Sunday, October 21, 2012

ULAS BUKU: HIDUP BUKAN RAHSIA


sebuah buku yang boleh meningkatkan kesedaran motivasi dalam diri kita. hasil penulisan Zabrina A.Bakar yang telah menyingkap 18 buah rahsia mengenai kehidupan. ya! rahsia yang perlu dikongsi untuk kesejahteraan bersama.

anda fikir anda telah gagal? kecewa? tiada peluang? resah dan gelisah? dan sebagainya yang merosakkan hari-hari anda? carilah buku ini. insyaAllah, moga dibukakan hati anda dan kita semua.

Alhamdulillah, dapat juga saya habiskan membacanya setelah hanya mampu membelek-belek baca yang mana suka sahaja, tetapi saya telah membacanya dari awal sampai habis. penulisan yang cukup santai, bersahaja dan sampai maksudnya kepada kita. penulisan yang berasaskan kisah hidup seharian kita semua termasuk hidup seharian penulisan.

sambil-sambil bercerita, penulis juga menyelitkan kata-kata hikmah dari tokoh-tokoh yang boleh membangkitkan semangat dan motivasi saya. selain itu, penulis juga tidak ketinggalan menghuraikan hadis-hadis yang diselitkan dan juga ayat-ayat Al-Quran untuk kita semua berfikir sejenak setelah lama kita mengendahkan ayat-ayat Allah.

nak tahu? saya ingat bila saya baca rahsia yang ke18, saya sudah hampir menamatkan pembacaan saya, rupanya saya seorang yang bertuah kerana ada satu rahsia bonus yang telah penulis selitkan. nak tahu? anda kenalah cari buku ini :)

sedikit saya ceritakan mengenai penulis- dikenali sebagai sis Zabrina: seorang penulis motivasi dan penulis rencana dalam media cetak dan elektronik. karya-karyanya telah disiarkan di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Mesir dan Brunei Darussalam. saya juga dapat tahu bahawa buku Hidup Bukan Rahsia juga ada diterbitkan dalam versi Bahasa Inggeris.

jadi aktifkan diri anda dengan motivasi dan inspirasi yang tiada batasan- tidak kiralah siapa anda!


No comments: