Wednesday, May 15, 2013

BILA KUPETIK GITAR


 
 
sumber: Google image

 
 
Demi mencari jiwa dan inspirasi, seorang ahli muzik muda membuat keputusan drastic untuk berhenti kerja dan menjelajah ke Tanah Besar Asia Tenggara yang merangkumi negara Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos seorang diri.

Berbekalkan wang tunai RM500 sahaja dan beberapa kelengkapan pengembaraan yang asas, Fahmi Faiz nekad untuk menghabiskan misi kembaranya hingga ke garisan penamat meskipun ramai yang mengatakan bahawa misi tersebut mustahil kerana persediaan yang kurang rapi serta sumber kewangan yang begitu terhad.

Dalam memastikan pengembaraannya berjalan lancar, Fahmi terpaksa mencari jalan untuk mencari wang saku di negara asing serta sentiasa memilih alternatif yang paling murah meskipun dihimpit kesusahan dan ketidakselesaan.

Namun dalam segala kesulitan yang dihadapi, sentiasa ada kemanisan dalam setiap pengalaman yang dilalui.

(aku copy paste je synopsis di belakang buku ni)

:::::Bacaan yang sangat disarankan untuk mengupas dan mengenali potensi diri – Dato’ Dr Fadzilah Kamsah:::::

Apa-apa pun, membaca dan mengorek pengalaman hidup seseorang dapat mengajar kita, itupun kalau kita belajar daripadanya. 

So akustik cinta semua, selamat membaca!!!

No comments: