Wednesday, June 12, 2013

MEWAH TAPI BERHUTANG

 
 
Hari ni ikut ayah pergi tampal notis tunggakan cukai pintu. Walaupun penat tapi aku dapat belajar banyak benda.

First, hidup ni kalau kau kaya tapi tak reti nak bayar cukai maknanya kau belum cukup kaya. So jangan nak berlagak sangat pakai kereta mewah, duduk di kondo mewah, sewa sebulan lebih 2 3 ribu boleh bayar, cukai setakat ratus sepenggal pun liat nak bayar. Apa daaaa.

Dah tu tertunggak pulak sampai beribu, mean dah bertahun tak bayar. Ini bukan kali pertama aku follow bapak aku tampal notis ni. Ada setengah tempat tu, memang gila. Kita wakil kerajaan datang atas urusan penting, dia tak kasi naik seyyy. Dah tu pulak lama betul nak tunggu prosesnya.

Actually aku dan siapa2 pun tak kisah kalau hang nak kaya ke, nak duduk mana ke, tapi kalau dah melibatkan attitude yang tak best, siapalah yang sudi nak hormat huhu. Aku tak de lah kena pun, sebab aku tukang snap gambar je sebagai bukti. Ayah aku yang menguruskan. Mana yang okey tu, okeylah. Mana yang tak okey tu yang semua kena dengan aku haha.

Ade pernah sekali, ayah aku cerita, dia park motor dia seberang jalan. Sekali cina tu suruh ayah aku park jauh-jauh. Masalahnya bukan park depan rumah dia kot, tak kacau tanah dia langsung. Macam2... But still, so many complaint.

Sajalah sembang dengan pengawal kondo2 yang aku pergi ni, mostly Nepal and Myanmar yang jadi guard ni. Ada yang kata banyak sombong ini orang. Kadang2 sapa beramah mesra tak dilayan. Tadi aku pergi satu kondo ni memang mewah gila, perghhh. Tapi orang yang keja kat office tu cakap, banyak susah wooo, banyak complaint.

Aku pun tak faham. Duduk dah mewah, siap ada guard, swimming pool, segala mak nenek kemudahan, lif satu tingkat satu, tempat rehat, pancut air blablablabla…. But still nak complaint? Kalau aku dapat duduk situ, memang tak keluar rumah weyy. 

Aku tak marah pun, aku just buat kesimpulan berdasarkan pembelajaran yang aku dapat hari ni. Sekarang ni hidup, kalau you hidup betul2 nak rasakan kehidupan maka hiduplah sungguh2 supaya dapat jadi seperti mereka2 ini.

Kalau you hidup sekadar cukup syarat nak hidup je, up to you. Tapi kalau dah jadi macam mereka2 ni plus you hidup untuk akhirat juga gua solute lu plus kalau you ni bangsa melayu. Susah woo nak jumpa owner melayu or penyewa melayu dekat kondo2 mewah tu. Kondo mewah tau, bukan kondo biasa2. Harga boleh cecah juta tuuu.

Apapun, aku memang ternganga bila tengok design2 rumah di area ‘org2 kaya’ ni. Aku suka gila! Design idaman aku pun ada. Sedikit sebanyak (memang banyak) aku dah berangan atas motor sepanjang perjalanan tadi. Berangan nak beli tanah, nak design rumah sendiri. Waaaaaaa…..

Penat tapi berbaloi. Semacam dapat satu booster.

Ok bye.