Yuhuuu.
Sebelum tamat 16 Mei ni teringin nak buat satu dedikasi.
SELAMAT HARI GURU & TERIMA
KASIH CIKGU
Untuk
semua cikgu2 aku dari tadika sampailah ke maktab perguruan ni.
1997
– Tadika unknown. Tadika sekejap je
sebab alang2 dah duduk di taska (time ni parents kerja). Tak teruskan tadika
sebab mak kata baca dah lancar. Power tak? Hehe. Dalam ramai adik-beradik, aku
je tak de sijil tadika. Ngeeeeh… kalau sebab pandai tak pe ;P
1998 –
SK Taming Jaya, Balakong, Selangor. Pun
sekejap je, ada lah dalam satu penggal. Sebab pindah ke KL.
1998-2003 – SK Batu Tiga
1/2, Cheras, KL. Masa ni sekolah bawah bangunan. Maknanya tak ada bangunan
sendirian berhad, semua kelas, library, surau, kantin dan bilik2 lain, semuanya
berjauhan dan berpisah mengikut blok perumahan/flat ketika itu. Kalau time
rehat tu, selalu je curi2 balik rumah, makan kat rumah lg best. Sebabnya
perjalanan nak ke kantin itu akan menempuhi rumah aku dulu, tingkat 3 je, tak
payah tunggu lif lama2. Hehehe. Then, 2001 barulah warga sekolah semua
berpindah ke bangunan baru, berhampiran jugak dengan kawasan perumahan flat,
yang diberi nama SK Seri Cheras, KL.
2004
– SMK Cheras Jaya, Balakong. Pindah balik
ke Balakong, Selangor. Sekejap je ni, adalah dalam 2 bulan, sebab ayah aku
berusaha jugak nak aku masuk sekolah asrama hehe. Sekolah ni ramai sangat murid….
sampai aku masuk jadi tak keruan, ini di Malaysia atau di In…. hikhok~
2004-2007 – SAM Sungai
Merab Luar, Selangor. Aku pun tak ingat Sungai Merab ni dalam daerah apa
ngeee. Sekolah ni dalam kawasan kampung, pagi kami guna, sesi petang digunakan
oleh budak2 sekolah rendah agama. Selepas setahun, kami juga dapat bangunan
baru, seperti sejarah di sekolah rendah pulakkan~ iaitu SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Fuyooooo memang
best asrama atas bukit blabla.
2008
– SMK Desa Petaling, KL. Saja nak
berubah angin, nak try sekolah biasa dan feel macam mana lalui detik2
persekolahan di rumah. Memang best, setiap pagi ayah baca Al-Fatihah atas
kepala, tu yang dapat best student SPM tu. Haha *bongkak jap.
2009 sampai sekarang – Institut Pendidikan
Guru.
Actually
nampak macam tak ada kena-mengena nak wish selamat hari guru dan aku ceritakan
sejarah persekolahan aku kan. Hoho. Suka hati aku sebab aku yang menulis. Plus,
bila aku wish pasal guru, aku teringat kenangan2 macam mana aku boleh pergi ke
sekolah2 tersebut, macam mana zaman persekolahan dulu2, cikgu2 dulu dan
sebagainya. Sangat touching tau.. rindu zaman sekolah sangat2.
ok
bye.
No comments:
Post a Comment