Salam
cantik semua. Amboi kemain erk tiba2 cantik. Ehem, nak cerita hari ni aku pergi
kelas kecantikan. Fuyooo. Rasa aku inilah kali pertama aku join mengenai
kecantikan ni. Almaklumlah bila terlibat dengan bisnes kecantikan dan kesihatan
ni, kita kenalah ambil tahu, timba ilmu, cuba mengaplikasikannya pada diri
sendiri, kemudian barulah senang hati nak berkongsi rasa dengan orang lain.
Selalunya
kalau kelas kecantikan ni biasanya berbayar dan biasanya bukan calang2 nombor
rm yang dikenakan hehe. Tetapi kali ini kelas ini secara percuma, memang tak
lah nak lepaskan peluang ni hehe.
Untuk
yang pertama, pengajaran secara tutorial dan amali dijalankan serentak. Muka
aku telah diamalikan secara pertama oleh sorang akak ni. So dari situ aku tau
macam mana nak apply cleanser, mask, toner, scrub, moisturizer, dan paling penting
sekali nak apply krim mata. Dan aku pun baru tau fungsi setiap benda alah ni. Before
ni yang aku tau, cuci muka, and sapu krim siang dan tumpahn bedak di muka kalau
nak keluar. Ngee.
Okey,
korang kalau nak cuci muka, mulakan dari dagu naik ke pipi terus ke dahi
kemudian ke hidung. Urutan dilakukan secara bulatan, maknanya korang urut muka
guna jari tu dipusing2kan, dibulat2kan. Arghh pahamkan? Hehe. Paling penting,
apa2 yang korang nak sapu kat muka guna jari, pastikan gunakan jari manis dan
jari tengah sahaja. Kalau korang menggunakan keseluruhan jari di tangan tu,
akan berlaku kekasaran di kulit muka sebab terlalu banyak kekuatan daripada
jari. Sebab tu perlukan jari manis dan jari tengah sahaja kerana kurang
kekuatan pada kedua jari tersebut.
Dah
habis aku berperang dengan semua benda tu, tibalah masa pulak untuk bermake up.
Stepnya banyak sampai aku dah ingat2 lupa kronologinya. Cikgu ni ajar how to
apply natural make up di muka. Bab ni yang aku lain macam sikit sebab tak biasa
bermakeup. Nasib baik tak ambil aku jadi model nak di makeupkan. Tapi atlast
kena juga. Orang lain dia makeupkan separuh muka je sebab dia nak suruh kita
buat pula untuk sebelah lagi.
Tapi
awal2 aku cakap, jangan buat separuh je kat aku, buat kasi habis. Kang tak
memasal macam badut je kang aku apply segala mak nenek tu kat muka aku. And actually
aku tak biasa kasi orang belek2 muka ayuku ini haha. Segan lorr. Cikgu tu cakap
kulit muka aku type kulit cina punya. Kulit orang cina macam mana erk? Aku pun
tak tanya dia, padahal dia cina, aduii.
So
kesimpulannya, kelas ni sangat best. First time aku apply produk ni, memang
best giler. Produk untuk makeup dia pulak, bukan sekadar make up untuk kaler2,
tapi kualiti dia sangat halus dan best. Pakai foundation produk ni ibarat pakai
losyen yang menjaga kulit daripada anasir yang tak best. Seriously aku pun
terkesima bila tengok perubahan pada seorang lelaki india. Owh ye, geng lelaki
pun ada ya join sekali. Habis je dia buat sesi skin care, aku tengok muka dia
jadi cerah.
Bukanlah
cerah putih tuuu, itu memang Nampak sangat aku bohong. Tapi seriously nampak cerah
yang bersih. Kulit india kan gelap sedikit, so aku memang Nampaklah produk ni
memang bagus. Diiktiraf peringkat global tu. Antara produk yang terbaik di
dunia. Cikgu tu tunjuk sendiri before dia guna produk ni dan after, tak payah
tengok gambar, memang depan2 aku tengok dia cantik, even dan 40an, still macam
30an lagi. Owh ye dan produk makeup ni sangat ringan bila diapply pada muka. Macam
tak pakai pape je.
itulah cikgunya sebelah aku tu. abaikan je kalau aku nampak debab kat situ. baju tu tak best betul, buat aku nampak lebar erghhh. semua gadis ni telah diapplykan dan mengapply produk make up tersebut. nampak macam tak make up eyh? sebab memang apply natural punya, sesuai untuk ke mana-mana sehari-hari. kalau uolls tengok depan2, memang nampak smooth je kulit kitorang ni. hikhik.
oklah penat betul aku menaip dengan kesengsaraan capital kkkkkkkkkkk ni. penat nak cek ejaan banyak kali.
bai korang.