saya dan rakan-rakan terlalu teruja memilih dan memilih barang yang ingin dibeli. almaklumlah kali pertama mengunjungi pasar raya besar mydin (baru dibuka) sepanjang hampir 3 tahun belajar di Perak. azan Asar pun berkumandang dalam kompleks tersebut. kami masih memilih dan memilih barangan.
habis memilih, mula berebut barisan untuk membayar harga barangan. azan masih berkumandang. ah!! lamanya! kenapa barisan ni macam tak bergerak-gerak langsung? (pandang kanan) lah... kenapa juruwang tu tak scan barang? kenapa dia duduk diam?
(pandang kiri) eh, kenapa juruwang tu pun sama tak scan harga barang? dia duduk diam sahaja. maka azan Asar pun habis berkumandang. semua juruwang tersebut menadah tangan membaca doa selepas azan. kami pun baca doa. mereka kembali scan harga barang.
sangat terharu dan bangganya dalam hati ini apabila melihat fenomena sebegini. masih ada lagi nilai-nilai seperti ini yang diterapkan dalam sesebuah organisasi, lagi-lagi dalam kompleks membeli belah sebegini. harap nilai-nilai ini akan terus mekar diamalkan oleh semua staf/pekerja organisasi.
syabas kepada pemimpin organisasi tersebut.
Mydin - belilah dengan harga borong. mengapa bayar lebih? hehehe
tu dia~
perempuan~ habis satu troli penuh. ini barang empat orang punya untuk kunjungan kali pertama :)
2 comments:
Subhanallah... :') terharu~
yeah,,,
Alhamdulillah :)
Post a Comment