Saturday, May 11, 2013

MAIN GILA : 18

 
 
sumber: Google image

Dalam kesibukan aku sepatutnya study dengan buku2 ilmiah, aku layan jugak buku ni sampai khatam. Ni semua gara2 kawan aku aka tuan buku ni lah menyuakannya pada aku. Cis! Hehe. Btw terima kasih kerana telah meminjamkannya, kerana nak beli memang tak mampu dah~


Ini kali pertama aku baca buku yang mengumpulkan cerita2 pembunuhan aka thriller. Kiranya ini adalah buku kumpulan cerpen. Semua cerpen dalam buku ini bertemakan thriller atau pembunuhan. Bahasa dalam buku ni tidaklah skema, bahasa yang kita pakai hari2 termasuklah bahasa makian yang terbiasa kita dengar dalam filem2. Huhu.



Cuma… pada pendapat aku lah, kebanyakan penulis menggunakan ‘aku’ atau kita panggil sudut penceritaan, dalam cerpen mereka. Tak semua ya, tapi kebanyakan. Jadi ini membuatkan jalan cerita mudah untuk difahami. Plus, unsur suspen tidak terlalu menonjol. Ini membuatkan lama-kelamaan aku menjadi boring membacanya, kerana banyak ‘bebelan’. Atau kita panggil monolog atau keadaannya ialah cara penulis nak memberitahu pembaca jalan ceritanya.


Yang lain semua okeylah. Ops! Aku sarankan budak bawah 18 tahun sila jangan bacalah buku ni. Sesungguhnya kalau tak kuat iman, boleh merudumkan nilai2 murni yang ada dalam diri korang tu. Bukan nak kata yang kuat iman bawah 18 boleh baca~ adui. Sesungguhnya unsur keganasan dan perlakuan luar tabii ada diselitkan. Huhu. Yang penting, buku ni boleh dibaca nak release2 stress sambil2 baring ngunyah2 kacang tu.


Selamat Membaca!

Selamat Membaca!



 

No comments: