Ada seorang pensyarah saya pernah cakap yang saya ni kuat merajuk! hehe. saya tak nafikan. ada betulnya. saya pun tak tahu kenapa. mungkin sebab ego? ya, kot. hehe.
baru-baru ini pergi kenduri kahwin senior. selepas itu, mahu pergi mandi sungai. tiba sahaja di lokasi- ulu tawin semangat nak mandi itu membuak-buak. tapi hancur dan kecewa sangat bila semua kawan saya tak mahu mandi. mahu mandi sorang-sorang, tak menyeronokkan.
akibat rasa kecewa yang terlalu tinggi sebab tak dapat mandi itu membuatkan saya termerajuk macam budak kecil. tak tipu! semua uncontrol. kasihan kawan-kawan saya. saya harap mereka tak rasa serba salah. sebab saya memang macam ini. bila merajuk, saya lebih suka diam dan buat hal sendiri.
tapi dalam menyendiri itu, sebenarnya saya sedang meneutralkan semula perasaan dan kepala otak saya ini. dan hasilnya, lihat! saya sudah mula berseronok untuk berposing-posing. kalau berpanjangan rajuk itu,,, satu gambar saya pun tiada tau. saya tak kan biarkan (^,^)v
ini untuk kamu, kamu dan kamu. saya nak minta maaf atas salah silap (^,^)v,,, err lagi satu, saya memang suka buat muka muncung sedepa- uncontrol. no war yeah ;)
No comments:
Post a Comment