Online Diary MY FAKE IS ORI: RAYA DAH HABIS LA WEH

Wednesday, August 14, 2013

RAYA DAH HABIS LA WEH



hai semua. masih bergembira beraya kan? sekarang dah raya entah ke berapa memang turn beraya bersama kengkawan kan. buat masa ni, aku susah sikit nak beraya konvoi sekali dengan kengkawan sekolah dulu.

pertama ofcos la sebab berlainan jadual. contohnya, baru tadi zati, member sekolah mngah call, nak ajak aku sekali gi beraya dengan mas. masalahnya dia ajak hari ahad. aku dah selamat pun kat ipoh. memang tak boleh dah nak adjust timing tu. so memang dah tersurat lah tak de rezeki aku nak berjimba raya dengan geng budak sekolah.

secondly, sebab pengangkutan dan jalan. hehe. benda memang boleh adjust bab2 pengangkutan ni, orang tak de pengangkutan macam aku ni, alamatnye memang kena tunggu member yang ada kaki roger2 lah jawabnya. memang kena nyusahkan orang lah jawabnya, dok numpang2. haha. lagi satu hal, kalau ada pun, kalau ada pengangkutan lah kan, jalan pulak tak tauuuu.

kalau memang dah dilahirkan jenis orang yang drive2 sesat boleh jumpa dalam masa yang singkat, tak pelah, kalau dah sesat sampai berejam baru jumpa, memang satu hari satu rumah je la weiii boleh pergi. cukup2 lah aku pernah buat kat member. 

ceritanya time raya jugak lah. excited sangat nak jemput diorang datang ke rumah aku. masalahnya aku jalan rumah sendiri pun konpius. aku memang tak boleh in lah jalan2 kat KL ni. berbelit2. nak jadi cerita, memang macam harammm banyak kali pusing tempat yang sama, sampai nak habis kredit aku call bapak aku tanya jalan. dari siang lepas asar smpai ke maghrib baru jumpa rumah aku.

kompem lah mood masing2 pun dah tak best. lagi tak best mood si zati lah sebab dia yang drive. hehe. lepas tuh sumpah aku tak nak jemput sesiapa dah datang rumah aku. melainkan kalau ada orang nak datang jugak, aku suruh cari jalan sendiri. jangan nak tanya2 aku jalan ke rumah bagai. tu ceritanya....

so aku sangat2 jeles tengok budak2 sekolah dok berkonvoi raya....aduiii nak join gak.. tapi tak pe, aku peram je dulu perasaan ni, tahun depan aku dah habis study, insyaAllah pengangkutan pun dah ada, rumah aku pun nanti dah pindah, so aku nak study bab jalan2 di jalan raya dan disamping itu aku nak kumpul semua alamat kengkawan. cewahhh, azam raya sangat!!!

aku pindah hujung tahun ni, rumah dekat area the mines. cewah, dah bagitau awal2. bukan apa... kalau dah duduk sini, ada orang nak datang, senang aku nak bagi direction. ko carilah the mines tu, lepas tuh stret....... haa senang. ni nak gi rumah kat kl ni aku pun tak gheti. phuiii.

*panjang lah pulak. cerita sebenarnya nak tulis benda lain.... sambung2

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 any idea?:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen