aku menaip ni, bru sampai kl, besok dah nak gerak semula ke sg besar. letih arr... walaupun tak drive, duduk saje pun letih tau. kalau duduk dalam alphat tak lah letih sangat kot. hikhok.

aku tak kira! aku nak semua (kitorang lah) pakai balik jubah2 tu semua kat sg besar. ambik gambar family. nak salam minta maaf pun tak dan. aiyooo. teringat mokde aku merungut kat dapur "heyy tak nikmat raya tahun ni"... huhu yelahhh, betul lah tu, orang nak beraya pagi2.

dia pagi2 dah bizi layan periuk belanga. huhu. ok lah uolls, selamat berbahagia beraya di samping yang tersayang. aku happy sebab berada di samping family je.

*sejak bila family aku dah pandai bertema2 ni? selalu caca marba je. oh lupa, sejak tahun lepas rupanya :D

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 any idea?:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen