Sunday, July 29, 2012

TIADA JIWA BERNIAGA?


mahu berniaga? tetapi apa yang menghalang? kebanyakan daripada kita semua inginkan kejayaan dalam bidang berniaga. tetapi perasaan malu yang meninggi dalam diri disamping tiada keyakinan merupakan faktor utama yang boleh menghalang kita menuju kejayaan.

dalam berniaga, kita harus pandai berkomunikasi, berani menanggung risiko (rugi), keyakinan tinggi (tiada perasaan segan), jujur dalam menjalankan perniagaan (tiada riba-untung yang melampau), tidak berkira dalam soal menambah modal dan aset,dan sebagainya- saya rasa anda lebih tahu.

apa yang penting, kita mesti tahu barang yang hendak dijual. siapa sasaran kita. harga pula berpadanan dengan ekonomi sasaran. barang yang hendak dijual itu pula mestilah barang yang tidak mendatangkan dosa yang berpanjangan. contohnya menjual 'bonggol unta' :)

sedikit sahaja daripada saya untuk panduan bersama :)
tiba-tiba saya terfikir ini kerana saya mahu menjana pendapatan sampingan untuk menampung kos kehidupan sebagai pelajar. saya memang tiada jiwa berniaga. tidak yakin dan rasa segan.

segan? sebab saya mahu jual alat kosmetik tetapi saya sendiri jenis bukan muka berwarna,,, jadi...lupakan sahaja. - ya, satu sikap yang tidak bagus - putus asa. jangan tiru sikap ini.

tidak mengapa, saya akan cuba lain kali. aman (~,^)v 


Saturday, July 28, 2012

MURID-MURID! NAK TAU TAK?




tiba-tiba teringat pesanan seorang guru. jadi saya mahu menurunkan pesanan tersebut kepada semua orang. (~,^)v



oleh yang demikian, banyakkanlah bertanya untuk mengelakkan sebarang kesesatan dalam menuntut ilmu. bertanya bermakna anda berfikir. 



JURUWANG BERHENTI MENGIRA SAAT AZAN BERKUMANDANG


MYDIN, Meru Raya, PERAK

saya dan rakan-rakan terlalu teruja memilih dan memilih barang yang ingin dibeli. almaklumlah kali pertama mengunjungi pasar raya besar mydin (baru dibuka) sepanjang hampir 3 tahun belajar di Perak. azan Asar pun berkumandang dalam kompleks tersebut. kami masih memilih dan memilih barangan.

habis memilih, mula berebut barisan untuk membayar harga barangan. azan masih berkumandang. ah!! lamanya! kenapa barisan ni macam tak bergerak-gerak langsung? (pandang kanan) lah... kenapa juruwang tu tak scan barang? kenapa dia duduk diam?

(pandang kiri) eh, kenapa juruwang tu pun sama tak scan harga barang? dia duduk diam sahaja. maka azan Asar pun habis berkumandang. semua juruwang tersebut menadah tangan membaca doa selepas azan. kami pun baca doa. mereka kembali scan harga barang.

sangat terharu dan bangganya dalam hati ini apabila melihat fenomena sebegini. masih ada lagi nilai-nilai seperti ini yang diterapkan dalam sesebuah organisasi, lagi-lagi dalam kompleks membeli belah sebegini. harap nilai-nilai ini akan terus mekar diamalkan oleh semua staf/pekerja organisasi.

syabas kepada pemimpin organisasi tersebut.

Mydin - belilah dengan harga borong. mengapa bayar lebih? hehehe


tu dia~



perempuan~ habis satu troli penuh. ini barang empat orang punya untuk kunjungan kali pertama :)

berbelanja biarlah berpada (~,^)v


Thursday, July 12, 2012

SIMPLE GIVEAWAY BY IRA THIRA




jarang sangat menyertai giveaway sebegini. atas dasar penghargaan untuk mas izzati yang telah tag saya, jadi saya lakukan jugalah. suka-suka (^,^)v

terima kasih kepada pihak tuan/puan - ira thira yang menganjurkan giveaway ini. jadi, pastikan saya dapat tambah nilai kredit enset saya ya ;) (gurau).

asfariena hashim
bee shaaz

hentam saja, byebye ;)

Tuesday, July 10, 2012

ISNIN YANG .....



tolong jangan rosakkan mood saya di awal pagi boleh? saya tak suka dan tak sanggup mengharungi seharian dengan mood yang rosak. mood saya di awal pagi menentukan mood saya pada jam-jam yang berikutnya. mood rosak akan merosakkan segala hal yang berkaitan ataupun tidak sepanjang hari tersebut walaupun hal itu kecil sahaja. saya cuba faham awak, saya harap awak pun.


Sunday, July 8, 2012

SAYA KUAT MERAJUK TAU!


Ada seorang pensyarah saya pernah cakap yang saya ni kuat merajuk! hehe. saya tak nafikan. ada betulnya. saya pun tak tahu kenapa. mungkin sebab ego? ya, kot. hehe.

baru-baru ini pergi kenduri kahwin senior. selepas itu, mahu pergi mandi sungai. tiba sahaja di lokasi- ulu tawin semangat nak mandi itu membuak-buak. tapi hancur dan kecewa sangat bila semua kawan saya tak mahu mandi. mahu  mandi sorang-sorang, tak menyeronokkan.

akibat rasa kecewa yang terlalu tinggi sebab tak dapat mandi itu membuatkan saya termerajuk macam budak kecil. tak tipu! semua uncontrol. kasihan kawan-kawan saya. saya harap mereka tak rasa serba salah. sebab saya memang macam ini. bila merajuk, saya lebih suka diam dan buat hal sendiri.

tapi dalam menyendiri itu, sebenarnya saya sedang meneutralkan semula perasaan dan kepala otak saya ini. dan hasilnya, lihat! saya sudah mula berseronok untuk berposing-posing. kalau berpanjangan rajuk itu,,, satu gambar saya pun tiada tau. saya tak kan biarkan (^,^)v




ini untuk kamu, kamu dan kamu. saya nak minta maaf atas salah silap (^,^)v,,, err lagi satu, saya memang suka buat muka muncung sedepa- uncontrol. no war yeah ;)

BERHUTANG DENGAN DBP



tahniah buat sahabat saya. nampak tak nama penuh dia kat atas tu. ini bukanlah kali pertama karya dia diterbitkan. hurm,,, rasa cemburu di situ. cemburu sebab dia semakin jauh meninggalkan orang malas macam saya. geram juga dengan diri sendiri. sebab tak bergerak-gerak untuk hasilkan karya.

nak kata malas tu bukan. tak tahulah. idea itu sudah bertimbun, masa senggang sudah berkumpul. tapi mana mood saya? arghh, itulah yang saya perlukan sebenarnya, bila mood ada, idea itu akan lahir secara tidak langsung. tapi mood saya,,,,ke mana awak pergi?

saya telah kehilangan buku azimat saya. buku nota berwarna hijau yang diberikan oleh DBP semasa menyertai MPR. semua kata-kata azimat, pesanan, tip-tip dan sebagainya oleh mentor-mentor, saya catatkan di dalamnya. saya gunakan pen merah. sangat sedih sebenarnya. tak pasti di mana tercicir. 

saya bukan hendak buat alasan kehilangan buku itu menyebabkan saya tidak menghasilkan karya. saya cuma nak minta tolong sesiapa ada ternampak buku itu, boleh beritahu saya? (^,^)v

saya rasa bersalah sangat sebab tak hasilkan karya seperti yang diharapkan DBP. bukan menghasilkan karya semata-mata tetapi pergi lebih jauh dengan karya-karya itu bawah asuhan MPR-DBP. saya tahu, jika bukan kami-kami ini siapa lagi yang akan mewarisi bidang ini di tanah air.

sudah banyak pelaburan ke atas kami oleh DBP. jadi,,,,ya! saya sedar diri sebenarnya, cuma perlukan sedikit masa lagi :)saya harap saya bukan dalam golongan orang yang terlambat.



Saturday, July 7, 2012

DEDIKASI


walaupun sudah beberapa hari berlalu, tiba-tiba saya mahu dedikasikan terima kasih banyak-banyak ini kepada semua sahabat-sahabat saya, Alhamdulillah. semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk lebih beribadat kepadaNya. 

hehe,,, walaupun sudah 21, masih lagi layak untuk menerima semua ni. terima kasih banyak sekali lagi. sayang mereka semua :)








inilah namanya tak de kerja :)

MAKAN MALAM?!


bila besok sabtu kemudian ahad, pura-pura macam tak ada kerja langsung. bila dah pura-pura tak ada kerja mulalah meroyan tak tentu hala. bila dah meroyan, mulalah asyik nak makan saja kerjanya. arghh! makan tu pula, memang tak cukup kalau satu jenis.

bila ada kerja merungut tak tentu pasal pula. bizi la konon-kononnya. aishh! buat kerja sampai larut malam, memang melaparkan, sebab otak digunakan. itu tidak mengapa- makan untuk alas perut, sambung kerja. 

bila fikir semula, baik sibukkan diri dengan kerja yang berlambak. bila otak asyik fikir nak siapkan kerja, makanan pun tiada dalam igauan. kan..... tapi sakit la otak nak kena lenjan untuk kerja dalam satu malam,,,huhuhu

nilai pj : tak payah la makan malam2 sangat,,,tak elok untuk kesihatan, nanti perut buncit. sunnah kan anjurkan makan malam itu sebelum maghrib,,kan? jangan biasakan~ nanti tak kacak/lawa hehehe :)

terbitan pengalaman peribadi - wekz (^,^)v