Tuesday, August 6, 2013

KALUT RAYA KAUUU


hye semua...
 
mesti korang dah sakan bershoping kan. samalah kita, tapi aku taklah sakan manapun. sekadar nak baju kurung baru sebab nak buat tukar ganti pergi sekolah je, kasut pulak baru sebab memang tak de kasut jenjalan je, takkan aku nak pakai sneakers pulak kan dengan baju kurung pergi beraya. (sliper pun aku tak de tau, balik rumah ni pun pinjam sliper member)

yang lain takde, nak kate tudung, alhamdulillah aku tak meroyan lagi nak bazir 3 4 puluh hengget untuk satu tudung. setakat ni cuma gila dekat kangaroo je yang 5 hengget selai. aku gila sebab aku geram dengan warna dia je. so memang aku rembat bnyak2, tapi tak sampai 10 lah sekali rembat. tu pun rembat kalau harga 5 hengget. kalau up 5 hengget, memang tak ada hati nak beli.

lagi? lagi tak de dah, aku jalani hidup2 seharian macam biasa. dah tak segah dulu2. huhu. raya tahun ni raya kat pahang, kampung belah ayah. setelah lebih kurang 10 tahun tak beraya di sana, balik juga ke tempat asal usulnya (ayah aku lah tu). itu pun sebab ada pakcik aku yang usaha nak kumpul sanak sedara, maka dianjurkan satu kenduri (kenduri apa tak ingat) di pagi raya tu, jadinya semua wajiblah balik.

huhu. teringin jugak nak rasa kemeriahan beraya di pahang macam dulu2, macam masa aku umur 9 tahun kalau tak silap. best gilerrrr. lemang dodol rendang ketpat segala mak nenek diraikan dan dikacau sehari sebelum raya. so hope tahun ni macam tu jugak. kalau tak jadi macam tu jugak, tak kisah pun... dulu2 umur tengah kecik, tengah tak malu main dengan siapa2, skrang semua dah besar, semua dah malu2 kucing. erghh.

raya kedua baru shoot balik sg besar, selangor. tahun ni ayah aku penat sikit lah. sebabnya, ni pun aku tengah menaip ni, baru je sampai kl dari sg besar. kiranya perjalanan kami ni...

kl > sg besar > kl > pahang > kl > sg besar

haa gituu.. nak shoot terus dari pahang ke sg besar tu memang tak larat lah.. kalau aku boleh drive van bapak aku tu memang tak de hal rasanya.. tadi pun nak balik kl, bapak aku suruh drive van. aku boleh je, tapi takut tak sampai rumah je kang.

ok la u olls. so selamat meneruskan puasa, ade lagi sehari. jangan suka sangat beraya. bersedihlah sikit sebab ramadan dah nak pergi. aku pun tak de feel sangat nak raya, sebab puasa ramadan ni aku rasa tak puas, rasa tak cukup je ibadatnya. so selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. maaf ye... sepanjang korang baca tulisan aku kot2 ade terasa or what so eva.

bye...

*teringin nak tengok kalut raya haha

No comments: