Monday, June 10, 2013

PRESARIO CQ40 - MISSION POSSIBLE

 
 
Hai hai hai. Lately ni laptop aku menggedik. Boleh on tapi screen gelap, membuatkan aku terpaksa berpuasa beberapa hari daripada mengadap si gedik ini. Selepas member telah membetulkan dengan cara menukar kedudukan ram, maka si gedik telah bertukar menjadi si baik, si pandai dan segalanya kuikui. 

Malangnya selepas itu capital K pulak buat hal. Yang membuatkan setiap kali aku chat – senang carita setiap kali aku menaip mesti kadang2 tertinggal huruf K ni, sebab…. Sebab tiba2 dia problemlah, macam tak smooth je nak tekan K ni. Geram betul aku dengan si kkkkkkkkkk ni. Pencetus kelembapan aku menaip.

Tapi tak pe, aku belajar something daripada situ – iaitu aku menjadi semakin alert semasa menaip, habis satu perkataan, semak ejaan, habis taip satu perkataan, semak balik ejaan. Nampa bagus tapi…. Seriously bengang jugak kadang2, taklah bengang mana, just termengeluh je…

Atleast still bangga lagi sebab antara pengguna Compaq yang masih lagi bertahan di dalam kelas. Masih lagi berkhidmat dengan bagusnya sejak masuk belajar pada tahun 2009. Harap2 dapat bertahan sampai habis 2014 walaupun kadang2 merengek tak tentu hala, bukan tak tentu masa :)